CHAPTER 155 : RESURRECTION OF EVIL

570 76 11
                                    


Sunyi dan sepi

Itulah apa yang sedang berlaku,Farhan hanya memerhatikan sahaja Utareed terapung di udara.

Matanya dibuka sedikit demi sedikit,Farhan pula bersiap-sedia dan Utareed sudah bergerak di belakang Farhan.

Utareed lantas menghayunkan tangan,segera Farhan menahan kemas. Tangan Utareed berubah bentuk,seperti tangan seekor demon yang keras.

Farhan menolaknya ke belakang,Utareed bergerak ke belakang sedikit. Tanpa sebab Farhan kembali ke bentuk asal,Utareed agak terkejut dengan tindakan dia.

"Kau lenyapkan bentuk terkuat kau.. Kenapa?" soal Utareed.

"Sebab..." Farhan menarik pedang katana miliknya.

"Aku lebih suka dengan cara ini.." tambah Farhan menghunuskan pedangnya dan Utareed tersenyum.

"Well said..." kata Utareed mengangkat tangan sedikit ke hadapan.

Farhan mengangkat pedangnya di sebelah mukanya,pedang katana pula dihalakan ke hadapan dengan bunyi desingan pada bilah pedang tersebut. Utareed pula membuka tangan gaya cakaran,nafas dihelakan panjang.

Sekelip mata mereka bertembung dengan hayunan pedang,menghadapi cakaran milik Utareed dan tangkisan menghasilkan bunyi yang nyaring.

Utareed mendepakan kedua tangannya,cakaran gergasi terhasil dari aura Utareed. Farhan tersentak lalu melakukan gaya bertahan,namun tindakan Utareed membuatkan Farhan terpelanting lalu jatuh menyeret tanah.

Farhan segera bangun dari terus terseret,kemudian memegang pedangnya dengan kedua-dua tangan. Utareed hanya tersenyum dan ingin menyerang,namun Farhan menghayunkan libasan melintang dengan pantas Utareed terus bertahan.

KRAANG!!!

BRAAM!!!

Utareed mengeluh kesakitan dan tangan kedua-duanya luka,darah mengalir dan sekelip mata kembali pulih. Utareed mengetap gigi dan merenung Farhan yang berada di bawah,dia segera mendarat kasar ke tanah.

"You asshole.. How dare you hurting me?!" Utareed menjerit dan aura dia semakin kuat,Farhan pula meletakkan bilah pedang pada bahunya.

"Don't worry..." ujar Farhan dan Utareed merenungnya.

"After this I will cut your arm for good.." tambah Farhan dan menaikkan darah Utareed.

Utareed meluru laju ke arah Farhan,hayunan cakaran dilakukan dan Farhan menangkis. Libasan dan cakaran bersilih ganti,bertembung dengan dahsyat. Hayunan demi hayunan dan cakaran demi cakaran,gerakan mereka amat pantas.

TANG!!

KRAANG!!

KRASSHH!!!

Utareed menarik tangannya ke belakang,lalu melepaskan gelombang libasan cakaran yang amat besar. Farhan yang menyaksikan serangan itu,sekadar menyarung semula pedangnya. Tapak tangan diletakkan pada hulu pemegang pedang,matanya dipejamkan dan latar belakang menjadi gelap sunyi tidak kedengaran apa-apa.

"Dragon Sword arts..."

Tiba-tiba bunyi yang nyaring datang dari serangan Utareed,menyebabkan Farhan membuka matanya dengan cepat dan pedang ditarik. Sekelip mata dia sudah berada di belakang Utareed,gerakan Farhan menyebabkan Utareed cedera parah.

"Heavens Feel.."

Utareed menjerit kesakitan sebelum melutut,dia termengah-mengah dan menahan sakitnya yang amat. Farhan memalingkan badannya ke belakang memandang ke arah Utareed,manakala Utareed merasai aura bunuh yang amat menakutkan datang daripada Farhan.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now