CHAPTER 77 : MERLIN THE DARK WIZARD

762 76 18
                                    


Luiz dan si pertapa dipanggil Merlin,berbalas pandangan kemudian Merlin sekadar ketawa sahaja. Luiz memandang kiri dan ke kanan,mencari sumber kuasa untuk magis kurungan yang menghalang Merlin.

Dia berjalan sekitar pokok besar itu,dia kehairanan kerana kenapa sekeliling pokok gergasi ini begitu luas dan lapang?

"Merlin..." ujar Luiz.

"Ya?" soal Merlin.

"Kau memang nak keluar dari kurungan ini?"

"Ya mestilah..."

"Jadi harap kau tidak kisah aku lakukan ini..."

"Huh? Apa maksud kau?"

Luiz tanpa banyak bicara terus menghayunkan pedangnya,memotong pokok gergasi tersebut dan Merlin tergamam. Sunyi seketika dan pokok gergasi itu sedikit demi sedikit,mula bergerak ke kiri lalu terus terjatuh hampir menghempap Merlin. Namun sempat Merlin mengelak,kurungan magis mula terbatal.

"Nampaknya menjadi..." ujar Luiz menyimpan semula pedangnya.

"OI KAU NAK BUNUH AKU KE PE?!" Merlin berkata tidak puas hati.

"Huh?"

"JANGAN 'HUH' DENGAN AKU BABI!"

"Aku dah batalkan kurungan kau kan,bukan masalah besar pun kan..."

Merlin menahan geram dan menghela nafas pendek,dia terus menyeluk tangan pada satu bulatan magis. Dia keluarkan jubah berhud,lalu dia sarung tanpa banyak bicara.

"Jadi mana lokasi kita seterusnya?" soal Merlin.

"Cage of Abyss..." ujar Luiz.

"Of course...." kata Merlin tersengih.

Luiz melangkah pergi dan diekori Merlin dari belakang,melalui kawasan lorong gelap dalam makam yang mengurung Merlin. Sebaik dia tiba di luar makam,jalan mereka berdua dihalang oleh Qatariz.

"Yo mr. Dark Knight and mr. Dark Wizard.."

"Siapa kau?" soal Luiz.

"Aku seseorang yang tidak mahukan dunia huru-hara..." jelas Qatariz merenung tajam ke arah mereka.

"Muka kau sama seperti Iskandar,siapa kau?" soal Luiz dengan soalan yang sama.

"Aku Qatariz... Muka sahaja sama,tapi bukan dia.." jelas Qatariz menekap tangan pada tanah.

Luiz dan Merlin terkejut apabila keluar dua bilah pedang timbul dari tanah,Qatariz terus mencabut kedua-dua pedang dan melepaskan gelombang libasan meluru ke arah Luiz serta Merlin.

BOOMM!!!

Ikhwan tersentak dan menoleh kiri ke kanan,tiada apa yang berlaku. Tetapi kenapa dia terasa tidak sedap hati?

"Abang okay?" soalan Alisa,Ikhwan sekadar jawab dengan gelengan kepala.

"Abang ada urusan lain... Kamu tolong uruskan hal di sini,kalau boleh minta tolong Intan dengan yang lain.." ujar Ikhwan segera mencapai kot dan disarung.

Alif yang sedang berada di kawasan halaman bangunan kedutaan,terdengar riuh-rendah dari pintu utama. Ikhwan kelihatan berjalan laju,dia kelihatan bercakap sesuatu dengan wakil kedutaan negara Mentari.

"Aku ada urusan,tidak pasti balik bila.. Pastikan tiada masalah sepanjang aku tidak berada di sini..." ujar Ikhwan.

"Faham tuan...tolong berhati-hati..." ujar wakil kedutaan negara Mentari.

"Jangan risau Vic,kamu jalankan tugasan kamu sahaja..." jelas Ikhwan.

Alif memerhatikan Ikhwan beredar,namun sebelum Ikhwan pergi. Dia menoleh ke arah Alif,mulutnya seperti berkata sesuatu pada Alif. Namun Alif tidak tahu apa yang dikatakan,Aurora yang baru tiba di situ kehairanan dengan Alif sedang termenung.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now