CHAPTER 30 : SACRED VILLAGE?

1K 107 6
                                    


Sebuah perkampungan yang sunyi,Alif perhatikan dengan penuh minat. Tongkat diletakkan pada bahu,diketuk-ketuk secara lembut berulang-kali. Dia bersendirian dan menghela nafas pendek,Alif melangkah masuk ke dalam pintu utama perkampungan tersebut.

Alif melilau kepalanya memerhatikan sekitar kawasan,lalu dia menguap panjang dan mendongak ke atas. Rumah di dalam perkampungan itu rapuh,uzur dan dibiarkan begitu sahaja.

"Kampung ni dah lama terbiar....." Son Wukong memberi komen.

"Aku tahu tu,tapi agak-agak kau berapa lama ya?" soal Alif menekup mulutnya.

"Mungkin dalam 10 tahun? Sukar nak pastikan...." jelas Son Wukong.

Alif sekadar mengangguk dan terus melangkah,dia memikul tongkat emas miliknya bagi langkah berjaga-jaga. Pada masa yang sama dia sedang diperhatikan oleh seseorang,dia bersembunyi dari sebalik rumah di perkampungan terbiar itu.

"Aku nak semak perkampungan ni,Wukong kau boleh back-up aku?" soal Alif tersengih.

Son Wukong hanya tersengih dan tubuh Alif bersinar keemasan,lalu sesuatu benda keluar dari tubuh Alif dan sedikit demi sedikit membentuk susuk tubuh. Seekor monyet berbulu keemasan,Alif tersengih dan mencampakkan tongkat emas tersebut.

"Make it fast.." ujar Son Wukong tersenyum.

Alif tidak bersuara dan sekadar mengangguk sahaja,dia melutut sebelah kaki dan tapak tangannya disentuh pada permukaan tanah. Alif kini berada di dalam dimensinya sendiri,keadaan latar belakang yang gelap membentuk sesuatu. Lama kelamaan jelas ia adalah bentuk perkampungan tersebut,dia memerhatikan bentuk perkampungan tersebut seperti bulan sabit jika dilihat dari atas.

"Bentuk bulan sabit? Apa yang pelik di sini?" soal Alif memegang dagunya.

"1000 tahun yang lalu perkampungan ini menjalankan satu tradisi...."

Alif terkejut mendengar suara tersebut,dia meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Tidak mungkin Wukong kerana suara seorang perempuan,Son Wukong yang sedang mengawasi sekitar kawasan menyedari kehadiran seseorang.

"Alif,someone coming.." Wukong memberi amaran,Alif menghentikan semakan dan kembali bangkit.

Alif memalingkan badan ke arah di mana Wukong melihat,dia menghampiri ke arah Wukong berada dan terkejut kerana dia memandang seorang wanita yang begitu cantik.

"Apa yang kamu buat di sini? Ini tempat larangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa yang kamu buat di sini? Ini tempat larangan...." kata gadis tersebut,anak mata kemerahan merenung tepat pada Alif dan Wukong.

"Kami mencari sesuatu klu..." kata Alif dan gadis itu hanya merenungnya.

"Sesuatu di tempat yang dikatakan suci ni?" soal gadis itu pula.

"Ia bukan urusan awak,gadis kecil.." kata Wukong pula.

"Oi kau keruhkan keadaan je la.." rungut Alif dan gadis itu ternyata jelik.

"Nama saya adalah Minerva..penjaga kawasan perkampungan ini...sudah pasti ia adalah urusan saya!!" gadis bernama Minerva mengapungkan batu besar,lalu dibaling ke arah mereka berdua.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now