CHAPTER 103 : FIRST ROUND

744 86 15
                                    

SEMUA terkejut dan tercengang dengan kata-kata Ikhwan,Alif tertanya-tanya kenapa Ikhwan berkata sedemikian kerana jika Ikhwan nak sudah pasti Ozmandiyas mampu ditewaskan olehnya.

Tetapi Ikhwan memilih untuk tidak berlawan,Aurora langsung tidak dapat menangkap dengan maksud oleh lelaki tersebut. Ozmandiyas ketawa sambil menekup mukanya sebaik mendengar kata-kata Ikhwan,Alif hanya mampu merenungnya sahaja.

"Kau nampaknya turut takut dengan kuasa relic ini,sebab itu tidak mahu bertarung dengan aku.." ujar Ozmandiyas menuding jari ke arah Ikhwan.

"Itu pun bukan..." Ikhwan membidas dengan pantas,Alif dan Aurora menoleh ke arahnya.

"Apa maksud kau?" soal Ozmandiyas merasakan Ikhwan menyembunyikan muslihat.

"Jika aku melawan kau,sudah pasti akan kau akan tewas tidak sampai seminit...lagipun penulis mahukan cerita menjadi menarik.." jelas Ikhwan tersenyum sinis.

"Apa kau kata?" soal Ozmandiyas mengepalkan penumbuknya.

"Lagipun,budak ni mampu tewaskan kau.." kata Ikhwan menepuk bahu Alif.

"Eh?" Alif tersenyum kelat.

"Apa..?" Ozmandiyas mula meradang.

Suasana menjadi sunyi sepi seketika dan nafas menjadi berat,Alif dan Aurora memandang sekeliling kawasan sebelum menoleh semula ke arah Ozmandiyas.  Ikhwan hanya memeluk tubuh tersenyum,dia merasakan Ozmandiyas akan melakukan sesuatu. Tidak lama beberapa minit kemudian,sebuah kapal muncul melalui bulatan teleportasi dan berada betul-betul di bawah mereka.

"Berani kau menghina aku raja naga..." ujar Ozmandiyas dan aura gelap mula keluar sedikit dari tubuhnya.

"Aku tak hina kau,tapi aku kesian dengan kau..." kata Ikhwan dengan senyuman sinis.

"Apa maksud kau?" soal Ozmandiyas.

"Kau berlagak seolah-olah kau manusia paling malang dalam dunia.." sambung Ikhwan dan Alif mula rasa tidak sedap hati.

"Diam...." 

"Tapi hakikatnya,kau cuma mencari alasan untuk menghapuskan manusia dengan nasib kau!" tambah Ikhwan lagi.

"AKU KATA DIAM!!!" 

Ozmandiyas melepaskan kuasanya dengan sekali nafas,letusan berlaku dengan dahsyat dan menyebabkan Alif serta Aurora hampir tercampak. Ikhwan hanya sekadar menahan impak dengan daya kuasanya,dia juga sempat menahan Alif dan Aurora.

"Hati-hati budak,jangan sampai tercampak.." ujar Ikhwan tersenyum.

"SALAH SIAPA SEKARANG NI?!" Alif menyoal dengan marah.

"Relax-relax..kau boleh lawan dia.." ujar Ikhwan tenang dan Aurora pula hanya menekup mukanya.

"Hey Raja Naga..." ujar Ozmandiyas dan Ikhwan memandang ke arahnya.

"Kau kata akan lawan dengan aku,kalau aku berjaya tewaskan budak monyet tu?" soal Ozmandiyas buatkan Alif mengetap gigi,Ikhwan tersenyum sinis.

"Sudah tentu! Kalau kau dapat bunuh dia,aku lawan kau la..kalau la.." ujar Ikhwan dengan tersenyum girang bagai tiada apa-apa,Alif membulatkan matanya.

"Hey,don't decide by your own!!" kata Alif bengang menoleh ke arah Ikhwan.

"So you accept being call weak?" soalan Ikhwan dengan muka serius membuatkan Alif tersentak sambil menelan air liur.

"Kau ada kuasa yang mampu tewaskan dia..." ujar Ikhwan menekan jarinya pada tengah dada Alif.

"Kuasa saya tak sehebat seperti tuan sangkakan..." kata Alif lagi.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now