CHAPTER 47 : PROJECT EXTINCTION?

906 83 0
                                    


Satu tempat yang agak sunyi dan sepi,asap tebal sekeliling kawasan. Seseorang berjalan melepasi pepohon pokok tersusun rapi,namun tetap tidak melenyapkan aura seram dan dingin.

Qatariz menyedut asap rokok kemudian dihembuskan,Mirana mengibaskan asap rokok yang dihembus oleh Qatariz. Telinga Mirana bergerak dan matanya merenung tajam ke arah Qatariz,sedar akan renungan tajam Mirana segera Qatariz membuang puntung rokok.

"Sorry - sorry...hehe.." kata Qatariz mengangkat tangan.

"Jangan cari pasal Qatariz..." ujar Mirana dingin.

"Fine fine... Saya tahu..." balas Qatariz dan mereka terdiam seketika,kedengaran tapak kaki berderap perlahan..

Qatariz dan Mirana berpandangan kemudian bersembunyi,kelihatan beberapa orang berjalan melepasi kawasan mereka bersembunyi. Joker dan Wild Gunz berjalan beriringan,Joker tangan disilangkan belakang kepala dan mengeluh.

"Ahh... Bosannya,jom membunuh?" soal Joker pada Wild Gunz.

"Jangan nak buat hal Joker.. Kita tak dapat arahan.. Plus,tak ada untung bunuh sesuka hati..." balas Wild Gunz.

"Itu bezanya kau dan aku,aku membunuh kerana kebosanan.. Kau pula kerana duit.." bidas Joker tersengih.

"Sudah tentu... Aku tidak akan bazirkan peluru aku sesuka hati..." Wild Gunz membalas sambil menarik cerutnya,asap dihembus dan nafas dihelakan.

"Tapi projek Ozmandiyas tetap berjalan dan ia akan membunuh kaum manusia dengan sekelip mata... Kau pasti nak kata seperti itu?" soal Joker.

Qatariz mendengar kata-kata Joker agak terkejut,Mirana pula menekup mulutnya dan Qatariz menggenggam penumbuknya. Namun arahan Ikhwan hanya menyuruh menyiasat sahaja,dia memegang tangan Mirana dan berundur serta hilang di sebalik bayang kegelapan.

Wild Gunz hanya terus melangkah,tidak menjawab soalan Joker. Lelaki yang perhatikan Wild Gunz itu,sekadar tersengih dan menghela nafas pendek.

"Projek E.H....huh?" soal Wild Gunz menghembus asap rokok cerutnya.

Qatariz dan Mirana berjalan ke arah kapalnya yang dalam mode camouflage atau halimunan,kemudian mode itu dinyahaktifkan dan mereka berdua melangkah masuk ke dalam kapal.

"Hey Qatariz..." ujar Mirana menarik lengan baju Qatariz.

"Yeah? Kenapa ni?" soal Qatariz kehairanan dengan sikap Mirana.

"Projek menghapuskan manusia itu adakah kita dapat halang?" soal Mirana dan Qatariz hanya diam sahaja.

"Qatariz..." Mirana ternyata risau.

"Jangan risau,kita pasti dapat halang dari semua itu terjadi..." jelas Qatariz memegang bahunya.

Mirana hanya mampu diam dan Qatariz tidak berkata apa-apa,lantas menarik Mirana dan memeluknya dengan erat. Mirana tidak berkata apa-apa dan membalas pelukannya,Qatariz mengusap kepala Mirana tanda menenangkannya.

"Its okay... Jangan risau,sekarang kita kena pulang..." jelas Qatariz memandang tepat ke anak mata Mirana.

Mirana hanya mampu tersenyum dan mereka melangkah masuk ke dalam pesawat,tidak lama kemudian kapal itu mula terapung dan terus terbang meninggalkan kawasan tersebut dengan kelajuan yang pantas.

Alif hanya menghela nafas pendek,ketika ini dia terpaksa pulang ke negaranya. Luqman dan Aminudden menemaninya,Aurora dirawat di hospital besar negara Mentari. Alif menyandar ke dinding dan duduk pada kerusi panjang,dia hanya mampu menunggu sahaja. Aurora rebah tidak sedarkan diri sebaik dibawa masuk ke dalam kapal,Luqman memberi laporan pada Ikhwan dan arahan dikeluarkan. Arahan itu adalah untuk Alif menyuruh dia,pulang ke Mentari dan merawat Aurora.

"Damn it! If I were strong enough,Aurora will never be that way!" keluh Alif menundukkan kepalanya merenung lantai.

Alif memerhatikan lantak simen yang berjubin,dia meraup wajahnya mengingati kembali air muka Aurora. Sedang dia merenung lantai,sepasang kaki berhenti di hadapannya. Apabila Azryan mendongak ia kepunyaan Ikhwan,sang raja naga memandang Alif tanpa kata-kata kemudian duduk di sebelahnya.

"Macam mana keadaan budak perempuan tu?" soal Ikhwan.

"Doktor kata masih dalam rawatan..." ujar Alif nada rendah.

"Jangan risau,hospital ini adalah tempat rawatan yang terbaik..." ujar Ikhwan menepuk bahu Alif perlahan.

Alif sekadar mendiamkan diri dan hanya tersenyum kelat,Ikhwan tahu Alif risaukan keadaan Aurora dan dia hanya mengusap kepala pemuda itu. Alif terkejut dengan perbuatan Ikhwan,dia menoleh ke arah Ikhwan dan tangan yang mengusap kepalanya Ikhwan alihkan.

"Tenang la,dia tidak akan apa-apa.." Ikhwan berkata sambil tersenyum.

Alif hanya diam tidak berkata apa-apa,Ikhwan hanya tersenyum kelat dan bangun kemudian beredar. Alif pula memerhatikan Ikhwan beredar,kelihatan Alisa menghampiri Ikhwan kemudian mengekori suaminya.

"Dia akan okay ke?" soal Alisa.

"Semua terpulang pada dia..." balas Ikhwan tersenyum.

Alif sekadar mendiamkan diri menunggu Aurora,pada masa yang sama di hadapan hospital seseorang berdiri memerhatikan bangunan hospital. Agak lama memerhatikan dan lenyap sebaik sebuah bas melalui di hadapannya,Alif tersentak dan tersedar dari tidur apabila merasai satu daya kuasa yang amat kuat.

"Perasaan apa ni?" soal Alif dan seseorang berada di sebelahnya.

"Doktor? Doktor! Bagaimana keadaan Aurora?" soal Alif sebaik sedar orang itu ialah doktor,atau lebih tepat dikenali sebagai Nurul iaitu sepupu Ikhwan.

"Huh?"

PAKK!!

"Bertenang jangan menjerit.." Nurul berkata tenang sambil fail dihayunkan ditahan oleh Alif.

"Doktor apa menyerang orang?!!" soal Alif terkejut.

"Jangan risau,kalau kamu cedera saya boleh rawat.." ujar Nurul tersenyum selamba.

"Tak membantu langsung..." balas Alif muka blur.

"Auntie Nurul,tak baik usik Alif tu.." ujar Luqman dan fail dibaling tepat ke mukanya.

"Adoi apahal?!" soal Luqman dan Alif tersengih.

"Doktor panggilan di sini,ingat?" soal Nurul dengan muka yang menyeramkan.

"Baik!"


CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now