BOOMM!!
Raisyah menghentak android tempur sehingga hancur,kemudian dia menghela nafas pendek dan menoleh ke satu arah. Azryan tiba-tiba pergi macam tu sahaja,dia teringat kata-kata Azryan.
Sebab saya cintakan awak..
Muka Raisyah mula merah padma,di belakangnya beberapa android tempur ingin menerpa ke arahnya. Raisyah terus memancung android itu semua sekaligus tanpa teragak-agak,dia menumbuk sehingga tembusi perut salah satu android itu.
DUSH!!!
KRAANG!!
Wajah Azryan yang tersenyum sambil meluahkan perasaannya,membuatkan muka Raisyah memerah dan dia menekup kedua pipinya.
"Kenapa..." dua android ditumpaskan.
"Kenapa...!" ujar Raisyah menghentak kepala android tempur ke dinding.
"KENAPA MUKA DIA JE DALAM INGATAN SAYA!!"
KRAANG!!
DUUUSSH!!!
KLONG..!!!
Puluhan android hancur dan kepala android bergolek,Raisyah pijak sehingga hancur dan para askar yang ada hanya mampu tergamam melihat keadaan itu. Raisyah memegang kedua pipinya sekali lagi,dia menggigit bawah bibir.
"Mou...." ujar Raisyah mengeluh.
"Sekarang awak buatkan saya risau..."
Azryan terpelanting ke belakang,Alif pula menahan penumbuk Ozmandiyas. Tetapi dia tetap tercampak ke tempat sama di mana Azryan berada,mereka bangkit semula dan Ozmandiyas sudah bergerak rapat ke arah mereka berdua.
"Pantas...!" ujar Alif.
"Menyusahkan..." Azryan mendecih.
KRAANG!!
Alif dan Azryan menahan serentak,aura Ozmandiyas semakin kuat dan mereka terpelanting melanggar dinding sekali lagi. Alif segera menyeru tongkatnya,Azryan pula melakukan isyarat jari tangan.
"Ninjutsu Art! Fire Elements!! Fireworks!!"
Api meluru ke arah Ozmandiyas secara berselerak,bagaikan bungi api dan Alif menghempas tongkat ke tanah lalu menghasilkan ombak darat dihalakan ke arah Ozmandiyas.
"Fikir dapat tumpaskan aku dengan skill seperti itu?! MIMPILAH!!!" Ozmandiyas hanya mengibas tangan sahaja,lalu serangan dua orang kawan itu terus terbatal seperti itu sahaja.
"Apa?!" Azryan bagai tidak percaya.
"Sudah semestinya..." kata Alif tersenyum kelat.
Ozmandiyas yang mulanya berdiri tegak selepas menangkis serangan mereka berdua,melakukan tindakan dengan mencacakkan kedua-dua tangannya pada tanah. Alif dan Azryan kehairanan tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Ozmandiyas,lelaki bertanduk itu menarik tangannya seiring mengeluarkan sebongkah tanah besar lalu dilemparkan ke arah Alif dan Azryan.
"Huh?!" Alif tergamam.
"Serius la!!" Azryan ternganga.
Alif dan Azryan segera berpisah,mengelak dihempap oleh bongkah tanah gergasi itu. Sebaik sahaja bongkah tanah terhempas lalu bergegar keadaan sekitar kawasan.
Alif segera memandang ke arah Ozmandiyas,tongkat dia pusingkan seperti putaran kipas helikopter. Sebelum dia hayunkan tongkatnya ke arah Ozmandiyas seiring besarkan tongkat tersebut.
KRAKKK!!!
Ozmandiyas menahan hentakan tongkat tersebut,impak angin kencang terhasil dengan keretakan tanah yang besar. Alif terkejut dengan daya kuasa milik Ozmandiyas,sebelum Ozmandiyas menolak semula tongkatnya.
ВЫ ЧИТАЕТЕ
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
ФэнтезиDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...
