CHAPTER 68 : SUDDENLY APPROACH

797 79 6
                                    

Letusan dari gegaran yang dihasilkan oleh serangan Qatariz dan Wild Gunz berjaya melarikan diri biarpun dalam keadaan cedera teruk,Alif tersentak lalu menoleh ke satu dan entah kenapa dia seakan merasai kuasa yang amat kuat. Aurora hanya kehairanan dengan tindak-tanduk Alif ketika itu,apa yang diperhatikan oleh Alif?

"Maafkan saya..." Seseorang menegur mereka,Alif dan Aurora menoleh kemudian terkejut.

Ikhwan pula hanya memejamkan mata apabila skrin magis lenyap tanda visi terpadam akibat kuasa daripada serangan Qatariz,kuasa milik Qatariz hampir sama sepertinya jika tanpa kuasa Eternal Emperor.

"Dia mempunyai kuasa yang lebih kurang dengan kau juga ya...?" soal Z muncul di sebelah Ikhwan dengan tiba-tiba,Alisa menoleh ke arahnya.

"Kau ni muncul tiba-tiba ni pehal? Tak tahu ikut pintu masuk ke?" Ikhwan bertanya sambil merenung Z.

"Relax la bro,aku dah masuk ikut pintu masuk la ni..kau je tak dengar aku ketuk pintu.." jelas Z tersengih.

"Orang macam kau apa tahu ketuk pintu?" soal Ikhwan mengangkat sebelah kening.

"Woo... Kau punya ayat,boleh buat orang marah..." kata Z tersengih.

"Apa-apa sajalah,kau ada apa datang ni?" soal Ikhwan menongkat sebelah kiri pipinya.

"Cuma datang nak jumpa kawan lama..." jelas Z.

Ikhwan hanya mengangguk sahaja,kemudian dia segera bangun dari kerusi. Melangkah ke arah pintu biliknya,Alisa menyusul dari belakang. Z turut berbuat demikian,sebaik pintu dikuak Recca dan Felicia berada di hadapannya.

"Recca? Felicia? Apa yang kamu buat di depan bilik saya?" soal Ikhwan.

"Putera Aminudden datang tuan..." jelas Recca dan Ikhwan menoleh ke arah kiri,Aminudden berdiri tidak jauh daripada dia berada manakala Alif serta Aurora turut bersamanya.

"Aminudden?" soal Alisa.

"Uncle,nampaknya apa yang dikatakan uncle memang benar... Luiz Morgan muncul di satu tempat,sebuah pulau yang menempatkan makam lama..." jelas Aminudden.

"Luiz Morgan?" Z sedikit terkejut.

"Ya... Dia dihidupkan,sekarang ni tengah dalam pemerhatian..." jelas Ikhwan.

"Siapa yang lakukan?" soal Z dengan riak wajah yang serius.

"Seseorang bernama Ozmandiyas,dia adalah ketua organisasi... Dia katakan nak bersihkan makhluk di muka bumi untuk selamatkan dunia..." jelas Ikhwan dan Z hanya menyilangkan tangan pada dada.

"Seorang yang pendek akal muncul... Haih,sorang mati sorang lagi muncul... Apa kena dengan dunia sekarang ni?" Z berkata merungut.

"Sebab itu kita diberikan kuasa supaya menyelesaikan masalah ni.." ujar Ikhwan.

"Uncle.." sapa Aminudden.

"Kamu berseorangan je ke?" soal Ikhwan.

"Ya.. Hikari saya telah hantar pulang ke Mentari,uncle Qatariz pula tengah melakukan penyiasatan dengan aunt Mirana..." jelas Aminudden.

"Rachel pula? Auntie aku?" soal Alif dan Aminudden menoleh ke arahnya.

"Dia ada,kejap lagi sampai.." jelas Aminudden tersenyum.

"Miss auntie eh..." Rachel muncul dengan mengejut lalu memeluk Alif dari belakang.

"Ah auntie! Of course I miss you..." ujar Alif tersengih.

"Spoiled boy!" ujar Rachel menarik hidung Alif.

"So Rachel,how's going with that boy?" soal Ikhwan dan Rachel berubah serius air mukanya.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now