CHAPTER 18 : ENEMY APPROACH?

935 100 6
                                    


Raisyah termengah-mengah akibat menjerit dengan kuat,Alif pula menekup telinganya kerana jeritan Raisyah betul-betul di sebelahnya. Alif mengetap gigi kerana geram akibat jeritan Raisyah yang super kuat,Raisyah menyusun sepuluh jari memohon maaf sambil tersenyum.

"Maaf! Maaf! Saya tak sengaja.." Raisyah berkata sambil tersenyum kelat.

"Kau nak aku pekak ke apa? Sakit gegendang telinga aku tahu tak?!" Alif berkata dengan tidak puas hati.

"Ya saya tahu salah saya,tapi serius awak kata jatuh cinta pada seseorang?" soal Raisyah tersenyum teruja dan Alif menjelingnya risau.

"Don't you ever tell anyone,if you did..." ujar Alif menunjukkan gambar Raisyah hanya berpakaian dalam yang ada pada telefon pintarnya.

"Yes I got it! ANYTHING BUT PLEASE DON'T SPREAD THAT PICTURE!!" Pinta Raisyah mukanya merona merah.

Alif menghela nafas pendek,dia simpan semula telefon pintar ke dalam poket jaketnya. Raisyah hanya menghela nafas lega,bahu Alif dipegang olehnya dan pemuda itu menoleh ke arahnya semula.

"If you love her..just tell her.." kata Raisyah.

"Now its not the right time..." jawab Alif sambil menggelengkan kepala.

"Kenapa Alif?" soal Raisyah.

"Konflik bakal bermula,kita tidak tahu musuh yang macam mana bakal menyerang..." jelas Alif dan Raisyah hanya menghela nafas pendek.

"Baiklah Alif,saya ikut apa yang awak mahukan..." ujar Raisyah.

"Apa maksud kau?" soal Alif.

"Saya nak maksudkan yang saya akan ikut pengembaraan awak...Azryan kata tak ada masalah.." jelas Raisyah.

"Kau masih lagi nak buru Aurora?" soal Alif dan air mukanya berubah.

"Kurang tepat,saya nak perhatikan Aurora dan jika dia bukan seperti yang awak katakan saya akan berundur..." Raisyah memberi penjelasan.

"Kalau macam tu terima kasih..." ujar Alif tersenyum.

"Kenapa awak yang ucap terima kasih?" soal Raisyah tersenyum kehairanan.

"Tak ada apa-apa...cuma habit aku kot?" jawab Alif.

"Hey dah la tu,jom balik semula ke restoran..." Aurora muncul dan menyapa dari jauh.

Alif dan Raisyah menoleh serentak,Aurora terasa sesuatu melihat dua orang itu bersama-sama seperti mereka rapat antara satu sama lain.

"Patah balik pun,mana kau pergi? Makanan belum sampai lagi,haih la kau..." bebel Azryan menyedari kehadiran Alif bersama Aurora dan Raisyah.

"Apa kata kau diam,tak payah nak bising sangat...bukan kau yang keluar duit pun..." balas Alif selamba.

"Ek eleh kau..." Azryan mencebik.

Ikhwan dan Farhan serta Qatariz hanya memerhatikan sahaja,sambil ketawa kecil manakala Alisa hanya menghirup air lemon bercampur madu. Fara pula berbual dengan Agnez dan Mirana,Aurora kembali duduk di sebelah mereka bertiga saing Raisyah.

"Hey Raisyah,apa yang awak bualkan dengan Alif tadi?" soal Aurora dengan tiba-tiba.

"Bual kosong,tak ada yang penting dan tak ada kena mengena dengan awak.." kata Raisyah dengan nada yang dingin.

"Saya bertanyakan soalan dengan cara yang baik,kenapa awak balas dengan jawapan macam tu sekali..apa salah saya pada awak?" soalan Aurora yang terakhir buatkan Raisyah merenungnya dengan tajam.

"Saya tidak akan lupa apa yang kumpulan Alter Archangel lakukan pada kampung saya..." kata Raisyah dan Aurora tersentak.

"Awak selamat kerana Alif..awak patut sedar tempat awak..."

Suasana antara Aurora dan Raisyah menjadi tegang,tidak lama kemudian mereka diganggu oleh pelayan restoran menghantar makanan pada meja mereka berada. Alif sedar akan keadaan itu,dengan segera berdehem dan Raisyah memandangnya. Alif mengangkat telefon pintarnya,Raisyah segera menunduk kepala tanda meminta maaf pada Alif.

"Jemput makan semua,abang kembar baik yang belanja! Urgh!!" Qatariz bersorak sebelum satu pukulan padu hinggap pada perutnya.

"Sorry,tangan aku gerak sendiri..." kata Ikhwan dan Alisa hanya menggelengkan kepala.

Suasana restoran meriah akibat kumpulan mereka,Alif hanya menghirup air jus oren. Pipi ditongkat dan memerhatikan suasana meriah di hadapannya,Azryan bergurau dengan Farhan dan Ikhwan pula hanya tersenyum sambil meneguk air minumannya.

Malam semakin lewat dan Ikhwan serta Alisa sudah beredar,sekali dengan Farhan dan Fara. Qatariz juga turut beredar,tinggallah kumpulan Alif yang berjalan di kawasan bandar sunyi pada waktu malam. Para pengawal ada yang meronda,sambil disapa oleh Alif dan yang lain.

Azryan dan Agnez sudah menunggu di kapal,Raisyah juga berada bersama mereka berdua. Namun Alif dan Aurora pula masih bersiar-siar,Aurora tertanya-tanya apa yang Alif lakukan atas sebab apa yang dikatakan Raisyah sebentar tadi.

"Hey Alif,sampai bila nak jalan-jalan ni? Lewat dah ni...jom la balik ke kapal..." pinta Aurora lembut dan Alif memandang ke arahnya.

"Kenapa? Baru jam 12 malam,masih panjang lagi..."

Pada masa yang sama beberapa lembaga berbentuk bayang muncul,lalu mengepung mereka berdua dan Alif hanya mendiamkan diri. Aurora pula berdiri di sisi Alif,dia kenal akan daya kuasa tersebut. Bayang yang banyak itu terus menyerang ke arah mereka,Aurora menyeru lembingnya dan menghapuskan lembaga itu dengan sekali libas.

"Siapa tu? Keluar la,tak payah main-main hantar benda..." ujar Alif geram.

Seseorang keluar dari sebalik gelap malam,Alif hanya memerhatikan sahaja dan Aurora terkejut. Seorang wanita berambut blonde,skirt pendek baju serba hitam.

"Hello Aurora..." sapa wanita itu.

"Rachel?"














CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now