IKS - BAB 10

12.1K 341 5
                                    

Qaysara sudah pun bangun dari tidurnya. Puan Zalia membawa Mardiah naik ke tingkat atas di mana Qaysara ditempatkan. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, kelihatan Azrell sedang mengacah Qaysara yang sedang baring di atas katil empuk milik Azrell. Lantas Puan Zalia melabuhkan dirinya ke atas katil untuk duduk.

Mardiah yang masih kaku di depan katil hanya memandang telatah anak-beranak itu. "Sinilah Mar. Sara tengah cari mana babysitter dia ni."Ujar Puan Zalia sambil menggamit tangan supaya datang lebih dekat. Mardiah tersenyum manis saat bayi kecil itu memandangnya. Tangan kanan Mardiah bertindak mengelus pipi montel Qaysara. Tersenyum bayi itu dibuatnya.

"Siapa nak mandikan Sara?"Soal Azrell yang lama berdiam diri sedari tadi. Soalan macam tak pernah bagi mandi anak sendiri je. Mungkin soalan ditujukan kepada Mardiah.

"Biar akak yang mandikan Sara, nak?"secara spontan Mardiah menjawab lantas tersenyum.

"Haaa.. Okaylah tu,sebagai permulaan Mar bagi Sara mandi."Puan Zalia bangun dari duduknya dan membawa Mardiah ke bilik air yang tersedia khas di dalam bilik itu.

Puan Zalia menerangkan satu persatu bagaimana untuk memandikan Qaysara, yang mana sabun mandian Sara dan sebagainya. Mardiah mengangguk tanda faham atas keterangan Puan Zalia. Kemudian, Puan Zalia pun berlalu keluar dari bilik itu.

Pakaian Qaysara sudah pun Mardiah buka, hanya tinggal lampin sahaja. Dibawanya Qaysara masuk ke dalam bilik air.

Usai mandi, Mardiah mengeringkan badan Qaysara sehingga kering. Bulat matanya kerana sejuk semasa mandi tadi. Azrell mengambil lampin pakai buang dan rompers Qaysara di dalam almari. Mardiah membaca kata-kata yang terdapat pada rompers Qaysara lalu tersenyum.

Selesai memakai pakaian kepada Qaysara, mulut comel bayi kecil mula menguap. Mengantuklah ni lepas mandi. Sebelum itu kenalah minum susu dulu.

"Kejap eh."seru Azrell lalu keluar dari biliknya. Mardiah mengacah Qaysara sementara menunggu Azrell datang. Mata yang layu tadi kembali bulat dengan acahan Mardiah tadi.

Azrell kembali ke dalam bilik dengan membawa warmer sederhana kecil yang diisi air panas. Dan tangan kanannya membawa sebotol susu yang sudah tersedia.

Botol yang berisi susu itu direndam ke dalam bekas air panas. Nak buat apa dengan air panas bagai? Takkan nak bancuh susu kat sini? Dah bancuh dah kan? Fikir Mardiah sambil memandang  kelakuan Azrell. Azrell menghampiri  mereka berdua.

"Encik Az!"Panggil Mardiah sambil memandang lelaki itu. Azrell mengalihkan pandangan ke arah Mardiah dengan riak wajah yang pelik. Mungkin dia pelik kenapa Mardiah panggil dia Encik.

"Kenapa panggil encik?"soalnya.

"Encik Az kan majikan saya, so, that why saya panggil Encik Az dengan panggilan Encik Az."terang Mardiah sambil tersenyum.

"Suka hati awaklah!"

"Ermm.. Kenapa Encik Az rendam susu tu dalam air panas?"sambung Mardiah lagi.

"Susu ni sejuk kenalah rendam dengan air panas bagi suam."balasnya tanpa memandang Mardiah. Mardiah hanya mengangguk lemah tanda faham separuh jalan.

Setelah susu itu sudah suam-suam panas, Azrell menyuapkan botol ke mulut Qaysara. Dinyonyotnya Qaysara susu itu dengan lahapnya sambil Azrell memegang botol itu. Bayi kecil lagi mana boleh pegang sendiri.

Azrell menyuruh Mardiah memegang botol Qaysara dan kembali menyusunya. Azrell meminta diri untuk keluar dan mengharapkan Mardiah menjalankan tugasnya.

Kelihatan mata Qaysara sudah layu ingin melelapkan mata. Susu pun dah habis. Mardiah mencabut botol susu dari mulut Qaysara lalu menepuk-nepuk punggung bayi kecil itu sehingga lena. Mardiah tersenyum setelah Qaysara tidur nyenyak.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now