CHAPTER 125 : NEW BLADE FOR MY LIL' SISTER

674 86 11
                                    


Ludovicos terkejut dan menggigil,Luiz hanya memerhatikan benda yang membuatkan Ludovicos menggigil. Raksasa yang amat besar,terbeku dalam bongkah yang amat besar.

"THE GRIM HUNTER"

Raksasa seperti manusia gergasi ataupun titan,seperti sedang tidur dalam bongkah ais yang membeku. Ludovicos menelan air liur dan menggigil,dia tidak tahu kenapa tetapi seolah-olah dia merasakan

Pada masa yang sama sebuah kapal timbul dari dasar laut,kapal selam itu berhenti berhampiran lautan kawasan tersebut. Seseorang keluar dari perut kapal disusuli seorang gadis berambut hitam,dia melangkah ke hadapan dan memerhatikan keadaan kawasan tersebut.

Alif Nazemi Al'Hasanuman,juga pahlawan dari negara Mentari. Senapang ditarik dan menggunakan binokular,dia dapat melihat jelas dan terkejut. Sasaran dia ataupun Luiz dan Ludovicos,berada di hadapan sebongkah ais gergasi.

"Mereka dah tiba lebih pantas..." ujar Nazemi sambil mendecih,gadis yang bersamanya menerima arahan dari alat komunikasi.

"Tuan.. Arahan daripada Lord Sixth.. Dia minta kita beredar..." gadis itu menegur dan Nazemi hanya menoleh ke arah gadis tersebut.

Nazemi hanya menghela nafas pendek,dia menyangkutkan semula senapang miliknya. Dia dan gadis tersebut memasuki pintu,seketika kapal itu menyelam ke dasar laut dan terus beredar dengan kelajuan penuh.

"Kenapa tuan minta kami berundur?" soal Nazemi pada skrin yang terpapar wajah Ikhwan.

"Aku tidak mahu kehilangan pahlawan yang berbakat.." jelas Ikhwan tersenyum.

"Bagaimana jika raksasa itu berjaya dibangkitkan?" soal Nazemi.

"Bertenang Nazemi.. Memang tidak salah untuk kamu risau.. Tetapi Luiz tidak boleh bangkitkan raksasa itu buat masa ini.." jelas Ikhwan dan Nazemi kehairanan.

"Setiap Calamity Monster.. Ada lima item dipisahkan oleh Iskandar,dia telah simpan dua puluh item itu secara berselerak.. Jadi jika Luiz ingin kumpulkan,ia mengambil masa.." jelas Ikhwan dan Nazemi serta gadis tersebut terkejut.

Luiz memerhatikan raksasa gergasi itu agak lama,Ludovicos langsung tidak mampu mengagak dengan apa yang Luiz fikirkan. Aura Luiz sukar dirasai dan tidak ramai pahlawan mampu menyembunyikan auranya seratus peratus,jika ingin disebut pahlawan seperti Ikhwan adalah antara salah satunya.

Luiz mengingati semula pertama kali dia dan Ikhwan bertemu,aura yang dimiliki Ikhwan bukan sembarangan. Aura yang serupa dengan Iskandar,rakan lamanya suatu ketika dahulu.

"Kita perlu pergi..." ujar Luiz.

"Tapi tuan? Makhluk ni?" soal Ludovicos.

"Kau sendiri kata sini daya kuasa magis amat berbahaya... Jadi manusia normal tidak akan mampu masuk ke dalam kawasan ini.." Luiz berkata dengan muka tiada perasaan.

Luiz membuka pintu teleportal,Ludovicos hanya menyusul dari belakang. Dia hanya memandang ke belakang,memerhatikan raksasa gergasi itu agak lama. Mata raksasa itu bersinar dengan tiba-tiba,Ludovicos terus terkejut dan beredar.

Sebuah bilik yang tidak bernama,di mana sebelah dalamnya Ikhwan baru mematikan talian perhubungan dengan Nazemi sebentar tadi. Ikhwan memandang ke arah meja,ratusan komponen di atas meja. Ikhwan memeriksa setiap komponen,dia memegang dagu sambil berfikir.

"Jadi kau nak buat senjata jenis macam mana?" soal Farhan yang turut bersamanya di dalam bilik tersebut.

"Senjata yang mampu tahan kuasa aku?" kata Ikhwan mengaktifkan mesin.

"Kenapa kau tak suruh anak murid professor Zahari?" soal Farhan lagi.

"Aku lebih rela buat sendiri.. Sebab hanya aku sendiri faham kuasa aku.." jelas Ikhwan.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now