CHAPTER 36 : I'M HER AND SHE IS ME

875 89 0
                                    


Aurora yang didukung oleh Alif tergamam begitu juga Alif,melihat individu yang sedang berdiri di hadapan mereka. Gadis itu wajahnya menyerupai Aurora,Alif sedar reaksi Aurora yang berlainan.

"Kenapa awak bangun?!!" soal Aurora.

"Kenapa nak terkejut?" gadis itu tersenyum licik.

"Seseorang yang awak kenal?" Alif menyoal dan Aurora tidak menjawab.

Alif menurunkan Aurora dari dukungan kemudian gadis misteri itu,terus bergerak ke hadapan dengan pantas. Alif terkejut dan gadis itu melibas pedangnya,Alif segera menahan libasannya. Aura dari dua senjata berlaga,menyebabkan tiupan angin kencang.

Mereka berdua terus berlaga senjata berulang-kali,Alif sempat menarik Aurora ke belakang dengan lembut. Gadis berwajah serupa Aurora hanya tersenyum sinis,dia terus melibas pedangnya dan Alif bertahan terus.

"Nice defensive..." ujar gadis itu tersenyum tenang.

"Siapa kau?" soal Alif dan gadis itu tersenyum licik.

"Apa kata kau tanya girlfriend kau?" jawab gadis itu pula dan Alif menoleh ke belakang ke arah Aurora.

Alif segera menujah tongkatnya dan gadis tersebut menahan menggunakan pedangnya,kemudian gadis itu menarik pisau yang diselit celahan tali pinggangnya.

Gadis itu cuba menikam curi,Alif sedar tindakan gadis tersebut. Dia tidak dapat bergerak,namun satu tembakan menyebabkan pisau itu terlepas dari pegangannya.

Gadis itu mendecih dan Alif menoleh ke arah satu tempat,Azryan dengan gaya mengacukan pistolnya dan lubang muncung pistol masih berasap. Agnez bergerak pantas ke sisi kanan gadis itu,dia menghayunkan pedang fencing miliknya namun sempat ditangkis oleh gadis itu.

TANG!!

"Siapa kau? Wajah kau dan Aurora seiras.." kata Agnez dan Raisyah pula muncul kemudian merejam lembing.

TANG!!

Gadis berwajah Aurora terseret ke belakang,Agnez serta Raisyah segera membelakangkan Alif dan Aurora. Azryan pula terus menarik picu pistolnya,gadis itu menangkis peluru dengan libasan pedangnya.

"Persistent..." kata gadis itu.

Gadis misteri segera berpecah menjadi tiga orang,Alif terkejut dan Agnez terus menarik pedangnya. Raisyah pula memusingkan lembingnya,lalu menuju deras ke arah gadis tersebut.

TANG!!

TANG!!

Raisyah berlaga senjata dengan gadis itu dan pertembungan sengit berlaku,Agnez pula kekal di hadapan Alif dan Aurora. Satu lagi meluru ke arah Azryan,lelaki headphone itu hanya tenang melihat klon gadis tersebut meluru ke arahnya. Sebaik sahaja semakin hampir,Azryan segera mengeluarkan shotgun.

"Apa?"

BAMM!!

BLAMM!!

Gadis itu segera menahan dengan bilah pedangnya,tembakan kuat daripada Azryan menyebabkan gadis itu tercampak semula ke belakang. Azryan menyambung tembakannya,gadis itu pula memutarkan pedangnya menahan tembakan Azryan.

"Nak serang aku sebab gunakan senjata api? Maaf la aku pakar senjata api!!" kata Azryan membaling bom tangan,gadis itu menoleh ke sebelah kiri dan situasi seakan berubah menjadi slow-motion.

"Boom!"

Letupan yang deras berlaku dan semua menoleh ke arah Azryan,dua lagi pecahan klon terpaksa melompat ke belakang. Manakala yang terkena bom tangan terus lenyap,suasana menjadi tegang sejenak. Dua pecahan klon menjadi satu,gadis tersebut memandang Aurora.

"Kalau awak berada di sini,ini bermakna..." ujar Aurora sambil menduga.

Satu lembaga besar berkurung muncul di belakang Aurora,gadis blonde terkejut begitu juga Alif. Aurora hanya mampu tergamam,dia tidak dapat bergerak apabila lembaga berkerudung itu menghayunkan tangannya.

"AURORA!!" Alif melompat ke belakangnya dan melibas tangan lembaga itu,dengan segera menarik Aurora dalam dakapannya.

"OREAHH!!!" Libasan deras tongkat dilibas sekuat hati,lembaga berkerudung itu terseret ke belakang dan gadis berwajah Aurora melompat serta mendarat di hadapan lembaga itu.

"Nice reflects..." kata gadis itu kemudian lembaga di belakangnya meresap masuk badan gadis tersebut.

Gadis tersebut hanya tersenyum ke arah Alif,Aurora pula menggigil dan tangan sebelah Alif mengusap kepalanya. Aurora tersentak dengan tindakan Alif,gadis di hadapan mereka hanya ketawa kecil.

"So sweet.... Ahh...looks like you more and more weak than before..." kata gadis itu.

"I asking who the hell are you bitch!!" Alif mula hilang sabar dan aura emas mula kelihatan.

"You can ask politely,you know that..?" soal gadis kuning pudar itu.

"Your power...." ujar Agnez berjalan ke hadapan,membelakangkan Alif dan Aurora.

"Same with her....your appearance..is the same....in other words,clone?" soal Agnez menduga.

"I'm her and her is me... I'm is her dark side..." ujar gadis itu lagi.

"My name is Altera..."

Semua terkejut termasuk Alif begitu juga seseorang dari jauh,Qatariz dan Ikhwan bersama Alisa serta Mirana. Aurora tidak berani berkata apa-apa,dia memeluk Alif dengan erat.

"Bagaimana kau boleh berpisah menjadi dua?" soal Azryan.

"Seseorang pisahkan kami menjadi dua,namun masa itu aku sukar dikawal jadi ditidurkan oleh dia...." jelas Altera.

"Kau bersama Skull Wing?" soal Alif dan Altera sedikit terkejut.

"Skuad yang pernah disertai Aurora sebagai pembunuh? Awak fikir saya seteruk tu ke?" soal Altera dan semua kehairanan.

"JANGAN NAK MENGARUT!! AWAK YANG KAWAL SAYA MENJADI PEMBUNUH!!" Aurora akhirnya bersuara.

"Atau awak maksudkan kita?" soal Altera tersenyum sinis.

Aurora mengetap gigi menahan geram dan menolak Alif lembut,dia merenung ke arah Altera dengan niat membunuh. Aura putih gelap mula menyelubungi tubuhnya dan Altera pula kagum,sepasang sayap keluar dari tubuh Aurora kemudian lembingnya diseru.

"Saya akan hancurkan awak!"



CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now