IKS - BAB 27

10.5K 258 5
                                    

"Hayfaa..!! Hayfaa.." sahut Mardiah sambil mengejar Hayfa yang sudah merajuk dan menuju ke bilik. Belum sempat Hayfa mahu memanjat tangga,Mardiah memegang pergelangan tangan Hayfa supaya tidak lari. Wajah Hayfa sudah memerah mahu menangis.

"Dengar dulu akak nak cakap ni. Hayfa kena tahu perkara sebenar pasal abang Karl." pujuk Mardiah lalu mengajak Hayfa duduk di sofa untuk berbincang.


"Abang Haykarl bukan tak hargai usaha Hayfa untuk dapatkan akak,dia terima kasih kat Hayfa. Akak tahu rancangan korang tapi akak diam je. Akak tak respon dekat Abang Karl sebab akak tak ada perasaan pun dekat dia. Akak tak cintakan abang Karl. Tu yang dia fed up sebab kak ignore dia. Pasal Hayfa nampak abang Karl dengan seorang perempuan tu,tu klien dia lah bukan sesiapa pun. Hayfa dah salah faham." jelas Mardiah sambil memeluk bahu Hayfa.

"Boleh percaya ke cakap dia tu?" soal Hayfa menatap wajah Mardiah dengan penuh makna. Air matanya membasahi. Hanya anggukan diberikan kepada Hayfa.

"Abang Karl kecewa sebab tak dapat akak. Akak tak boleh paksa diri akak. Abang Karl layak dapat perempuan yang lagi baik dari akak." Ucap Mardiah lembut.

"But why? Akak cintakan orang lain ke?" Soal Hayfa buat Mardiah terkedu.

Bukan sebab akak cinta orang lain Hayfa. Tapi sebab janji akak. "I still can't. Its so hard for me." Pujuk Mardiah tenang.

"Abang Karl tak salah dalam hal ni. Akak yang degil. Akak tak boleh terima abang Karl."

Semakin galak Hayfa menangis. Dia salah faham semua ni dan dia dah kecilkan hati abangnya sendiri. Macam-macam tuduhan diberikan kepada Haykarl. Banyak maki hamun yang dia lemparkan kepada abangnya juga.

Tetapi Haykarl tetap bersabar dan tidak putus asa memujuk adik kesayangannya.

"Tapi kenapa akak tolak cinta abang?" soal Hayfa lagi membuatkan Mardiah terdiam. Rasa bersalah juga tapi hati dia mengatakan yang dia tak cintakan Haykarl. Suka dan cinta berbeza. Suka tidak bermakna dia cintakan Haykarl.

Keluhan berat dilepaskan."Akak tak boleh,Hayfa. Akak tak cintakan abang Karl pun. Akak tak layak untuk dia. Akak anggap abang Karl macam abang akak dah,tak lebih pada tu. Jujur akak sayang abang Karl tapi tak bermakna akak cinta dia." ujar Mardiah dengan jujur. Hati tak boleh dipaksa!

Hayfa mengeluh kecil. Mungkin kecewa usahanya tiada hasil."Tak apa. Hayfa tak nak paksa akak cinta abang. Hayfa nak akak bercinta dengan abang sebab Hayfa nak ada kakak ipar yang baik macam akak!" omel Hayfa tersengih. Mardiah mencubit lembut lengan Hayfa.

"Eee.. Mengada. Banyak lagilah perempuan kat luar sana yang lagi baik dari akak. Entah-entah perempuan yang abang Karl jumpa haritu yang jadi kakak ipar Hayfa nanti. Dia baik lah." ucap Mardiah berseloroh. Mana tahu betul ke perempuan itu akan jadi kakak ipar Hayfa.

"Ermm taknak. Hayfa tak kenal dia. Entah baik ke jahat!" jawab Hayfa sarkastik.

"Ishh tak baiklah cakap macam tu. Dah tak kenal macam mana nak tahu dia baik ke tak?" balas Mardiah tenang.

"Erm ye lah."

                                           *  *  *                  

Azrell melangkah keluar dari bilik pejabatnya lalu pergi ke arah meja setiausaha syarikat bahagian kewangan.

"Liz, surat pengesahan tu ada kat awak kan? Bak sini jap,saya nak check!" Minta Azrell kepada seorang wanita muda yang bertugas sebagai setiausaha.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now