CHAPTER 27 : RESCUE IN PROGRESS

980 107 10
                                    

"You touch my family,you'll never see tomorrow

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You touch my family,you'll never see tomorrow..."

- Ikhwan Syah Al'Solleh

Imej Alif Haikal di media

Alif melompat dari bangunan ke bangunan yang lain,bandar utama negara Sakura amat sibuk serta para rakyatnya begitu ramai. Alif sukar untuk mencari daya nafas milik Aurora,ini kerana kawasan itu dikerumuni oleh orang ramai.

Alif duduk mencangkung bertenggek di atas bumbung menara pemerhati,kepala digaru dan helaan nafas dilepaskan. Luka pada tubuhnya sembuh,kerana bantuan Alisa dan dia sendiri tertanya-tanya siapakah sebenarnya isteri Ikhwan Syah ini?

Alif melutut dan menyentuh lantai pada bangunan,dia cuba scan seluruh bandar itu dan mencari kelibat Aurora. Alif fokus dalam pencarian,hatinya risau jika Aurora tidak ketemu.

"Macam mana kau nak cari dia?...." soal Son Wukong.

"Boleh diam tak? Aku tengah fokus ni.." balas Alif geram.

Son Wukong hanya menghela nafas pendek,Alif memejamkan matanya dan menumpukan perhatian. Dia menjadi bentuk seperti roh,terapung merayau tanpa arah. Seorang demi seorang pejalan kaki dijengah oleh Alif,namun dia tetap gagal namun tidak mungkin berputus asa sebegitu.

"Jangan kau harap dapat lari daripada aku Aurora!!..." kata Alif dalam bentuk semangat.

Aurora tersentak dan ketika itu dia berada di tempat lain,entah kenapa dia terasa namanya dijerit oleh Alif. Aurora tersenyum menggelengkan kepala,kemudian dia terus menyambung langkah.

Namun langkahnya terhenti apabila Basil berada di hadapan,Aurora mendesah dan terus melompat pergi melarikan diri. Basil mengeluh sambil menggelengkan kepala dan mengejar Aurora dari belakang.

"AURORA!!" Jerit Basil.

Aurora tidak pedulikan panggilan Basil,dia terus memecut melarikan diri. Aurora sedar Basil bukan berseorangan,kerana beberapa orang misteri berpakaian lengkap sut ninja muncul. Mereka menyerangnya dan Aurora melompat lebih tinggi,nafas Aurora atur dan hela kemudian sekelip mata dua dari kumpulan ninja rebah.

Basil yang mengejar dari belakang terus melompat meluru ke arah Aurora,sedar serangan hendap Basil dengan segera Aurora mengelak. Gadis blonde itu menekan kepala Basil,lalu melompat ke atas Basil dan dia menggunakan bahu Basil sebagai pelantar melompat sekali lagi ke bangunan sebelah.

"AURORA!! JANGAN LARI!!" Jerit Basil geram.

"Jangan kejar saya lagi!" kata Aurora terus beredar.

Susuk tubuh Aurora menghilang di sebalik ketinggian bangunan,Basil memerhatikan sebelum menjerit marah dan menoleh ninja-ninja itu semua.

"KAU TENGOK APA SETAN?!! KEJAR LA APA LAGI!!" Jerit Basil menggertak.

Ninja-ninja itu semua tergopoh-gapah sampai berlanggar sesama mereka,lalu mereka terus hilang lenyap dari pandangan. Basil mengusutkan rambutnya berang akibat tindakan Aurora,pada masa yang sama Alif dalam bentuk semangat ternampak Basil yang sedang marah itu.

"Dia..." Alif teringatkan amaran Basil.

"Aku rasa dia masih kejar girlfriend kau,sebab itu dia berada di sini..." kata Wukong.

"Apa girlfriend-girlfriend? Blah la kau..." kata Alif sebelum lenyap dan kembali ke tubuhnya semula.

"Aku rasa tak sedap hati,dia mesti nak buru minah tu lagi...." kata Alif dan Wukong senyum mengejek.

"Wukong,kau bila last kena penampar?..." soal Alif geram.

"Okay aku diam...." balas Wukong mengalah.

Aurora mendarat di salah satu bangunan pencakar langit,dia termengah-mengah dan menyandar pada dinding. Nafasnya jelas kelihatan wap keluar dari mulutnya dan kunai pacak di sebelahnya. Aurora mendongak dan tiga orang ninja,meluru dari udara ke arahnya dengan laju.

Aurora menyeru lembingnya dan terus menangkis tiga serangan,tiga orang ninja itu tangkas dan pantas pergerakan mereka. Aurora terkial-kial menangkis dan menepis,kerana dia kepenatan dari melarikan diri.

Aurora teruk diasak dan tercampak ke belakang,salah seorang daripada ninja muncul dari belakang. Aurora terkejut dan mengetap gigi,dia mencacakkan lembing ke lantai dan menggunakannya sebagai penyokong melompat ke atas. Ninja yang menyerangnya terkejut,lantas Aurora menghentak kepalanya menggunakan kaki dan ninja itu terus rebah.

Dua lagi masih meneruskan serangan,Aurora mendarat kemudian sayap putih keluar sebelah kanan. Aurora matanya yang asal berwarna hijau,berubah putih keperakan dan berlawan dengan dua ninja tersebut.

TANG!!

KTANG,!!

"Ergh!!" namun Aurora tidak mampu berlawan dengan betul,kerana dia teringatkan keadaan Alif ketika cedera teruk di hadapannya.

Aurora mengundang padahnya sendiri,lalu salah satu ninja menyepaknya sehingga terjatuh. Aurora bingkas bangun namun dia terlambat,lima lagi ninja muncul dan mengikatnya dengan rantai yang amat ketat.

"Erghh!!!" Aurora tidak mampu melepaskan diri,kerana rantainya tanpa sebab diketahui melemahkannya.

"Itu Diamond Chain,kau tak mungkin dapat lepaskan diri..." ujar Basil yang muncul sebaik dia diikat.

"Sebab tak dapat tangkap aku,kau gunakan taktik kotor? Tak guna!!" Aurora meluahkan kekecewaan,tetapi Basil menamparnya tanpa ragu-ragu.

"Diam,pengkhianat..." kata Basil dan terkejut kerana dia perasan air mata mengalir keluar dari mata Aurora.

"Kau menangis? Biar betul? The Great Fallen Athena menangis... Ini lucu!! Hahahahahahah!!" Basil ketawa dan para ninja turut ketawa,Aurora mula berderai air matanya.

"Nangis la puas-puas,sebab tiada siapa nak selamatkan kau..." kata Basil memandang Aurora dengan ejekan.

Aurora hanya mampu menundukkan mukanya,air matanya mengalir menimpa ke muka bumi. Basil dan semua ninja hanya ketawakannya tanpa henti,Aurora mengetap gigi mengingati wajah seseorang yang tidak dapat dia selamatkan.

"Seronok ketawakan perempuan?"

Satu suara menegur dengan soalan,Basil dan kumpulan ninja tersentak. Seorang pemuda berambut muncul,lalu menumbuk perut Basil dengan begitu padu sehingga dia membuatkan Basil terpelanting melekat dinding. Ninja-ninja itu terus meluru ke arahnya,tetapi pemuda tersebut memegang tongkat dan dibesarkan.

Sekali hayunan membuatkan semua ninja melekat secara teratur di sebelah Basil,dan pemuda itu tersengih sambil menarik keluar telefon pintar serta menangkap gambar. Basil bangkit dan pemuda itu tersengih,ikatan Aurora terungkai kerana ninja-ninja itu tercampak.

Aurora tubuhnya hampir jatuh,namun ditangkap lembut oleh pemuda rambut merah. Mereka berdua berbalas tenungan,mata Aurora mula berkaca kerana pemuda itu ialah...

"Alif....." ujar Aurora mengalirkan air matanya.

"Aurora...."

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now