CHAPTER 89 : TERRORISM & CONSPIRACY

783 91 11
                                    


Tembakan berbalas tembakan di sekitar area bandar utama negara Winter,para askar berbalas tembakan sambil melindungi orang awam dihantar ke tempat selamat.

Raisyah muncul dengan pantas,lalu menumbangkan beberapa orang pemberontak. Dia menangkis tembakan dan terus menjatuhkan seorang lagi pemberontak,Azryan juga menggunakan kunai yang disaluti racun menjatuhkan musuh.

"Ramainya pemberontak? Negara Winter tak pandai jaga rakyat ke pe?" soal Azryan selamba.

"Ini bukan soal tak pandai jaga rakyat,mereka percaya jika membunuh raja seluruh dunia mampu mengekalkan keamanan dunia selamanya..." jelas Raisyah.

"Apa yang buatkan mereka fikirkan sebegitu rupa?" soal Azryan sambil menjatuhkan salah seorang pemberontak yang menyerangnya.

"Mana la aku tahu? Ini hanya teori sahaja..." jelas Raisyah sambil menghempas musuh.

Semakin lama semakin ramai pemberontak yang muncul,Azryan dan Raisyah mendecih apatah lagi mereka tidak boleh membuat sesuka hati seperti membunuh mereka. Namun seseorang muncul dan membekukan mereka semua,seorang lelaki dengan air muka tanpa berperasaan. Sekelip mata semua pemberontak berjaya ditumpaskan,atau lebih tepat dibekukan macam itu sahaja.

"Tuan Fubuki!" salah seorang askar menghampiri lelaki tersebut.

Azryan bertanya kenapa warganegara dari negara Sakura,berada di Winter Nation ini. Lelaki bernama Fubuki itu bercakap dengan askar tersebut,dia menoleh ke arah Raisyah dan Azryan.

"Kamu dari negara mana? Terima kasih membantu anak-anak buah saya..." kata Fubuki menunduk hormat.

"Saya bersama negara Mentari..." jelas Azryan.

"Ouh... Negara Mentari,ia satu penghormatan bagi kami..." jelas Fubuki.

"Kenapa warga negara Sakura seperti kamu berada di sini?" soal Azryan.

"Saya Winter dan Sakura adalah negara bersekutu... Saya berkhidmat sebagai tentera upahan..." jelas Fubuki dan Azryan mengangguk faham.

"Tentera upahan?" soal Raisyah.

"Tentera yang boleh diupah mana-mana negara,mereka amat berkebolehan..." jelas Azryan dan Raisyah baru faham.

Saat mereka berbicara seseorang muncul bagaikan peluru,meluru laju ke arah mereka dan Fubuki sempat menahan. Mariana menunjukkan diri dan Raisyah terkejut,suasana menjadi tegang.

"Di mana tempat perjumpaan raja - raja?" soal Mariana.

Fubuki menolak semula Mariana ke belakang,Azryan sudah berada di hadapan Mariana sebelum menyepak wanita itu tercampak semakin jauh ke belakang.

"Kau sungguh biadab dengan wanita,kau tahu tak?" kata Mariana dengan pandangan dingin.

"MARIANA De'LANCE!!" Raisyah terus melibaskan hayunan pedangnya.

TANG!!!

HWOSSH!!

Lagaan dua pedang menghasilkan tekanan tiupan angin kencang,Fubuki dan para anak buahnya cuba membantu. Azryan menghalang mereka dari mara,Fubuki kehairanan dengan tindakannya.

"Biar kami uruskannya.." ujar Azryan dan Fubuki mulanya kehairanan mengangguk faham.

"It's been a while Raisyah... My little sister.." kata Mariana.

"Why did you come here?" soal Raisyah.

"It's none of your business..." balas Mariana.

Raisyah menolak Mariana dan mereka terpisah,Azryan hanya memerhatikan dari belakang. Dia mula risau akan Raisyah,dia memandang ke arah Mariana. Azryan merasakan aura yang kuat daripada Mariana,Fubuki pula hanya menjadi pemerhati.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now