CHAPTER 76 : BIG WAVE?

735 75 2
                                    


Lorong yang gelap penuh dengan haiwan kecil yang berbisa,satu sudut di mana ada cahaya seperti terapung tetapi hanyalah lampu torchlight. Muka Luiz kelihatan dan kala jengking menghampiri dengan senyap,tetapi Luiz dengan selamba memijak penyek haiwan berbisa tersebut.

Luiz hanya melangkah bagaikan tiada apa-apa,dia sekadar membuat muka tidak berperasaan. Dia teringat kisah seribu tahun yang lalu,saat dia dan Iskandar sebagai seorang sahabat.

Namun pertanyaan utama kenapa?

Kenapa dia sekarang sebagai Dark Knight?

Arjuma terkejut dan hilang kata-kata,mendengar penjelasan Ikhwan mengenai Luiz Morgan. Seorang pahlawan yang berjuang di sisi Iskandar,sekarang sebagai Dark Knight.

"A-apa?" soal Arjuma lagi.

"Kau dengar kan? Jangan bagi aku ulang dua tiga kali..." ujar Ikhwan.

"Tapi ia tidak masuk akal! Dia seorang pahlawan!"

"Bekas.."

Arjuma terdiam dan Ikhwan hanya terus melangkah,Arjuma tidak berpuas hati lantas dia terus mengekori Ikhwan. Alif pada masa itu hanya memeriksa keadaan tongkatnya,iaitu buatan dia sendiri.

"Yang ni rosak teruk.. Kena baiki..." omel Alif sendirian.

"Apa yang awak tengah buat?" soal Aurora menjengah dengan tiba-tiba,tindakannya membuatkan Alif kaget.

Seketika mereka terdiam dan masa bagaikan terhenti,mereka saling berbalas renungan mata. Tongkat masih dalam genggaman Alif,Aurora pula dalam keadaan menyengetkan badan kerana menjengah.

"Ehem! Panas pulak rasanya..." Azryan berdehem kerana dia berdiri tidak jauh daripada mereka berdua.

Teguran Azryan membuat Alif dan Aurora kelam-kabut,Aurora pula hampir terjatuh sebelum Alif menyambut dan menjadikan dirinya sebagai tilam. Aurora berada di atas tubuh Alif,Azryan membuat muka blur dan terus beredar.

"Maaf..." ujar Aurora.

"Tak apa..." kata Alif tersenyum.

"Ah..! Saya bangun!" sebelum sempat Aurora bangun,Alif segera memeluknya dan Aurora terus melekat.

"Alif?" soal Aurora menelan air liur.

"Jangan...saya nak tengok wajah awak dengan lebih dekat..." ujar Alif mengusap pipi Aurora.

"Kenapa awak ni,pelik-pelik je la.." Aurora berkata sambil tersenyum.

"Pelik kerana awak,apa salahnya.." kata-kata Alif membuatkan Aurora merona merah padma.

"Get a...." Seseorang menegur dengan menghasilkan bebola api merah marak di udara,Alif dan Aurora memandang ke arah si pelaku.

"Aminudden?!" serentak mereka bersuara dan Aminudden timbul urat pada dahinya,lantas dia terus melepaskan bebola api gergasi.

"ROOM SOMEWHERE ELSE DAMN IT!!"

BOOMM..!!!

"Ayark!!"

Letupan kuat berlaku dan mujurlah Alif sempat mengelak bersama Aurora,keadaan itu disaksikan oleh Alia dan Aila. Hikari juga turut bersama,Luqman hanya mampu memeluk tubuh menyaksikan adegan Aminudden menembak api bertalu-talu ke arah Alif dan Aurora.

"Kau dah gila ke?!" soal Alif geram dan Aminudden sekali lagi bertambah urat di dahi.

"Dah gila?" soal Aminudden tersenyum menakutkan dan api semakin marak.

"Kau nak bermesra.." ujar Aminudden sambil menembak apinya.

BOOMM!!

"Woahh!!" Alif mengelak.

"Cari tempat lain..!!" sambung Aminudden melakukan perkara yang sama.

BRAAMM!!

"Time out! Time out!!"

"Time out?" soal Aminudden lagi berhenti seketika,Alif menelan air liur.

"KAU INGAT SINI GELANGGANG TINJU?!!" Aminudden menggenggam penumbuknya yang menyala api dengan marak.

"Alamak..." Alif tersenyum kelat.

KA-BOOMM!!!

"I BELIEVE I CAN FLY!!" Alif tercampak sambil bernyanyi lagu.

Aurora sekadar mampu tersenyum kelat,dia menoleh ke satu arah di mana kelibat seseorang yang baru sahaja dia kenal itupun sebentar tadi semasa perlawanan latihan.

"Uncle Arjuma!" Intan menghampiri Arjuma yang berjalan sambil berfikir.

"Ah... Intan,ada apa?" soal Arjuma yang air mukanya serius,berubah menjadi ceria.

"Tiada apa,uncle dah nak balik ke?" soal Intan.

"Sekejap lagi,saing dengan uncle Ikhwan kamu nanti..." jelas Arjuma.

Intan hanya mengangguk-angguk sahaja,dia tidak mahu bertanya lebih kerana ia sesuatu yang serius. Aurora dihampiri oleh Aila,dia hanya membalas senyuman perempuan tersebut.

"Hai..." sapa Aila.

"Err..hai?" Aurora senyum kelat.

"Nama saya Aila Darweez..." ujar Aila menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Aurora Mikaela.." sambut Aurora tersenyum.

"Ingin tahu pasal dia?" soal Aila memandang ke arah Arjuma yang sedang berbual dengan Intan.

"Yeah... Aura dia berlainan,amat kuat.." jelas Aurora menjawab.

"I see.. Awak boleh nampak aura orang lain..." ujar Aila.

"Yeah.."

"Nama dia Arjuma Syah Al'Hisham,pemilik kafe di bandar negara kami..." jelas Aila dan Aurora membesarkan matanya lalu menoleh ke arah Aila.

"Wha? Pemilik kafe?!" ujar Aurora bagaikan tidak percaya.

"Dia bekas tentera..." tambah Aila tersenyum dan Aurora terdiam sebentar kemudian mengangguk faham sepenuhnya.

"Hey uncle,your face is scaring when you talk to uncle Ikhwan.. Why is that?" soal Intan tanpa selindung.

"I can't tell you that,but just for the reminder..." ujar Arjuma.

"And what's that?" soal Intan.

"Get ready for the big wave.." jawab Arjuma.

Tempat yang sunyi dan hanya kedengaran bunyi-bunyi haiwan liar,sebuah hutan yang tebal seseorang sedang duduk di bawah pokok yang besar. Matanya dipejam rapat dan mengatur pernafasan dengan begitu kemas,auranya kelihatan dalam keadaan setempat.

Namun konsentrasi terganggu apabila mendengar tapak kaki melangkah,memijak ranting-ranting kayu yang di atas tanah dilalui. Luiz Morgan berhenti di hadapan si pertapa,pandangan mereka berlaga dan si pertapa hanya tersenyum sahaja.

"It's been a while Luiz Morgan!" ujar si pertapa lantas bangun dari tempat pertapaannya.

"Yeah..about 800 years ago?" duga Luiz membalas soalan pertapa itu.

"Kau tidak pernah berubah... Biarpun sudah beratus tahun...aku fikirkan kau dah mati.." jelas si pertapa.

"Aku tidak mati,tapi tercampak ke dalam dunia kegelapan..." jawab Luiz.

"Aku pula terkurung di makam ni..." kata si pertapa itu kecewa.

"Heh,sekurang-kurangnya kau tidak diikat atau dirantai..." ujar Luiz tersengih.

"Betul juga hahahah....!" balas si pertapa itu tersenyum lebar sambil ketawa.

"Aku perlukan bantuan kau..." jelas Luiz.

"Ouhoo...the great swordman asking me for the help? It's my honor to accept it..."

"Cut the crap Merlin..."

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now