CHAPTER 148 : DARK MAGIS

588 78 4
                                    


Luiz berdiri di hadapan papan emas yang bertukar warna,Sun dan empat yang lain hanya memerhatikan gelagat Luiz. Aura yang kuat itu jelas dirasai,namun hanya aura sahaja tidak menonjolkan siapa empunya.

"Kau gagal ke?" soal Sun.

"Gagal? Tidak,kiraan telah bermula..." ujar Luiz memandang ke arah nombor 100 bertukar 99.

"Raksasa kelima bukanlah makhluk.. Tetapi adalah magis gelap..." jelas Luiz.

"Magis gelap?" soal Mercury.

"Magis yang mampu menghancurkan seluruh alam... Aku perlukannya.. Jika kiraan 100 berakhir 0,bererti tanda pengakhiran alam ni..." ujar Luiz.

"Jika alam ni musnah,bagaimana dengan kau? Kami tiada masalah.." kata Sun memberi soalan.

Luiz tidak menjawab sekadar hanya tersenyum simpul,memerhatikan kiraan angka 99.

"Sekarang... Untuk langkah seterusnya.." ujar Luiz menghalakan tapak kedua-dua tangan ke hadapan,sinar cahaya keunguan menyelubungi tubuhnya.

Sun,Pluto,Mercury,Utareed dan Neptune hanya memerhatikan dia sahaja. Ikhwan dan Farhan pula sedang berbincang mengenai sesuatu,Alisa dan Fara turut menemani mereka.

"Apa kata bangunkan malapetaka?"

Aura kuasa yang amat kuat terasa,gunung berapi yang mengurung The Forsaken Beast bergegar kemudian meletus. The Dreary Hunter juga bangkit,kawasan kutub utara yang sejuk meletus.

Sebuah kereta yang memecut,berhenti membrek mengejut dan menyebabkan penumpangnya membebel. Hafez memandang ke arah langit,dia mula terasa tidak sedap hati.

"Hey? Awak dengar tak?" soal Erica di sebelah.

"Kita kena balik ke negara Mentari.." ujar Hafez menolak gear,lalu kluc ditarik kemudian pendikit minyak ditekan.

Kereta yang dipandu melakukan u-turn dengan mendadak,membuatkan kenderaan lain brek kecemasan dan Hafez memecut tanpa menghiraukan kemarahan pemandu lain.

Pada masa yang sama juga,Alif mengemudi kapal pesawat memecut merempuh udara. Aurora dan Altera hanya duduk diam di tempat penumpang,Azryan yang berada di sebelah Alif sekadar memeriksa peta.

"Damn it..." ujar Ikhwan.

"Two monster sealed broken at once?" soal Farhan tidak percaya.

"We have to ask Merlin..." ujar Ikhwan pula dan Farhan hanya mengangguk.

Ikhwan segera berjalan keluar dari rumah,Farhan mengekori dari belakang dan Alisa serta Fara hanya memerhatikan mereka pergi. Ikhwan dan Farhan melangkah laju,beberapa pengawal yang bertugas menyapanya tidak dihiraukan. Akhirnya mereka tiba di sebuah bilik kebal,sebuah bilik mengurung seseorang.

Merlin The Dark Wizard.

"Ah... Kamu berdua datang melawat? Aku terharu..." kata Merlin sebaik menyedari kehadiran Ikhwan dan Farhan.

KRAANG!!!

KRASSHH..!!!

Merlin tergamam apabila dua bilah pedang,melepasi dia dan terpacak pada dinding di belakangnya. Ikhwan dan Farhan membaling serentak,Merlin ternganga dan tersengih menelan air liur.

"Now.. Tell me what his plan?" soal Ikhwan.

"Okay.. Okay... I got it..." ujar Merlin mengangguk faham.

"It's okay bro.. You don't have to throw anymore..." ujar Ikhwan memandang ke arah Farhan yang ingin merejam pedang lagi.

"Are you guys wanna try to kill me?!" soal Merlin.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now