IKS - BAB 80

9.5K 345 32
                                    

Telefon pintarnya ditatap lama sambil tersengih-sengih. Sesekali dia ketawa kecil.

Video rakaman Qaysara yang sedang berusaha untuk berjalan dengan lancar itu ditonton. Seronok anak kecil itu berjalan sambil ketawa. Mardiah sendiri yang merakam video tersebut lalu dihantar melalui aplikasi WhatsApp kepada Azrell petang kelmarin.

"Ya Allah rindunya daddy dekat Sara dengan mummy. Tak sabar daddy nak sampai rumah." Omel Azrell perlahan seraya menggeleng lemah.

Seronok melihat telatah Qaysara. Melihat perkembangan Qaysara yang semakin hari semakin membesar.

Jam ditangan dilihat sekilas. Pukul 9 malam. Azrell masuk ke dalam perut kereta lalu menyandarkan tubuhnya di kerusi bahagian pemandu.

Dia kini berada di kawasan rehat dan rawat. Azrell dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari Negeri Sembilan.

..

"Bob."

"Yup, bro"

"Malam ni aku bertolak balik Penang kut. Aku rindu anak bini kat rumah. Risau pula tinggal diorang berdua saja." Azrell menuturkan niatnya.

Bob pandang Azrell. "Kau serius lah. Balik esok sajalah. Kau tak penat ke nak drive malam ni juga. Jauh kut sini ke Penang."

Azrell ketawa. "Kerja habis awal kan. 'Sokay' lah."

Bob angkat bahu. "Ikut kau lah. Hati-hati drive. Kalau penat kau berhenti rehat saja. Rushing nak pergi  mana?"

"Balik jumpa anak bini lah. Kau tak kahwin lagi tak tahu. Rindu tu sampai tak boleh tidur." Seloroh Azrell lantas ketawa kuat.

"Hoi. Aku single ni. Isteri tak ada. Anak lagi lah. Bila entah nak kahwin." Bob turut ketawa.

Pantas Azrell bangkit dari katil hotel itu lalu mengemas pakaiannya. Syukur kerjanya habis awal. Boleh dia balik awal. Sepatutnya esok pagi baru dia bertolak balik ke Penang. Tetapi disebabkan terlalu rindukan isteri dan anak di rumah, dia gagahkan diri untuk balik malam ini juga.

..

Laju kereta Azrell masuk ke halaman rumah. Rindunya pada rumah ini. Baru dua hari tinggal. Tapi rindu lagi dengan isi di dalam rumah itu. Siapa lagi? Anak dan isteri lah.

Azrell capai beg pakaiannya. Sekuntum ros merah diambil. Sebelum dia sampai tadi, sempat dia singgah ke kedai bunga untuk membeli sekuntum ros merah itu. Khas untuk isteri tercinta.

Pintu kereta dibuka.

Kunci rumah dikeluarkan dari poket seluar lalu membuka pintu utama rumah itu.

Terbuka saja pintu besar itu, keadaan rumah agak gelap dek kerana waktu malam. Hanya terpasang lampu dapur dan lampu di tangga. Ruang tamu hanya samar-samar sahaja. Seperti ketiadaan orang.

"Assalamualaikum." Salam diberi lantang.

Tiada sahutan.

"Sayang..Abang dah balik."

Azrell kehairanan. Segera lampu ruang tamu dibuka.

'Mana pergi anak bini aku ni? Takkan dah tidur.' Bisik hati Azrell.

Segera dipanjat anak tangga ke tingkat atas. Mana tahu betul Mardiah dan Qaysara sudah tidur.

..

Haykarl hentikan keretanya betul dihadapan rumah elit itu. Sepasang matanya terpandang kereta yang elok terparkir di dalam rumah itu. Mardiah disebelah dipandang.

"Azrell balik harini ke,Mar?" Soal Haykarl kurang senang.

Mardiah yang terdengar soalan Haykarl terus mengalihkan pandangannya ke arah rumah itu. Matanya membuntang.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now