CHAPTER 138 : SHE GOT AWAY

624 74 4
                                    


Awan yang dalam keadaan berwarna kelabu diperhatikan oleh Ikhwan,dia hanya memerhatikan awan itu tanpa berkata sepatah perkataan pun. Farhan kehairanan dengan gelagat Ikhwan,Luqman memberikan air minuman mineral pada Aminudden.

"Thanks.." ujar Aminudden kemudian meneguk air mineral tersebut.

"Kau macam susah hati je.. Kenapa?" soal Luqman dan Aminudden menghela nafas pendek.

"Mesti la susah hati.. Dunia akan hancur dan kau rasa?" soal Aminudden pula.

"Kita sama-sama hentikan la apa susahnya?" jawab Luqman dan Aminudden hanya menggelengkan kepala.

"Aku lebih suka mencegah dari menghadap benda semua tu..." balas Aminudden lantas bangkit dari duduk.

"Kau nak pergi mana pula?" soal Luqman melihat Aminudden beredar meninggalkan dia.

"Aku nak cari Siddiq!.." ujar Aminudden dan terus terbang pergi dari situ.

Zareena hanya memerhatikan sahaja dan Nazryn pula menggaru kepala,Ikhwan hanya menghela nafas pendek. Farhan memandang ke arah dia,Luqman mendecih dan terus terbang mengejar adiknya.

"Oi!" Nazryn ingin mengejar tetapi dihalang oleh Ikhwan.

"Biarkan mereka..." Ikhwan berkata dengan nada tenang.

"Merek nak ke mana?" soal Farhan.

"Kalau tak silap,Aminudden kata nak cari Siddiq..." jelas Ikhwan.

"Kita patut ikut mereka?" soal Zareena pula.

"Kamu kakak mereka... Kamu yang pergi,Nazryn kamu bantu Zareena.." jelas Ikhwan memandang ke arah Zareena dengan Nazryn.

"Bagaimana dengan uncle?" soal Zareena pula.

"Uncle dan uncle Farhan ada benda ingin diuruskan.. Cepat Farhan.." ujar Ikhwan dan terus terapung,Farhan hanya menurut sahaja.

Ikhwan dan Farhan berpandangan,sebelum memecut terbang membelah angin. Zareena dan Nazryn sekadar mendiamkan diri,Zareena meregangkan ototnya.

"Kamu boleh terbang?" soal Zareena memandang ke arahnya,namun dia terkejut apabila sepasang sayap hitam pada belakang badan Nazryn.

"Puteri ada kata sesuatu?" soal Nazryn kehairanan.

"Never mind..." kata Zareena dan terus terbang,Nazryn turut terbang mengekorinya.

Ikhwan bergerak terbang ke arah selatan dan Zareena,mengejar Aminudden dan Luqman bersama-sama Nazryn menuju ke arah barat. Siddiq pula bertarung dengan wanita misteri,senjata mereka berlaga dahsyat.

TANG!!

KTANG!!!

KRAANGG!!!

Siddiq memusingkan sabitnya,menepis tusukan pedang daripada wanita tersebut. Siddiq berpusing ke udara semasa dilibas oleh pedang,sebaik berjaya mengelak segera Siddiq dihayunkan sabitnya ke arah wanita misteri itu.

Serangan Siddiq berjaya ditahan,wanita itu menggunakan kerambitnya menahan serangan Siddiq. Dia agak terkejut dengan ketangkasan tangan wanita itu,dia menumpukan kuasa bayang dan bilah sabit terus membesar.

Wanita itu terus segera berundur,dia terkejut dan membulat anak matanya. Sabit Siddiq digabungkan dengan kuasa bayang,pemuda itu merendahkan tubuh 90°. Wanita itu bersiap-sedia menunggu kemaraan Siddiq,kuasa Siddiq ditingkatkan dan terus bergerak laju ke arah wanita misteri itu.

"FULLMOON SLASHH!!!!"

ZRIIINGGG!!!!

Wanita itu mulanya bersiap-sedia,dia sedar kemudiannya apabila tahu serangan Siddiq amat kuat. Dia terus mengelak dan libasan Siddiq menghancurkan sekitar kawasan,wanita itu pula mendarat tidak jauh dari situ. Siddiq berpusing di udara sebelum mencacakkan sabit pada batang pokok,dia memijak batang sabit untuk dijadikan pelantar.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now