IKS - BAB 40

13.8K 293 18
                                    

Telefon pintar Mardiah berdering kuat menandakan ada panggilan masuk. Lantas Mardiah berlari anak mendapatkan telefonnya yang menjerit minta dijawab di meja makan. Nama panggilan yang menelefonnya dilihat. Encik Razman!

Pukul 3.30 petang baru nak telefon. Tadi mesej sahaja. Katanya nak tanya sesuatu,mungkin tak puas berbual dalam mesej,penat menaip,lebih baik telefon. Cepat,pun cepat.

Gambar telefon berwarna hijau di skrin ditolak ke kanan untuk menjawab panggilan.

"Hello Assalamualaikum, papa Raz." Sapa Mardiah membuka bicara dengan senyuman manis walaupun tidak dapat dilihat oleh si pemanggil.

"Waalaikumussalam,anak gegirl papa. Apa khabar? Sihat ke tidak?" Balas Encik Razman.

Mardiah berjalan menuju kembali ke ruang dapur dan melabuhkan punggungnya di kerusi tadi semula. 

"Sihat alhamdulillah. Papa apa khabar? Ada apa papa call Mar ni?" Soal Mardiah ingin tahu.

"Sihattt..Amboiii..Takkan nak telefon Mar pun tak boleh? Kan tadi papa whatsapp Mar nak tanya something curious my mind. Can I?" Mardiah sudah menegakkan badannya tanda teruja nak tahu.

"Hahh.. Apadia?? Cepatlah.." gesa Mardiah yang sudah panas punggung tak sabar nak tahu.

" About my ex-cafe. Papa dengar,kafe tu masih belum dibuka dan tak sediakan apa-apa lagi? Kenapa? Mar tahu tak? Kut-kutlah Mar ada siasat pasal kafe tu." Jelas Encik Razman

Tersentak Mardiah mendengar soalan Encik Razman. Bukan apa,soalan yang ditanya itu,tepat menusuk dadanya. Kafe itu,kafe itu adalah dibawah nama Azrell tetapi merupakan miliknya jika dia berkahwin dengan penama kafe itu.

"Er..Errr.. Actually, Mar kenal sangat dengan pemilik kafe tu. Di..Diaa majikan Mar." Jujur Mardiah tersekat-sekat. Encik Razman bukan tahu pun siapa Azrell dengan Mardiah.

"Laaa.. Betul keee? Mar kerja as babysitter,and your boss kerja apa? Pemilik kafe juga ke? Untunglah Mar ada majikan yang sekepala dengan minat Mar." Tutur Encik Razman lembut.

"Takk!! Majikan Mar kerja lain bukan pemilik kafe. Dia bukannya sekepala sangat dengan Mar. Tak minat pun kafe bagai ni."

"Habis itu kenapa dia beli kafe papa. Siap cukup lengkap masa dia beli tu. Papa pun setuju je lah sebab dia macam tahu jugalah perihal kafe ini." Jujur Encik Razman. Keliru dengan kenyataan Mardiah.

Mardiah cuba membina ayat untuk menjelaskan kepada Encik Razman tentang perkara sebenar."Actually.. Majikan Mar nak bagi kafe itu pada Mar if Mar setuju dengan syarat-syaratnya."

"What are the conditions?" Nafas dikumpul untuk berterus-terang dengan ayah angkatnya itu.

"I have to be married with him for the sake of happiness of her daughter. Itu syarat dia. Kalau Mar tak setuju,kafe tu takkan dapat pada Mar. Papa.. I want the cafe. But,his conditions were very difficult to me. I can't do that. I'm not ready yet to married. I'm still young. Bayi yang Mar jaga sekarang ini akan jadi anak Mar jika Mar kahwin dengan dia. Dia macam pertaruhkan kafe itu untuk kahwin dengan dia, baru dapat kafe tu. " Adu Mardiah yang sudah sebak ingin menangis.

Mardiah kalau mengadu apa-apa dengan Encik Razman pasal perkara sedih, tak sah kalau tak menangis. Samalah dengan isteri Encik Razman,selalu menjadi mangkuk untuk Mardiah merembeskan dia punya air mata itu. Mangkuk tuuu.. Kesian isterinya dijadikan mangkuk oleh Mardiah. Manjanya kepada keluarga itu,tidak kurang dengan manjanya kepada keluarganya sendiri.

Nasib baik Makcik Ani tiada di dapur,katanya mahu solat asar yang baru berkumandang azannya tadi. Tidaklah dramanya dilihat oleh wanita itu.

"Whatttt??? Are you serious,dear.? Kalau macam itu syaratnya,baguslah. Papa pun setuju. Mar kahwin jelah dengan majikan Mar itu. Papa tengok dia hari itu,baik saja orangnya. Peramah tau. Marrrr.... Dengar sini,Mar nak sangat kan kafe itu? Jadi,inilah peluangnya untuk Mar tebus minat Mar. Kalau Mar setuju, segalanya akan berubah. Bukan status Mar saja berubah,Mar akan temui masa depan Mar yang diidamkan itu. Sekelip mata impian Mar jatuh depan batang hidung Mar. Mar tak perlu buat apa-apa.. Just say 'Yes' to agree the conditions. Simple. Gedebukk!! Kafe itu jadi milik Mar. Mama pun cakap setuju tau.. Mama ada sebelah papa ini,dia cakap ini peluang emas." Panjang lebar Encik Razman memberi motivasi pencerahan pemikiran kepada Mardiah dengan percuma.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang