IKS - BAB 7

12.1K 345 3
                                    

Mardiah menghidangkan mihun goreng yang sudah dimasaknya tadi di meja makan. Kemudian melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Mihun goreng disenduk ke dalam pinggan. "Emmaaa.. Cepatlah turun." Laung Mardiah sambil menuang air teh ke dalam cawan. Emma bergegas menuruni tangga dan menghampiri meja makan lalu duduk di sebelah Mardiah.

"Sorry. I'm late.Tidur lewat semalam." Ujar Emma lantas menyenduk mihun goreng ke dalam pinggannya.

"Never mind.Makanlah cepat."Balas Mardiah lalu menyuap sesudu mihun ke dalam mulut.

Emma kembali mendongak dan memandang Mardiah."Kau balik dengan siapa semalam?"Soalnya sambil mulut mengunyah. Buruk benor rupa kalau makan sambil bercakap ni. Telanlah dulu makanan tu kalau ye pun nak bercakap.

Mardiah turut memandang sahabat sehidup sematinya itu. Lama. "Balik dengan anak customer aku. Dia suruh."Ujar Mardiah.

"Ooo.. Dia suruh anak dia hantar? Kenapa bukan dia?"Soal Emma lagi tidak puas hati.

"Dia sibuk melayan tetamu. So, dia suruh lah anak dia hantar sebab ada orang tu bila keluar je dengan cik tunang dia tu, terus tak ingat kawan dia. Lupa terus."Jawab Mardiah dengan nada menyindir.Kemudian dihadiahkan Emma satu jelingan maut sebelum menyuap makanan. Dalam marah sempat lagi nak makan.

Emma ketawa kecil setelah mendengar kata-kata Mardiah."Ehh.. Rasa macam terasa lah disini. Terasa giler kut." Emma meletuskan lagi tawanya.

"Hah.. Terasa hambek kau!! Lain kali buatlah lagi, boleh aku balik dengan anak customer yang lain pulak.Lepastu dapat pulak yang kaya,dapat merasa kereta mahal macam semalam."Mardiah menjulingkan mata ke atas tanda meluat.

"Ye ke? Kereta apa? Untung ler dapat naik kereta mahal." Soal Emma dengan teruja. Macam lah kereta tunang dia tu tak mahal, mitsubishi Outlander SUV kut. Mahal tu.

"Kereta apa entah tak sempat tilik pon. Bukannya naik jet." Omel Mardiah lalu menghirup teh panas itu sambil meniup perlahan. Boleh melecut mulut kalau terus minum.

"Kau ingat kau tu anak Menteri ke nak naik jet bagai." Sindir Emma sambil menjuihkan bibirnya.

"Suka hatilah."Balas Mardiah lalu berdiri dan berlalu ke dapur setelah selesai makan.

*  *  *

Makcik Ani datang ke ruang tamu menghampiri Puan Zalia yang sedang khusyuk menonton televisyen bersama suaminya disisi."Puan, ini tadi ada orang berikan kad kahwin. Katanya, Puan dan sekeluarga wajib datang majlis ni."Ujar Makcik Ani sambil tangan menghulurkan kad kahwin tersebut.

Puan Zalia mendongak memandang Makcik Ani lalu mengambil kad yang diisi di dalam sampul putih itu."Ye baiklah. Terima kasih Kak Ani!" Ucap Puan Zalia lalu membuka sampul yang berisi kad kahwin itu. Mata melirik ke arah nama pengantin tersebut. 'Muhammad Emir ZakwanNur Fatemma Zahrah'.

Kemudian senyuman mula terbit di bibir. Pengantin lelaki itu merupakan anak saudaranya iaitu anak bongsu kepada kakaknya,Puan Ziela."Emir lah abang yang nak kahwin tu!" Beritahu Puan Zalia kepada suaminya yang matanya asyik tertumpu kepada televisyen tu. Tengok berita!

Encik Arif tersentak dengan tamparan lembut dilengan kanannya dari isteri tercinta oleh kerana tidak dengar apa yang dicakap oleh Puan Zalia. Tangan kiri menggosok tempat tamparan isterinya sambil mengaduh kesakitan walaupun tamparan itu tidaklah kuat pun. Sengaja auta!

"Ye abang dengar lah yangg.. Abang tahu dari kelmarin lagi, Saiful bagi tahu." Ucapnya sambil mata memandang televisyen. Saiful itu abang kepada Emirlah.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now