IKS - BAB 46

12.1K 270 1
                                    

Api dapur dibuka pada tahap yang perlahan. Seketika kemudian,sedikit minyak masak dimasukkan ke dalam kuali. Puan Suzana mengetuk dua ulas bawang putih lalu dimasukkan ke dalam kuali yang sudah panas minyaknya. Menu pertama yang dimasaknya adalah sayur campur. Masakan palinh ringkas dan cepat. Selepas ini dia mahu menyediakan sup sayur bayam dan ikan goreng termasuk sambal belacan kegemaran ramai. Sengaja dia membuat menu masakan kampung harini kerana menurut Mardiah,Azrell lebih gemar dengan makanan tradisional berbanding makanan barat. Entahlah mengapa,mungkin jarang sekali makan makanan kampung,itu yang selalu kempunan.

Encik Khairil masuk ke dalam ruang dapur bersama sebungkus beg plastik lalu dihulurkan kepada isterinya. Puan Suzana memandang bungkusan itu lalu menyoal suaminya benda apa di dalamnya tanpa memeriksa bungkusan plastik itu. Kalut memasak, bimbang masakan hangit. "Sayur bayam dengan cabai merah la. Tadi suruh ambik kat kebun kan?" Balas Encik Khairil sambil melangkah menuju ke meja makan. Air masak dituang ke dalam cawan lalu meneguknya rakus. Dahaga. "Oo haa.. Terima kasih. Tudiaa segar-segar lagi. Sedap buat sup satgi." Puan Suzana membuka bungkusan plastik itu sambil mengomen tentang sayur bayam yang dibawa balik suaminya. Hanya anggukan dibalas Encik Khairil kemudian memandang sekeliling. "Mana anak dara kita ni?"

"Dia nak tidurkan Sara kot. Merengek budak tu mengantuk,tak cukup tidur!" Jawab Puan Suzana menyambung semula kerjanya. " Tadi masa nak pi kebun dengan balik, orang pakat dok tanya sapa Azrell tu.."

"Patu abang jawab apa?" Pintas Puan Suzana.

"Abang cakaplah bakal menantu.!"

"Hahhh??" Membuntang mata Puan Suzana mendengar jawapan suaminya. "Kenapa abang jawab macam itu? Kalau angah tak setuju lagi,kan susah. Haih abang ni." Balas Puan Suzana separa menjerit. Terkejut barangkali. Encik Khairil ketawa kecil."Tak dak aih,abang tak cakap camtu pon. Abang habaq la kat depa yang Azrell tu mai melawat kebun. Kawan angah. Azrell pon pandai berdalih noh,dia pun cakap yang dia nak lawat kebun kita. Habis orang kampung ingat Azrell tu pakwe angah." Jelas Encik Khairil tentang kejadian di kebun tadi. Bukan main semangat orang kampung bertanyakan siapa Azrell. Tak ketinggalan juga seorang dua anak gadis yang ralit 'usha' Azrell tak henti sambil tersenyum silu. Gatal ye. Bakal suami orang tu. Eh eh! Siap ada yang minta nombor telefon lagi, malah, Azrell hanya mengendahkan permintaan itu. Sudahlah minta nombor telefon melalui Encik Khairil, kan tak semena-mena orang tua itu membebel pada gadis miang itu.

Puan Suzana mengurut dadanya tanda lega. Ingatkan bstul suaminya cakap Azrell itu bakal menantu mereka. Pandai bergurau je cik abang. "Azrell jadi pelawat?" Lantas wanita itu menghamburkan tawanya dengan kuat.

"Okeylah tu. Takkan nak cakap pesaing baharu kot." Balas Encik Khairil senyum senget. "Haih macam-macamlah abang ni! Dah pergi mandi nuh. Busuk macam lembu dah tu." Arah Puan Suzana yang sempat lagi mengata suaminya. Terus Encik Khairil menuju ke tandas untuk membersihkan dirinya. Orang tua itu sudah dua kali pergi ke kebun harini. Mana tidaknya,sekali dia pergi dengan Azrell,pukul 11 baru pulang. Selepas itu dapat pula panggilan dari isteri tersayang supaya pergi ke kebun semula untuk mengutip bayam dan cili merah untuk dibuat masak. Terpaksalah dia ke kebun semula untuk menurut arahan isteri.

* * *

"Encik Az!"

Terkuak sahaja pintu bilik alongnya atau lebih tepat lagi bilik dimana Azrell duduki,terus Mardiah memandang ke tempat lain. Tidak tertancap ke arah satu figura yang kelihatan lain di atas katil itu. Azrell hanya mengenakan track suit sahaja tanpa berbaju. Menampakkan lagi badannya yang tegap dan sasa. Pemandangan seksi itu membuatkan Mardiah terasa janggal dan malu sendirian.Terus Azrell memanggung kepalanya melihat Mardiah di muka pintu. Azrell yang sedang mengusap lengan kirinya dari tadi terus terbantut kerjanya. Senyuman manis dihadiahkan kepada Mardiah walaupun gadis itu tidak memandangnya. Baju t-shirt tanpa lengan dicapai lalu menyarungkan ditubuh tegapnya."Saya dah pakai baju dah ni." Balas Azrell sambil ketawa kecil. Lawak ke?

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now