CHAPTER 143 : ANOTHER TROUBLE HUH?

598 72 4
                                    


Luiz menghancurkan kurungan yang menghalang lima individu,keranda mula terbuka perlahan-lahan. Merlin menggigil merasai aura kuasa yang mula muncul,Luiz hanya memerhatikan sahaja.

Akhirnya muncul lima orang di lima keranda,mata masing-masing yang terpejam dibuka. Kulit mereka yang seakan-akan mereput,mula pulih seperti baru lahir.

Sun,Neptune,Mercury,Utareed dan Pluto bangkit. Mereka melompat dan mendarat di hadapan Luiz,aura mereka berlainan dari biasa. Ikhwan dan Farhan tersentak lalu terus terbang memecut,Luiz hanya berlagak biasa tanpa emosi.

"Adakah kamu yang membebaskan kami?" soal lelaki berpakaian serba hitam,pedang kemas disisip pinggang.

"Aku hanya buat apa yang perlu.." ujar Luiz tanpa emosi.

"Apa tujuan kau bebaskan kami?" soal Pluto dengan renungan tajam,Merlin tersentak dengan aura menakutkan.

"Pluto,hentikannya..." kata Sun dan Pluto mengeluh serta mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Kamu agak comel.." ujar Neptune muncul di sebelah Merlin.

Merlin terkejut kerana tidak menyedari bila perempuan ini di sebelahnya,Mercury menyedari sesuatu dan terus menarik pedangnya lalu dihalakan ke arah Merlin.

"Hey Merc! Kenapa buat macam tu? Tak sopan!" Neptune kehairanan.

"Kau mempunyai aura yang sama dengan orang yang pernah mengurung kami.." ujar Mercury dan Merlin mendecih.

Utareed hanya merenung tajam ke arah Merlin,Luiz tidak berkata apa-apa dan sekadar mendiamkan diri. Merlin memandang ke arah wanita bertopeng itu,Merlin merasakan Utareed memberi ancaman kepada dia.

"Luiz,kau hilang akal..." ujar Merlin dan Luiz kehairanan,Merlin menarik tongkatnya.

"Huh apa yang dia nak buat?" soal Neptune dan Merlin menggigil.

"Enihs!! Niosulpex..!"

Sun hanya membulatkan mata,Luiz terkejut dengan tindakan Merlin. Lalu seluruh tempat yang gelap,bersinar dengan begitu terang.

KA-BOOMMMMM!!!!!

"WAN! SANA!" Farhan berkata dan Ikhwan mengangguk.

Mereka menuju ke arah tempat yang berlaku letupan,Ikhwan dan Farhan tiba di situ. Letupan itu menghasilkan lubang yang amat besar,seseorang keluar dan individu itu ialah Merlin dalam keadaan termengah-mengah kelihatan.

"Merlin?" soal Farhan dan Ikhwan menarik lengannya,mendarat sembunyikan diri.

"Apa kau buat? Dia musuh!" soal Farhan lagi.

"Shussshhh...ada yang tak kena..." jelas Ikhwan dan Farhan memandang ke arah lubang tersebut.

Enam orang keluar dan salah seorang ialah Luiz,Ikhwan hanya memerhatikan dari tempat persembunyian. Farhan terkejut kerana lima orang itu,dia tidak kenal dan auranya amat kuat.

"Siapa mereka?" soal Farhan.

"Buat masa ni,kita perhatikan je.." jelas Ikhwan dan menghela nafas pendek.

Farhan sekadar menyarung semula pedangnya,dia menurut sahaja apa yang dikatakan oleh Ikhwan. Merlin terbatuk beberapa kali,dia termengah-mengah memandang ke hadapan. Letupan itu tidak dapat mengapa-apakan mereka berenam,Neptune hanya mendiamkan diri dan menghela nafas pendek.

"Awak comel,tapi malangnya.. Awak cuba bunuh saya..." ujar Neptune dan batang tongkat dalam genggamannya.

"Jangan musnahkan tempat ni Neptune.." Sun memberi arahan.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now