IKS - BAB 26

10.8K 247 3
                                    

Azrell berjalan pantas menghampiri mama dan papanya yang sedang menonton televisyen."Mama! Camne?" soal Azrell gelojoh sebab dia mahukan jawapan daripada Mardiah. Dia harap sangat diterima sebab dia malas nak fikir lagi pasal ni.

"Camna apa ni Az? Yang ribut sangat ni dah kenapa?" tanya Encik Ariff pula melihat anaknya yang pelik harini. Tak pernah-pernah jadi macam ni. Azrell hanya tersengih.

Azrell menghenyakkan punggungnya di atas sofa single empuk disebelah tempat mama papanya duduk.

"Pasal Mardiah laa. Lia calonkan Mar untuk amanah arwah. Sesuai kan?" soal Puan Zalia pula tidak menjawab pertanyaan anaknya malah mengutarakannya. Sengaja nak biar lama-lama.

Encik Ariff mengusap janggut seciputnya tanda berfikir."Papa setuju sangat sebab papa tengok budak Mar tu baik orangnya. Dia sayang dekat Sara lebih pada anak asuhan dah. Memang abang dah agak sangat Mar lah orang yang sesuai untuk Sara tu!" komen Encik Ariff tentang Mardiah.

Dah lama dia perasan bila Mardiah melayan Qaysara. Tak lebih tak kurang macam seorang ibu kandung melayan anak kandungnya walhal Mardiah dan Qaysara bukan sedarah daging.

"Az tak kisah sesiapa pun asalkan amanah arwah Az dah tunaikan!" sampuk Azrell bernada biasa.

"Eh,tak boleh jugak kalau macam tu,Az. Kita kena pilih juga orang yang sesuai bukan main tembak je nak siapa! Mama malas nak cari calon lain,Mardiahlah orangnya sebab mama ada alasan yang kukuh yang mengatakan Mardiah sangat sesuai untuk jadi ibu Sara!" bebel Puan Zalia dengan semangat sekali.

Puan Zalia mencubit lembut lengan suaminya tanda memberi komen lagi. Haih tadi dah bagi,nak kena bagi lagi!

"Hmm..Papa sokong mama sebab semua aturan mama,semuanya terbaik." balas Encik Ariff lagi sambil membuat thumb up. Tak tahu nak komen apa. Tu je ayat yang bermain di fikirannya. Ayat cliche.

"Az okey je,Az nak tahu keputusan Mar yang mama tanya dia tadi! Mama dah tanya dah kan!" soal Azrell. Kaki disilangkan ke kaki kirinya. Lenguh!

Puan Zalia tersenyum biasa."Dia cakap nak fikir dulu! Tapi mama tengok Mar macam tak nak je kat Az. Resah je muka Mar time mama tanya tu!"adu Puan Zalia bila dia sedar muka Mardiah semasa dia bertanyakan soalan cepumas itu berubah kepada resah dan gelisah. Macam tak setuju saja untuk berkahwin dengan Azrell.

Azrell terdiam. Dia teringat semula kata-kata Badri siang tadi,kalau Mardiah tidak terimanya,Badri akan beritahunya satu idea yang boleh membuatkan orang itu terima kita. Takkan pukau kut? Hishh.. Takkanlah kut. Desperate giler sampai nak buat macam tu. Timbul rasa lega dalam hati Azrell bila dia ada lagi satu idea untuk settlekan benda ni. Tunggulah esok dia tanya Badri apa idea tu!

"Okey tak apa! Nanti Az sendiri yang tanya Mar. Mama jangan risau eh." jawab Azrell tenang. Tenanglah sebab masalahnya ada penyelesaiannya.

Encik Ariff memandang lama ke arah anaknya."Az nak kahwin dengan Mar,sebab Az suka dia ke sebab amanah saja-saja. Tak boleh juga kalau kahwin tapi tak rasa cinta dengan seseorang tu. Az kena ikhlas juga kahwin dengan Mar. Memang Az dan Mar saling tak menyintai tapi Az kena lah tunjuk yang Az berminat nak kahwin dengan dia. Kahwin ni bukan main-main tau." bebel Encik Ariff yang sudah pandai berleter ni. Belajar dengan siapa lagi kalau bukan Puan Zalia. Berleter bila perlu je bukan setiap masa.

"Papa dulu nak kahwin dengan mama pun jenuh tackle dia. Dah la sombong,taknak kawan ngan papa. Lepas tu papa tunjukkan yang papa berminat nak kawan dan jadikan mama isteri sampailah sekarang." sambung Encik Ariff lagi lantas memeluk bahu isterinya. Tersengih nakal mereka berdua. Dah tua pun nakal lagi.

Azrell tersenyum melihat gelagat geli geleman mama dan papanya. Eh kalau tidak,tak dapatlah mereka tiga beradik tu. Lahai sweetnya.

"Hurm,cinta lepas kahwin pon boleh. Az suka cara layanan dia pada Sara." balas Azrell jujur. Sungguh selama Mardiah menjaga anaknya,tiada sedikit pun cacat cela di tubuh anaknya malah dilayannya Qaysara macam anak sendiri. Dia berpuas hati kerana dapat penjaga seperti Mardiah.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now