IKS - BAB 23

11K 286 1
                                    

Usai saja menunaikan solat fardhu Isyak,Azrell turun ke ruang tamu utama untuk berborak dengan keluarganya.Qaysara sudah lama tidur.

Dilihatnya di ruang tamu hanya ada Encik Ariff,Puan Zalia dan Azra saja yang sedang menonton televisyen. Azriff waktu macam memang tak lekat di rumah. Mesti pergi lepak dengan kawan-kawan. Bukan ke kelab eh!

"Mama,papa!" sapa Azrell lantas duduk di sofa bersebelahan dengan Puan Zalia. Mereka bertiga memandang ke arah Azrell dengan senyuman manis.

"Az ada benda nak discuss dengan mama dan papa ni? Penting! About Sara and her future." Puan Zalia menunjukkan wajah pelik manakala Encik Ariff hanya tenng sahaja.

"Apa yang penting tu? Sara sakit ke?" soal Puan Zalia cemas. Azrell hanya menggeleng sambil tersenyum.

Nafas ditarik panjang."Az dah sedia untuk tunaikan amanah arwah Ira."

"Apa dia amanah tu?" soal Puan Zalia.

"Bagi Sara seorang ibu!" Terlopong Puan Zalia sekali dengan Azra. Encik Arif hanya tersenyum manis. Dia pun sudah tahu akan amanah arwah tu.

Azrell yang beritahunya. Sengaja Azrell tidak mahu beritahu Puan Zalia takut dia terlalu memaksa untuk kahwin sebab ini berkaitan amanah jadi kenalah buat cepat. Kalau beritahu papanya kan senang. Buat macam tak tahu je tetapi tak lupa akan  tu.

"Dengan siapa?" soal Azra pula ingin tahu.

"Tak ada calon lagi,jadi,Az nak mama uruskan lah. Tolong carikan sesiapa yang boleh anggap Sara macam anak sendiri dan kahwin dengan Az bukan sebab harta dan kemewahan. You know girls nowadays macam mana? Usha poket dulu baru on." Kutuk Azrell depan-depan.

" Actually Az ada lah sorang ni tapi Az not sure dia boleh terima ke tak? So, Az lepaskan semuanya pada mama." ujar Azrell panjang lebar.

"No! Mama taknak Az kahwin sebab  terikat dengan amanah arwah. Macam mana Az nak bahagiakan dia kalau Az cinta dia even dia dah bagi kasih sayang pada Sara. Kalau nak kahwin,Az kena janji yang Az boleh bahagiakan dia. Kalau nak mama promote tu boleh jer." bebel Puan Zalia tak henti.

Keluhan dilepaskan. Aduhh.. Nak kahwin pun susah!

"Ya okey. Mama promote kat Az nanti Az pilih." macam pilih barang dapur je gamaknya.

"Wokehhh..Mama dah ada calon sebenarnya dan mama harap sangat Az suka dia!" omel Puan Zalia excited nak sambut menantu lagi.

*  *  * 

Mardiah mematikan enjin keretanya di tepi rumah Encik Ariff. Jam tangan dilihat sekilas. Pukul 7.45 pagi dah. Mardiah keluar dari perut kereta dan menuju ke pintu utama rumah tiga tingkat itu. Pintu diketuk dan memberi salam lantas dibuka pintu itu.

Sudah Puan Zalia pesan, jika sudah sampai terus je masuk tak perlu tunggu.

Mardiah menuju ke ruang makan untuk bersalam dengan Puan Zalia. Di meja makan sudah siap sedia dengan sarapan pagi dan semua ahli keluarga mereka sudah berkumpul.

"Ha Mar. Marilah duduk makan sekali!" ucap Encik Ariff mempelawa Mardiah untuk sertai mereka.

"Eh kejap lagilah. Mar nak tengok Sara dulu takut dia dah bangun." balas Mardiah sambil bersedia untuk naik ke bilik.

"Sara tak bangun lagi! Makanlah dulu!" sahut Azrell menghentikan langkahan Mardiah.

Puan Zalia datang ke ruang makan dari dapur dan menyapa Mardiah. Puan Zalia yang masak semua ni dan harini sekolahnya cuti. Tengok saja pemakaian Puan Zala sudah tahu dia tak ke sekolah hari ini.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now