CHAPTER 25 : SAD BUT TRUE

949 96 3
                                    

Pasang earphone untuk bacaan yang lebih berperasaan

Alif diusung ke dalam wad kecemasan,Azryan menyusul dari belakang namun dihalang sebaik sampai di pintu bilik pembedahan. Azryan faham akan situasi yang berlaku,Agnez turut bersama dan Raisyah pula hanya duduk bersendirian di kerusi awam dalam ruang legar hospital.

Raisyah masih memikirkan kata-kata Aurora pada saat ini,dia mula tertanya adakah Aurora benar-benar mahu meninggalkan mereka?

Saya tidak akan menyertai kamu semua selepas ini,saya tidak mahu kamu semua terlibat dalam bahaya lagi

"Aurora..." Raisyah berkata pendek kemudian mendesah.

Pada masa itu Azryan menunggu di hadapan bilik pembedahan,dia bersama seseorang muka baru dan siapa orang tersebut?

"Tak sangka pula Alif boleh dapat luka yang teruk macam tu?" soal gadis itu dan Azryan hanya menghela nafas pendek.

"Aku tak tahu apa yang mamat tu berangan,Alif cedera dan Aurora pulak hilang entah ke mana..." jawab Azryan geram.

"Setiap manusia tak sempurna,dia pun pernah cedera selamatkan kau 4 tahun lepas kan..." kata gadis itu lagi.

"Yeah... Yeah,I know... Tapi aku tak nak dia cedera lagi..." ujar Azryan lagi.

"Jangan risau,Alif is strong right?" kata gadis itu lagi.

"Thanks Himiko,by the way mana Akira?" soal Azryan pada gadis bernama Himiko atau nama penuhnya,Himiko Hiroshi dan dia adalah adik kepada perisik Mentari iaitu Akira Hiroshi.

"Tak tahu la,lepas hantar Alif.. Akak terus hilang..." ujar Himiko mengeluh.

Mereka senyap dalam beberapa saat,tidak lama kemudian seorang doktor keluar dari bilik pembedahan. Azryan dan Himiko serentak berdiri,lalu mendapatkan doktor itu yang sedang menghela nafas pendek.

"Doc,bagaimana keadaan kawan saya!!?" soal Azryan dan doktor itu hampir terjatuh.

"Idiot! Jangan jerit macam tu! Hospital kan?" Agnez mengetuk kepala Azryan.

"Hehehe..." Himiko hanya mampu tersenyum kelat.

"Maaf doktor,kawan saya risau sangat.." ujar Agnez pada doktor itu yang sedang terkebil-kebil.

"Jadi bagaimana keadaan kawan kami?" soal Agnez dan doktor itu menarik nafas panjang,kemudian dihelakan pendek.

"Keadaan kawan kamu agak teruk.." ujar doktor itu dan Agnez membesarkan matanya,Azryan dan Himiko berpandangan.

"Tapi jangan risau,selepas pembedahan tadi dia dah stabil... Nasib baik kamu sempat bawa tadi ke sini..." jelas doktor itu.

Azryan menghela nafas pendek,Agnez pula hanya menyentuh bahunya. Himiko merapatkan kedua tapak tangannya,seakan berdoa mungkin kerana Alif sudah selamat. Raisyah pula turut tahu akan perkara ini,dia menyandar ke dinding tanda lega.

Pada masa yang sama di kawasan bekas perlawanan,seseorang sedang berdiri atas bangunan yang tinggi sambil memandang ke bawah. Kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan,ingatan mengenai Alif terbaring dengan luka parah mula menerjah.

"Alif,forgive me..." Aurora menarik kerudung menutupi kepalanya,dan lenyap dari pandangan.

Pandangan yang gelap dan kabur,mulai jelas dan dia sedang melihat lampu di atas siling. Alif terkebil-kebil kemudian dia menoleh ke kiri,mesin denyutan jantung berada di sebelahnya. Tangannya menekan dahi dan ingatan imej Aurora,dalam bentuk yang tidak pernah dilihat menerjah.

"Aurora!" Alif bingkas bangkit,dan terasa sakit dan memandang ke bawah.

Alif hanya diam bahagian dada hingga ke perut,dibalut oleh kain putih dan darah kelihatan menekap sedikit. Alif sedar dia dilibas oleh lelaki bernama Silva,Alif menekup mukanya dan memandang sekeliling kawasan bilik tersebut.

Seorang jururawat memasuki bilik tersebut,terkejut melihat Alif sudah sedar dan segera keluar menjerit memanggil doktor. Akhirnya Azryan,Agnez dan Raisyah menunggu dengan sabar,tetapi air muka mereka jelas risau dan Himiko yang turut bersama hanya menggelengkan kepala sahaja.

Memerhatikan doktor itu selesai membuat pemeriksaan pada Alif,balutan ditukar baru dan sebaik semuanya selesai barulah doktor itu menghela nafas lega.

"Banyakkan berehat,jangan banyak bergerak kalau tak luka akan terbuka..." pesan doktor perempuan itu sebelum beredar.

"Nasib kamu baik Alif-san,jika kamu lambat sedikit sudah tentu kamu berada di alam sana..." ujar Himiko.

"Guess I'm lucky?" Alif berkata dengan bersahaja.

"Read the mood idiot! We worry about you!" Azryan menahan geram.

"Sabar la...kan dia dah selamat..." Raisyah menyentuh bahu Azryan.

"Seriously,saya risau pasal dia..." kata Azryan mendecih.

"Kau risau lebih-lebih pun,bukan sembuh terus aku ni..." kata Alif selamba.

"Tengok attitude dia? Tengok? Annoying!!" Azryan mula membebel,Agnez hanya mampu ketawa kecil.

"Woo... Meriah betul dalam bilik ni..." satu suara menegur,Himiko menoleh dan tersenyum girang.

"Akira Hiroshi..." ujar Alif lemah.

"Nee-san! Mana Nee-san pergi?" soal Himiko.

"Err...hantar satu pesanan?" jawab Akira Hiroshi tersenyum selamba.

"Eh?"

Ikhwan mendarat di hadapan Hospital Utama negara Sakura,pengawal yang mengawasi hospital itu terkejut dengan kehadirannya. Ikhwan terus berjalan memasuki hospital,Aminudden dan Alisa muncul kemudiannya dengan magis teleportal.

"Ish uncle ni,tak menyabar..." keluh Aminudden mengerutkan dahi.

"Dia risaukan kesatria dia,perkara normal jika dia bereaksi sebegitu..." Alisa mencelah.

"Saya tahu,tapi terbang sepantas cahaya SEJAUH 12 BUAH NEGARA?!" Ulas Aminudden dengan muka geram.

"Hahaha..." Alisa hanya mampu tersenyum kelat.

Manakala di bilik wad Himiko rancak berbual dengan kakaknya,Akira dan Raisyah mencelah berbual bersama. Agnez pula sekadar memerhatikan mereka,Azryan pula sekadar menggelengkan kepala.

"Ryan,thanks..." ujar Alif.

"Its not big deal...beside we're friends right?" soal Azryan tersengih.

"Yeah...." jawab Alif tersenyum kelat.

Alif menyentuh dadanya yang dibalut,dia terasa menyampah kerana kalah. Ini sebab dia kalah pada Silva,Alif bersumpah jika bertemu lagi sekali pasti dia akan kalahkan Silva. Tidak lama lepas itu dia sedar sesuatu,dia memandang wajah rakannya seorang demi seorang.

"Hey Ryan..." sapa Alif dan Azryan menoleh ke arahnya.

"Mana Aurora? Dia okay?" soalan Alif membuatkan semua tidak berani bersuara.

Suasana di dalam wad menjadi tegang,Alif kehairanan melihat reaksi rakan-rakannya. Aurora di sudut lain sedang berjalan di kawasan pejalan kaki,kerudung menutupi wajahnya yang penuh penyesalan. Ikhwan pula dalam perjalanan menuju ke arah wad di mana Alif berada,manakala Alif masih belum dapat jawapan.

"Aurora has left us..."















RAISYAH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RAISYAH

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now