CHAPTER 31 : BASIL AMBUSH!

926 90 0
                                    


Satu kawasan yang agak sunyi,dahan pokok dipijak sesuatu dan melompat ke dahan yang lain. Qatariz dan Mirana muncul,mereka seperti ingin menuju ke satu tempat.

"Relic misteri?" soal Mirana sambil melompat.

"Yeah,Ikhwan ada beritahu.. Satu pihak organisasi,ingin mengambil relic misteri yang dimaksudkan..." jelas Qatariz.

"Berkuasa sangat ke relic tu?" soal Mirana dan Qatariz menghela nafas pendek.

"Katanya relic tu buatkan kita melangkah ke garisan masa...." jelas Qatariz dan Mirana membesarkan mata,kerana terkejut dengan apa yang Qatariz katakan.

Ikhwan pada masa yang sama sedang berdiri di balkoni bangunan kedutaan negara Sakura,dia memandang pada sekeping gambar dalam tangannya di mana menunjukkan gambar seorang perempuan berambut blonde dan lelaki berambut merah.

Alif tergamam mendengar penjelasan Minerva,mulut ternganga dan keningnya sebelah kiri terangkat-angkat. Minerva membuat reaksi tidak berperasaan,Alif menghela nafas pendek.

"Aku? Dengan Aurora? Pernah berjumpa masa kecil?" soal Alif menuding jari pada diri sendiri dan Minerva mengangguk.

"Jap... Jap...jap..ni mesti ada kesilapan,aku lahir di Mentari dan mana mungkin jumpa Aurora masa kecil?" Alif cuba menafikan.

"Saya penjaga kampung ini Alif Haikal Al'Azahar...ibu awak adalah dari kampung ini sebelum berpindah ke Mentari dan selepas awak lahir dia ada bawa awak datang sini pada usia awak dalam 10 tahun.." jelas Minerva dengan panjang lebar.

"Kenapa aku tak pernah ingat?" soal Alif mengusap dagu.

Wukong hanya mendiamkan diri,kerana semasa dia mengenali Alif ketika Alif di usia 13 tahun. Tiga tahun selepas cerita perkara itu yang berlaku,tapi apabila fikirkan dia pernah intai ingatan Alif dan dia ternampak wajah gadis kecil seiras Aurora.

"Saya mempunyai ingatan yang kuat,saya kenal ibu awak Alif..." kata Minerva.

"Sekejap,kalau awak kenal ibu saya.. Ini bermakna umur awak argh!" sebelum sempat Alif menghabiskan ayatnya,satu objek dibaling ke arahnya dan mengenai kepala.

"Umur adalah isu sensitif bagi wanita,jadi lebih baik awak diam atau kena baling oleh sesuatu...." jelas Minerva dengan selamba.

"Awak dah baling dah pun!" Alif berkata sambil bangun dan mengusap kepalanya.

Minerva hanya mendiamkan diri dan membuat poker face,Alif menghela nafas pendek lalu menoleh ke satu arah. Dia seperti mengesan sesuatu dari satu arah,Minerva kehairanan dengan tindakan pemuda itu.

"Miss Minerva,adakah awak jaga kawasan ini berdua?" soal Alif.

"Saya tidak mempunyai teman..." jawab Minerva dan puluhan orang berpakaian seperti SWAT team mendarat di sekeliling kawasan.

Minerva terkejut dan Alif pula hanya memandang pihak penceroboh dengan muka tanpa berperasaan,dia tahu perkara seperti ini akan berlaku dan menghela nafas pendek apabila seorang pemuda mendarat lewat sedikit daripada orang berpakaian team SWAT.

"Greetings...." ujar lelaki yang lewat sikit datang,berpakaian jaket serta berhud.

Alif merapatkan dirinya pada Minerva,dia kenal akan suara milik lelaki berhud itu. Minerva hanya memerhatikan belakang Alif,dia seakan melihat seseorang yang dia kenal.

"Its been a while huh?" soal lelaki berhud itu sambil menurunkan hud yang menutup kepalanya.

"Right monkey boy?" kata lelaki itu atau lebih tepat Basil.

"Apa yang kau nak ha?" soal Alif membuka posisi kekuda.

"Aku tak ada urusan dengan kau sekarang,tapi dengan perempuan di belakang kau..." kata Basil menuding ke arah Minerva.

Alif kehairanan dan Minerva melangkah ke hadapan,membuatkan Alif di belakangnya pula. Basil sekadar tersenyum sahaja,dan Minerva hanya berdiri tenang tanpa takut merenung Basil.

"Apa yang kamu mahukan?" soal Minerva.

"Aku difahamkan ada relic dipanggil Time of Control device di sini..." jawab Basil dan Minerva terkejut,Alif pula tidak tahu berkenaan relic dimaksudkan.

"Siapa yang beritahu kamu mengenai relic tu?" soal Minerva.

"Aku tak rasa itu patut kau sibukkan..." kata Basil lagi.

"Sila beredar pergi..." ujar Minerva dan Alif sekadar menjeling,Basil tersengih dan Alif serta Minerva dikepung.

"Aku rasa tidak..." kata Alif dengan muka selamba.

"Alat itu bukan untuk kamu wahai orang muda...sila beredar..."

BAM!!

Minerva terkejut dan tembakan senjata api berjaya di tahan oleh Alif,hujung tongkatnya berasap kerana menahan tembakan tersebut. Basil memandang dengan renungan tajam,Alif sekadar mencebik sambil mengangguk.

"Of course.. Ask with hard way..." kata Alif dan Basil mendecih.

"Kill him!" Basil memberi arahan.

Salah satu ahli skuad ingin menarik picu,Alif lebih pantas dengan tongkatnya memanjang menujah perutnya. Alif menyungkit penembak ke atas,dia menghempas musuh ke tanah semula.

Rakannya yang lain segera cuba menembak,Alif menujah ke tanah dan rekahan pada tanah menjadikan dinding perisai. Alif sedar penembak di belakangnya ingin menembak curi,hanya senyuman dan Alif melompat ke belakang lalu menyepaknya.

"Miss can you kneel?" soal Alif.

"Huh?" Minerva kehairanan.

Alif membesarkan tongkatnya sebesar separuh pemeluk,dia menghayunkan tongkat sekeliling kawasan. Minerva terkejut dan terduduk kerana tidak menjangkanya,semua orang Basil disapu habis dan terpelanting jauh merempuh rumah terbiar.

"Hey don't destroy this village properly!!" Minerva memberi peringatan.

"Sorry I had to..!" Alif membalas.

Basil mendecih dan memetil jarinya,Alif sedar itu adalah isyarat. Puluhan ribu orang seperti berpakaian askar muncul,lalu mengepung mereka berdua dan Minerva hanya mampu tergamam.

"Seriously? For one relic?" soal Alif tersenyum kelat.

"Choose wisely monkey boy,your life or relic?" kata Basil memandang Alif kemudian mengalih pada Minerva.

"I think that question,keep it for yourself..." satu suara kedengaran dan Basil terkejut,Alif pula terkebil-kebil.

Seseorang melompat ke udara,para askar cuba mengacu namun beberapa askar yang lain ditikam oleh puluhan pedang berwarna merah. Basil terkejut sekali lagi kemudian seorang lagi muncul,lalu menjatuhkan beberapa askar dengan sekali rempuh.

"Apa?!" Basil bagaikan tidak percaya puluhan askarnya,tumbang dengan begitu mudah.

Seorang lelaki berambut putih mendarat di sebelah Alif,seorang lagi adalah Hunimal berhenti di sebelah Minerva. Alif terkejut kerana mereka ialah Qatariz dan Mirana.

"Master Qatariz! Master Mirana..!" Alif tersengih dengan kehadiran mereka berdua.

"We're not late? Aren't we?"
























"We're not late? Aren't we?"

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

BASIL

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt