CHAPTER 141 : TRY IF YOU DARE

739 83 7
                                    


TANG!!

KTANG!!

Fasha dan Gawanye berlaga senjata,Fasha memusingkan pedangnya. Dia terus mengambil langkah dan meluru ke arah Gawayne,tujahan padu senjatanya berjaya ditahan mudah oleh Gawayne.

Fasha berundur beberapa langkah ke belakang,pedangnya tiba-tiba seperti ingin patah namun tidak. Ia bertukar menjadi seperti cemeti,libasan deras dihayunkan lalu Gawayne menahan dan terseret ke belakang.

"You're strong,but wasted.. You choose to be evil..." ujar Fasha dan Gawanye hanya mengangkat pedangnya.

Fasha menarik pedang cemeti,lalu dilibas memukul ke tanah berulang-kali. Kilat berwarna emas mengalir pada bilah pedang cemeti,Gawayne merendahkan sedikit tubuhnya dan terus memecut ke arah Fasha.

Fasha terkejut dan menarik pedang cemetinya,lalu berubah kembali menjadi pedang normal. Serangan tusukan Gawayne ditahan,bunyi nyaring bergema dan Fasha terseret jauh.

"Woo... Awak memang seorang yang hebat..." ujar Fasha.

"Itu hanya permulaan sahaja wanita..." Gawayne bersuara dan Fasha terdiam kemudian memberi tepukan tangan.

"Awak boleh bercakap rupanya?! Ingatkan awak bisu!" kata Fasha teruja.

"Kau buatkan aku jengkel perempuan..."

Pedang Gawayne bersinar dan aura kegelapan,menyelubungi seluruh bilah pedangnya. Fasha pula tersenyum dan menarik nafas pendek,lalu dilepaskan secara perlahan-lahan.

"Malangnya saya terpikat..." kata Fasha mengenyitkan sebelah matanya.

"Aku akan pastikan kematian kau dalam keadaan menakutkan..." ujar Gawayne.

"Marilah kalau awak mampu.." kata Fasha tersenyum dan Gawanye terus meluru ke arahnya.

TANG!!

KTANG!!

Aizat menyeret ke kiri dan Ernoul mendesak dia,Aizat menegakkan senjatanya lalu menghayunkan serangan. Impak lagaan dua senjata,menghasilkan efek yang bergema bunyinya.

"Kau nampak gelap,berjemur bawah matahari berapa jam?" soal Aizat semasa senjata mereka melekat antara satu sama lain.

ZUPPP!!!

Aizat mengelak dengan menarik badannya ke belakang,lalu back flip beberapa kali kemudian pedang digenggam erat.

ZRASSHH!!!

Ernoul mengelak ke tepi sedikit,lalu dia berlari ke arah Aizat. Mereka bertembung dan berlaga senjata sekali lagi,Aizat memusingkan pedangnya lalu melepaskan libasan gelombang yang amat besar.

TANG!!

KRAANG!!

KTANG!!

Aizat dan Ernoul menyeret menjauh ke belakang,Aizat mengetap gigi dan memijak tanah dengan kasar. Dia terus berlari meluru ke arah Ernoul,manakala Ernoul pula turut sama memecut ke arahnya.

Serangan Ernoul amat tepat dan jitu,namun dengan tiba-tiba pertarungan mereka berterusan. Sekitar kawasan bergegara semasa mereka bertarung,Aizat terkejut apabila libasan Ernoul mengenai tubuhnya.

"Erghhh!!!"

Ernoul bergerak pantas dan lebih pantas daripada Aizat,terkial-kial Aizat mengelak serangan pantas Ernoul. Saat Ernoul ingin menyerangnya,tembakan misteri hampir mengenainya tetapi dia berjaya elak dan Ernoul mendongak ke atas.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now