IKS - BAB 82

10.7K 297 20
                                    

"Yeayy aku dapat chicken dinner. Wohoo" Sorak Adam dengan bangganya kerana telah menang dalam permainan atas talian yang sedang hangat sekarang. Apa lagi, PUBG lah.

Permainan ini, tak kira anak muda atau dewasa, lelaki atau perempuan, kebanyakan orang gemar akan permainan video ini. Main sampai tak ingat dunia

"Makan besar malam ni." Sahut salah seorang rakan Adam.

Terhambur kuat tawa rakan yang lain. Adam dan rakan-rakannya melepak di depan halaman rumahnya semata-mata untuk main game. Dengan waktu larut malam begini, sejuk angin malam. Seronok melepak di luar rumah. Selalu mereka akan melepak di mana-mana kedai makan. Kebetulan hari ini mahu melepak di rumah orang tua Adam sahaja.

Mereka menyambung semula permainan itu dengan khusyuknya. Anak muda sebaya umur Adam, kerjanya melepak saja. Siang bekerja sementara mereka akan sambung belajar tak lama lagi.

Cahaya lampu yang tersuluh dari muka halaman rumah itu menyedarkan salah seorang rakan Adam. Segera dicuit bahu Adam.

"Weh Dam. Sapa mai rumah hang malam-malam ni?" Soal rakan Adam itu memandang tepat ke arah kereta yang sudah terparkir elok di hadapan rumah itu.

Adam angkat wajahnya memandang ke depan rumah. Kereta tersebut dipandang lama.

"Weh, abang ipar aku tu. Aik." Segera Adam bangkit dari motosikalnya lalu pergi ke arah kereta tersebut.

Adam mengintai ke dalam kereta yang sudah dimatikan enjin itu namun tiada tanda-tanda untuk keluar. Cermin tingkap diketuk sekali.

Pantas pintu itu terbuja dari dalam. Tersembul wajah Azrell yang agak kepenatan. Penat memandu agaknya.

"Eh, Abang Az tak cakap pun nak balik harini?" Soal Adam kehairanan.  Petang tadi semasa dia keluar dengan Mardiah, wanita itu tidak memberitahu pun Azrell akan pulang hari ini.

"Saja nak surprise ." Azrell ketawa.

"Ouhh."

Azrell pandang rakan-rakan Adam. Senyuman diberikan sekilas kepada anak muda itu.

"Melepak main game ke?" Soal Azrell walaupun sudah terang lagi bersuluh anak-anak muda itu bukan sedang mengulang kaji pelajaran.

"Ha'ah." Adam sengih.

"Abang Az masuk dulu lah. Penat. Erm mak dengan abah dah tidur? Kak Mar?" Azrell menyoal sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Dah tidur kut. Akak dari pukul 9 tadi lagi dah tidur sekali dengan Sara. Akak pening lepastu muntah tadi." Lapor Adam jujur.

Tadi selepas makan malam, Mardiah terasa kepalanya agak pening. Beberapa minit selepas itu, dia sudah memuntahkan isi perutnya. Habis makanan makan malam keluar semula. Terkulai lemah tubuh kurus itu.

Selepas itu, segera Mardiah minta diri untuk berehat sebelum dia tertidur lena dengan sendiri. Penat sangat mungkin melawan alahan mengandung.

Azrell terdiam. Kasihan isterinya itu menanggung derita seorang diri sepanjang berada di kampung. Kerap juga Mardiah terima alahan waktu malam. Selalunya, Azrell sentiasa berada disisinya disaat dia terima alahan perit itu.

"Tak apalah. Abang Az masuk dulu." Azrell tepuk bahu Adam sebelum masuk ke dalam rumah.

Pintu dikuak sedikit lalu menyelinap masuk. Keadaan rumah itu samar kegelapan. Waktu pun sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Lewat dia sampai kerana kesesakan lalu lintas tadi.

Pintu bilik mertuanya terbuka dari dalam. Azrell kalih tubuhnya. Terlihat sekujur tubuh abahnya, Encik Khairil. Niatnya mahu ke dapur. Sudah 1 pagi abah mertuanya ini tidak tidur lagi.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now