CHAPTER 157 : FINAL APPROACH

684 86 12
                                        


Ikhwan berjalan sambil mencari di mana daya ki Luiz,Ikhwan tahu Luiz mampu menyembunyikan daya ki miliknya. Namun Ikhwan juga mampu mencari seseorang yang bersembunyi,walaupun daya ki dilenyapkan.

Ikhwan berhenti dari terus berjalan,dia memandang ke hadapan dan ke belakang. Kiri dan kanan kemudian dia tersenyum,ini kerana dia tahu apa yang berlaku. Sacred Royal Blade diseru lalu dicacakkan pada tanah,efek kaca berderai kedengaran dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.

"Misdirection Magis.. Huh?"

Tidak lama muncul beberapa susuk tubuh mengepung Ikhwan,si raja naga hanya memandang dengan pandangan kosong. Semua Dark Knight yang telah mati,dihidupkan semula dan menghalang jalan Ikhwan. Lijart The Shadow dan Ernoul The Slayer,Ikhwan hanya memerhatikan mereka.

"It's time to die..." ujar Lijart.

"So you guys wanna get in my way...?" soal Ikhwan.

"No hard feelings dragon king.." kata Ernoul menarik pistolnya.

Ikhwan mendiamkan diri dan menghela nafas pendek,Luiz yang berdiri di hadapan device magis hanya tersenyum simpul. Lijart meluru laju ke arah Ikhwan,bayang dibentuk menjadi pedang dan dilibas ke arah Ikhwan.

Sacred Royal Blade dipusingkan kemudian menangkis,libasan Lijart dan sebelah tangan menghasilkan api lalu menahan tembakan Ernoul. Lijart membentuk bayang kepada benda tajam,dia terus menyerang Ikhwan namun gagal kerana berjaya dielak oleh raja naga.

Kepala Lijart dicengkam dan dihempas ke tanah,Ikhwan membedil percikan api dan Ernoul terus menukar senjata kepada jenis shot gun. Ikhwan sudah mengacukan sepucuk pistol,Ernoul terkejut sebelum kepalanya terkena tembakan Ikhwan.

Lijart meletuskan serangan bayang,Ikhwan segera bergerak mengelak serangannya. Melompat beberapa kali dan mendarat sebaik yakin,jaraknya sudah agak jauh dari mereka berdua. Ernoul kembali bangkit dan tembakan Ikhwan hampir meletupkan kepalanya,Lijart memegang kepalanya dan termengah-mengah.

"Hyper Regeneration.." ujar Pyro dalam tubuh Ikhwan.

"Bukan sahaja hidup semula,penyembuhan semula yang cepat juga ada pada kamu berdua?" soal Ikhwan.

"Memberikan kami masa untuk membunuh kau raja naga..." ujar Lijart tersengih dan Ikhwan mendecih,kemudian tangannya diangkat dan dihalakan ke langit.

Lijart dan Ernoul mendongak lalu terkejut,api biru membentuk bola gergasi di langit. Semakin lama semakin marak,Ikhwan tersenyum licik.

"Baguslah.. Aku pun tengah bosan.." ujar Ikhwan tersengih.

"Apa kata kau?" soal Lijart.

Ikhwan terus menghempapkan api besar itu ke arah mereka,letusan yang kuat berlaku dan tiupan angin panas terhasil. Lalu membentuklah kawah yang amat besar,membuatkan semua yang berhampiran terasa kuasa Ikhwan dan terdiam.

"Oi.. Oi.. Biar betul,kau nak letupkan bumi ke Wan?" soal Qatariz mendarat di belakangnya,disusuli Mirana dan Ikhwan menjeling sedikit ke belakang.

"Jangan risau serangan tadi tak teruk sangat.... Bumi tak akan musnah dengan mudah,mungkin..." jelas Ikhwan dan Qatariz serta Mirana berpandangan kemudian menghela nafas pendek.

BRAAMM..!!!

Luqman dan Aminudden terseret ke belakang,mereka mendongak dan memandang ke arah hadapan. Ludovicos dan Averardus meluru ke arah mereka,api merah yang marak menyala di tangan Aminudden.

"FEATHER FLARE!!!"

ZROOOSSHH!!!

Api yang marak disemburkan ke arah mereka,Luqman menjerit mengatakan ia tidak akan berkesan. Averardus menggunakan tangan kirinya,menyedut api merah tersebut.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon