IKS - BAB 29

10.8K 280 12
                                    

Usai menikmati hidangan yang super lazat itu,Azrell mengajak Mardiah dan Qaysara yang masih lena dibuai mimpi itu untuk bersiar-siar di persisiran pantai memandangkan waktu menunjukkan masih awal. Baru pukul 8.45 malam. Relaks arr.. Awal lagi kot.

Azrell menolak stroller Qaysara di lorong pejalan kaki yang tersedia di persisiran pantai itu. Nyenyak Qaysara tidur.

"Encik Az nak cakap apa tadi?" Soal Mardiah mengoyak kesunyian dari tadi. Beedebar hati ini mahu tahu apa yang ingin disoal Azrell.

"Kita berhenti kat sini!" Jawab Azrell lalu mematikan langkahnya di sebuah kerusi kayu yang berada diantara pokok besar serta dihiasi lampu-lampu malap. Menambahkan lagi suasana romantik. Azrell duduk berjarak dengan Mardiah manakala Qaysara berada di tengah antara mereka.

Azrell berdehem kecil dan membetulkan kedudukannya.

"Errmmm..Saya nak minta tolong dari awak, boleh?" Azrell mula menyoal.

"Tolong apa?"

"Kahwin dengan saya."

Tersentak Mardiah setelah Azrell menuturkan hasratnya. "Whatt?"

"Tolong jadi mummy Sara buat selamanya." Sambung Azrell lagi.

Mardiah kalih pandangan sekilas. Mungkin dia bermimpi?

"Apa Encik Az cakap ni? I don't get it." Soal Mardiah semula. Dia tak faham maksud sebenar Azrell. Kahwin? Ini bukan perkara main. Ini soal masa depan.

Azrell pusing tubuhnya betul menghadap Mardiah.
"Saya ikhlas nak nikahi awak. Demi Sara. Kita besarkan Sara sama-sama. Please, Mar. "

Terdiam Mardiah mendengar ucapan Azrell. Tergamam dengan maksud sebenar Azrell. Adakah dia sedang bermimpi atau realiti?

Jadinya, apa yang Puan Zalia sampaikan selama ni, benarlah. Puan Zalia yang mewakili Azrell untuk melamar Mardiah beberapa hari lepas. Mungkin tidak berhasil. Azrell juga lerlu buka langkah.

Mardiah kaku. Tak tahu nak jawab apa.

"Marr!!" Panggil Azrell bernada lembut.

Direnungnya mata Mardiah sedalam mungkin. Dia tahu,dengan renungan itu boleh membawa kepada zina mata tetapi dia tak mampu nak hadapi.

Pandangan redup Azrell telah membuatkan jantung Mardiah berdegup kencang. Lantas Mardiah melarikan anak matanya dari melihat Azrell. Mardiah tertunduk seketika.

"Kenapa saya? Kenapa bukan orang lain. Saya tak layak untuk awak!" Balas Mardiah jujur.

"Sebab awak satu-satunya yang boleh bahagiakan Qaysara. Awak sayangkan Sara. Awak layan Sara macam anak awak sendiri. Tak ada perempuan lain yang sanggup layan anak orang lain macam ibu kandungnya. Saya nampak awak je. Tolonglah. Semua ni demi kesenangan Sara dan hasrat arwah isteri saya!" Jawab Azrell lembut dalam tegas.

Semua yang bermain di fikirannya selama ini dilepaskan kepada si empunya badan.

Mardiah beriak biasa."Yaa.. Saya memang sayang sangat dekat Sara tapi tak semestinya saya kena kahwin dengan Encik Az. Saya tak layak langsung untuk Encik Az!" Air jernih mula bertakung di kelopak mata Mardiah. Entah kenapa dia rasa sedih.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now