PROLOGUE

2.4K 121 9
                                    


Seorang pemuda sedang beristirehat di atas puncak bukit,dia baring di atas tumbuhan hijau. Angin bertiup dengan dingin,nafas mengeluarkan wap udara. Jam pada tangan dilihat,dia sekadar mencebik mungkin kerana masa berlalu dengan pantas.

Dia bangkit dari baring dan kini dalam keadaan duduk,kakinya berjerangkang melurus dan menggeliat kesedapan. Mood mengantuk masih lagi ada,dia menguap panjang sebelum bangun berdiri.

"Berapa lama aku tidur Son?" Soal pemuda itu sendirian.

"Rasanya dalam dua jam...." Satu suara garau menjawab.

"Betul ke? Lama tu?" Keluh pemuda itu.

"Jangan nak curi tulang...bangun!..." Suara garau itu berkata lagi.

"Ya... Ya...aku tahu la.." Jawab pemuda itu.

Pemuda itu terus bergayut pada dahan pokok ke dahan yang lain,sehinggalah sampai di satu pokok terus memanjat dan terus melompat menuju ke arah bandar. Dia mendarat dia atas bangunan tinggi,dia berhenti sejenak dan melakukan senaman.

"Yosha..baiklah.." Pemuda itu berjalan ke hadapan dan terus berlari.

Pemuda itu melompat dan memanjat bangunan sebelah,dia mendaki dan terus melompat sekali lagi. Dia terus melompat dari bangunan ke satu bangunan yang lain,sampailah satu tempat di mana puncak menari dia berhenti dan memegang puncak tiang menara itu.

"Wooah..." Ujar pemuda itu kagum.

Sedang dia merasa kagum,kedengaran bunyi nada deringan telefon. Pemuda itu mengambil lalu menjawab,sebelum sempat dia berkata apa-apa...

"WOI ALIF! MANA KAU!! CURI TULANG LAGI KE HA?!" Jeritan pada talian hampir membuatkan telefon pemuda itu,terjatuh namun sempat ditangkap semula.

"Tak payah la menjerit Siddiq..aku tahu la kerja aku..." Jelas pemuda itu.

"Tahu la sangat!..." Bidas suara itu.

"Handphone ada silent mode,kau ada tak?" pemuda itu berkata lagi.

"Aku tak peduli! Kau datang sekarang!..." Ujar suara dalam talian itu.

"Malas aku...!" Jawab pemuda itu menutup talian.

Pemuda bernama Alif itu menyimpan semula telefon miliknya,dan melompat turun ke kawasan kota. Secara berperingkat mendarat ke bangunan ke bangunan satu lagi. Akhirnya dia selamat mendarat di satu kawasan lorong,dan berjalan keluar dari lorong tersebut tanpa siapa sedar.

"Ah....its feel so refresh..." Ujar Alif tersengih.

"Don't got carry away...dumbest..." Ujar suara garau itu sekali lagi.

"Ala... Come on,once in a while.." Alif membidas.

"Ha... Kau tu bukan sekali-sekala,tapi selalu sangat... Macam mana saudara kau tak bising..." Ujar suara itu lagi.

"Son,are you trying to lecture me?" Soal Alif tersengih.

"You think what I'm doin? Sing a song?...." Bicara suara dipanggil Son Wukong.

"Hmm.." Alif mencari-cari sesuatu.

"Kau cari apa?..." Soal Son Wukong.

"Aku dengar area ni ada kedai karaoke..." Jawab Alif selamba.

"Kau nak cari gaduh ke pe?...." Son Wukong mula bengang.

Alif hanya tersengih mendengar kata-kata Son Wukong,dia mula berjalan namun langkahnya terhenti apabila perutnya berbunyi.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now