IKS - BAB 35

12.3K 289 11
                                    

Puan Zalia terjaga apabila terdengar tangisan Qaysara. Segera Puan Zalia memanaskan susu Qaysara yang sudah siap sedia di dalam bilik tidurnya. Sengaja Puan Zalia menempatkan Qaysara di kamarnya kerana sudah pasti bayi itu tidak mahukan kepada Azrell.

Sudah Azrell bawa Qaysara ke dalam biliknya tetapi macam biasa bayi itu akan menangis kuat. Qaysara mahu tidur berpeluk pula sekarang ni. Selama ni dia tidur di dalam baby cot saja,tidak mahunya tidur atas katil dengan sesiapa. Tidur sendiri bebas dan luas saja kawasan.

Tetapi semua itu berubah sekelip mata. Semuanya nak berpeluk. Qaysara akan memeluk lengan Puan Zalia sebelum tidur, dan semasa menyusu. Hanya Puan Zalia saja,dengan orang lain kurang mahu.

Menurut Azra,Qaysara hanya nak peluk tangan yang lembut dan mulus saja. Dengan Azra pun Qaysara mahukan juga. Jadi kesimpulan daripada ramalan Azra ialah lengan yang sasa,berurat dan kasar bukannya ciri-ciri lengan yang diminati oleh Qaysara. Maka,Azrell dan Azriff yang memiliki tangan yang sasa itu langsung tidak disukai oleh Qaysara. Semua itu andaian palsu Azra sahaja. Memandai je minah ni.

Usai memanaskan susu,Puan Zalia memanjat katilnya dan memberi botol itu kepada Qaysara. Tiba-tiba Qaysara menolak lemah botol susunya yang dipegang oleh Puan Zalia.

Tersentak Puan Zalia dengan tindakan sarkastik cucunya. Kenapa tetiba tolak susu ni? Tetapi masih belum berhenti menangis malah makin kuat Qaysara meraung menangis. Matanya terpejam saat melempiaskan tangisannya.

"Kenapa ni Sara? Tak nak susu ke?" soal Puan Zalia sendirian walaupun Qaysara tidak faham apa yang dimaksudkan oleh opahnya. Punggung bayi itu ditepuk perlahan supaya berhenti menangis tetapi hampa,Qaysara semakin melalakkan tangisannya.

"Kenapa yangg.. Kenapa Sara menangis ni?" kini Encik Ariff pula menyoal kepada isterinya.

Tidurnya agak terganggu kerana tangisan Qaysara yang kuat. Tetapi dia tidaklah marahkan cucunya kerana telah mengganggu tidurnya,tergamak sangat nak marah budak yang tak faham bahasa tu.

"Tak tahulah abang. Lia bagi susu pun Sara tak mahu.!" adu Puan Zalia yang sudah buntu.

Encik Ariff bangun dari pembaringannya dan duduk bersila di atas katil. Tubuh Qaysara diangkat dan didukung sambil menggoyangkan badannya.

"Shuhh.. Shuu. Atok ada ni. Kenapa nangis ni?" omel Encik Ariff tersenyum manis. Puan Zalia mendekati suami dan cucunya dan menghalakan sebotol susu ke mulut mungil Qaysara tetapi tetap sama,Qaysara menolak botol itu. Menangis teresak-esak sehingga terkeluar air matanya.

Puan Zalia mengambil tuala kecil Qaysara untuk mengelap air mata bayi itu. Pipi Qaysara disentuh lembut dan membuatkan Puan Zalia tersentak.

"Ya Allah abangg.. Panasnya badan Sara abangg.. Abanggg" jerit Puan Zalia terkejut dengan suhu badan Qaysara yang sangat panas itu.

Encik Ariff pun turut menyentuh dahi bersih Qaysara dan reaksinya juga sama merasai suhu yang panas. Teruk sangat ni. Panas melampau.

"Sara demam panas. Bahaya ni. Jom kita pergi hospital!" ajak Encik Ariff lalu mendukung Qaysara keluar dari bilik mereka. Sudah pasti Encik Ariff tahu apakah tanda badan Qaysara panas teruk. Demam panas. Encik Ariff kan doktor jadi senanglah nak mengesan sesuatu penyakit itu.

Usai Puan Zalia bersiap,dia menuju ke bilik Azrell untuk memaklumkan hal ini. Pintu diketuk bertalu-talu dan akhirnya terkuak juga yang menampakkan sesusuk tubuh sasa tanpa baju itu. Matanya digosokkan untuk mencelikkan mata. Mengantuk oii. Azrell menjongketkan keningnya kepada Puan Zalia tanda kenapa.

"Az.. Sara.. Badan dia panas sangat. Jom kita pergi hospital sekarang!" adu Puan Zalia yang sudah sebak hendak menangis. Dia risaukan cucunya takut terjadi perkara yang tidak diingini. Azrell meluaskan bukaan matanya kerana terkejut mendengar berita tentang anaknya.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Onde histórias criam vida. Descubra agora