IKS - BAB 44

11.6K 269 3
                                    

Puan Suzana meletakkan dulang yang berisi seteko kopi panas dan beberapa cawan di meja ruang tamu untuk dihidangkan pada tetamu yang datang. Mardiah bertindak untuk menuangkan air kopi panas itu ke dalam cawan semua orang kemudian dipelawanya untuk minum.

Encik Khairil memandang Azrell seketika sebelum beralih ke arah anak daranya pula. Dari segi pandangan Encik Khairil itu jelas menampakkan yang dia ingin tahu apa tujuan mereka datang.

Alah,setakat anak daranya pulang tidaklah hairan sangat. Yang sangat hairannya,anak daranya pulang dengan seorang lelaki atau lebih tepat majikannya sendiri. Apa kes sekarang ni?

"Minumlah,Azrell. Nanti sejuk pulak air tu!" Suruh Puan Suzana tersenyum ikhlas.

Azrell membalas senyuman wanita berusia itu sebelum menghirup sedikit air kopi panas itu. Usai menghabiskan separuh air kopi itu,Azrell memandang kedua orang tua di hadapannya kemudian beralih kepada Mardiah di sebelahnya sambil menepuk paha Qaysara.

"Minta maaflah jika kehadiran saya malam ini dah mengganggu makcik dan pakcik. Saya sebenarnya ada niat nak sampaikan pada makcik, pakcik." Ujar Azrell sebagai mukadimah. Senyuman manis diberikan.

Mardiah sudah memandang tepat ke arah Azrell dengan pandangan yang tajam. Apa niat yang Azrell mahu sampaikan? Janganlah merepek.

"Ish apa yang ganggunya. Awai lagi haih. Apa niatnya tu,Azrell? Macam penting ja?" Balas Encik Khairil ketawa kecil. Waktu masih menunjukkan pukul 9 malam.

Azrell kelihatan cemas. Entah mengapa. Mungkin berdebar bertemu dengan keluarga Mardiah.

"Soal Mardiah." Jawan Azrell ringkas.

Azrell berdehem kecil sambil menarik nafas sedalam mungkin.

"Sebenarnya saya datang sini nak melamar anak makcik dan pakcik. Jujur saya cakap,saya mahu jadikan Mardiah sebagai isteri saya dan ibu kepada anak saya. Itu niat saya. Saya ingin melamar Mardiah depan makcik dan pakcik sebagai bukti yang saya sangat sangat mahu jadikan Mardiah isteri saya yang sah." Jujur Azrell dengan sopan santunnya bersama secalit senyuman.

Membuntang terus mata Mardiah mendengar kenyataan Azrell. Terus dia memandang tajam ke arah Azrell. "Encik Az. Apaa..."

"Angah! Hormat sikit. Dengar dulu apa Azrell nak cakap ni." Sampuk Encik Khairil tegas dengan jegilan mata yang menggerunkan. Mardiah mendegus kecil dengan sergahan itu.

Terus terkunci mulut Mardiah. Jelingan diberikan kepada Azrell. Azrell hanya tersenyum memandang kedua ibu bapa Mardiah. Dia tahu Mardiah pasti akan terkejut dan marah punya pasal benda ni.

"Tujuan saya mahu Mar jadi isteri sebab dialah satu-satunya yang mampu memberi sepenuh kasih sayangnya pada Qaysara. Sejak Mar bertugas dibawah saya,saya yakin, Mar sangat sayangkan Sara macam anak sendiri. Cara dia layan Sara pun lebih daripada seorang penjaga. Jujur saya cakap,Marlah orang yang sesuai untuk anak saya. Banyak perempuan yang saya kenali tetapi tidak semua mampu layan Qaysara sepertimana Mardiah buat. Makcik dan pakcik pun tahu kan,Mar sanggup buat apa saja untuk Qaysara. Dia korbankan dirinya demi sesuap makan anak saya. Itu sebab saya begitu yakin yang Mardiahlah calon yang sangat sesuai." Jelas Azrell dengan panjang lebar.

Mardiah terkedu memdengarnya lantas membuat muka meluat. Alasan yang sama.

"Jadi,saya ingin memohon restu makcik dan pakcik supaya terima lamaran saya untuk Mardiah. Saya janji,saya akan jaga anak pakcik seperti makcik dan pakcik jaga Mar dari kecil. Saya janji akan bahagiakannya. Saaayaa.. Saya janji untuk menyayangi Mardiah sepenuh hati saya!" Luah Azrell dengan wajah yang penuh perasaan.

Tergamam Mardiah apabila Azrell mengungkapkan tiga kalimah terakhir tadi. Azrell tidak pernah meluahkannya selama ini. Adakah ini pengakuan jujur darinya? Atau hanya sekadar kata kunci untuk mengambil hati Mardiah sekeluarga?

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now