CHAPTER 42 : ALIF VERSUS WILD GUNZ

891 93 0
                                    


Wild Gunz adalah salah satu pembunuh handalan di bawah Skull Wing,dia telah menerima arahan daripada Ozmandiyas untuk membunuh Aurora. Namun dia menghadapi masalah kerana Alif mnghalang kerjanya,Alif menepis semua tembakan pantas daripada Wild Gunz.

Wild Gunz mengelak serta menembak dan menyerang balas,dia mendapati Alif adalah pahlawan muda yang berpengalaman. Alif sedar dan memegang kedua batang tongkatnya,kemudian batang tongkat patah tiga dan memanjang dengan rantai mengikut dari belakang.

DUSH!!

BLAM!!

TANG!!

BANG!!

Tembakan dan pukulan silih berganti,Alif mencacak batang tongkat ke tanah. Lalu dia menyungkit dan tanah meretak serta meletus,Wild Gunz hanya tenang dan menyimpan semula senjatanya. Aurora pula sedar akan tindakan Wild Gunz,lantas senapang besar ditarik dari belakang badan.

"Take this kid!" Wild Gunz melepaskan tembakan deras,Alif terkejut dan tepat tembakan itu mengenai dada si Alif serta berlubang besar.

"ALIF!! TIDAK!!" Aurora terkejut melihat Alif terjatuh terkulai layu dan Wild Gunz hanya tenang,dia menoleh ke arah Aurora.

"Now its your turn..." Wild Gunz berjalan tenang ke arah Aurora.

Aurora mengetap gigi geram dan menyeru lembingnya,matanya berubah dari hijau kepada merah menyala. Aurora terus meluru ke arah Wild Gunz dengan amarah yang menguasai dirinya,bilah lembing mula memanjang dan terus menghayunkan ke arah Wild Gunz.

"DAMN YOU!!"

TANG!!

Lembing dan senapang berlaga berulang-kali,impak gegaran dan tiupan angin kencang. Aurora menujah dan Wild Gunz menembak,dua serangan berlainan cara bertembung lalu menghasilkan impak yang amat kuat.

"BERANI KAU!!" Aurora menarik lembingnya ke belakang,elemen angin ditumpukan pada bilah lembingnya.

"Kenapa kau nak marah? Bukankah kau pembunuh juga... Ia perkara biasa bagi kita bukan?..." soal Wild Gunz mencurahkan minyak ke api.

"AKU BUKAN LAGI PEMBUNUH!! SONIC SLASH!!" Jawab Aurora menghayunkan gelombang serangannya.

ZRASHH!

ZRASHH!!

Wild Gunz mengelak dengan pantas,dan membalas dengan tembakan. Aurora mengelak dan meluru ke arah Wild Gunz lalu senjata mereka berlaga,kerana itu impak angin kencang terhasil serta pandangan mereka bertembung.

"Kau fikir berhenti dari menjadi pembunuh,mampu hapuskan dosa kau?" soal Wild Gunz.

"DIAM!!" Jerit Aurora dan memberi tekanan serta tolakan yang kuat pada Wild Gunz.

Wild Gunz menolak dengan deras dan Aurora tercampak melambung,Aurora terus mengeluarkan kepaknya yang berwarna putih dan hitam. Wild Gunz terus menarik dua pucuk pistolnya,dia terus mengacukan ke arah Aurora yang terapung di atas.

"DEMONIC BLAST..."

BAMM!!

BAMM!!

BAMM!!

"AH.. NO.." Aurora terkejut dan dia tidak mampu menahan,serangan Wild Gunz tidak mampu dia tahan.

Namun beberapa bayang muncul,Wild Gunz terkejut dan menoleh ke kanan. Dia terkejut sekali lagi apabila Alif muncul lalu melibas tongkatnya,Wild Gunz membesarkan matanya sebelum terpelanting jauh.

"OUHHH..!! GREAT ON THE HOLE!!" Alif meletakkan tongkat pada bahu,dia memerhatikan Wild Gunz yang melambung jauh.

Aurora disambut oleh Agnez,manakala Raisyah pula mendarat di sebelah Alif. Qatariz dan Mirana menyusul,Alif berbalas tepuk tangan bersama Qatariz.

"Hebat kau,bukan kau dah kena tembak ke tadi?" soal Qatariz.

"Tadi sempat aku buat klon.. Hahaha..." balas Alif dan Qatariz mengangguk sambil mencebik mulutnya.

Wild Gunz mengeluarkan cangkuk dan menyangkutkan pada bangunan,lalu dia berhayun dan kembali mendarat di hadapan Alif serta yang lain.

"Dia patah balik..." kata Alif.

"Not bad kid,kau berjaya pukul aku..." kata Wild Gunz mengusap bahagian mukanya.

"Itu untuk tadi,kau hampir dapat bunuh aku..." Alif berjalan ke hadapan,membelakangkan yang lain.

Aurora dan Agnez mendarat di belakang Alif,Aurora terkejut dan Alif tersengih ke arahnya. Aurora mengalirkan air matanya dan Alif pula terasa bersalah,Agnez hanya menggelengkan kepala.

"Kamu buatkan perempuan menangis Alif,baik kamu pujuk Aurora nanti..." kata Agnez mengusik.

"Eh,mana ada.. Saya ok-.." belum sempat Aurora menghabiskan ayatnya.

"Jangan risau,saya akan lakukan selepas ni...." balas Alif membetulkan headphone dia.

Alif terus berjalan ke arah Wild Gunz,Alif tersenyum dan Wild Gunz terasa sesuatu pada pemuda di hadapannya. Dia terus mengacukan pistolnya,picu ditarik dan Alif terus melibas peluru tanpa sebarang masalah.

"Hey cowboy man,kau cuma tahu menembak je ke?!!" soal Alif membuka posisi kekuda sambil tersengih.

"Jangan pandang rendah pada aku budak..buruk padahnya..." Wild Gunz mula termakan dengan kata-kata Alif.

"Marilah,harap kau ada peluru yang cukup..." Alif menggamit tangan tanda menyuruh Wild Gunz menyerang dahulu.

"You start pissing me of kid..."

"Right back at you old man..."

Wild Gunz mengeluarkan sepucuk revolver dan cuba memulakan tindakan,namun seseorang muncul dan mendarat di pertengahan Alif serta Wild Gunz. Aurora terkejut sekali lagi orang yang muncul itu,adalah seorang wanita berwajah dingin.

"Meteora

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Meteora...." ujar Aurora dan wanita bernama Meteora hanya menjeling ke arahnya sahaja.

"Meteora..." Wild Gunz berkata hairan.

"That's enough Wild,Ozmandiyas beri arahan untuk berundur..." ujar Meteora dan angin taufan muncul mengelilingi mereka berdua.

"METEORA!!" Aurora cuba meluru ke arahnya,namun Alif terus menangkapnya.

"Jangan ke sana Aurora!!" Alif menahan Aurora untuk terus mara.

"Meteora!" Aurora berkata sayu ke arah Meteora.

"Kita akan bertemu lagi Alter Archangel.."

Sebaik sahaja Meteora berkata sedemikian dan terus lenyap ditelan angin,Aurora yang dalam dakapan Alif hanya menundukkan kepala sahaja.

"Aurora...." ujar Alif kemudian yang lain turut membisu.



CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now