CHAPTER 96 : DRAGON SWORDMASTER

732 88 17
                                    


Letusan berlaku dan asap serta habuk berterbangan,keluar Alif dan Aurora berlari pantas mengelak tembakan daripada Wild Gunz. Senjata-senjatanya terapung menembak-nembak,Alif menangkis dan kadang kala mengelak.

Alif segera menggunakan dinding sebagai pelantar untuk melompat,kemudian dia terus ingin menyerang Wild Gunz. Namun Wild Gunz lebih pantas,menggerakkan senjatanya menyerang Alif.

Aurora melibas dan melepaskan gelombang hayunan,mematahkan serangan cuba membunuh Alif. Akibat perlanggaran kuasa tersebut,Alif tercampak ke belakang. Dia kembali kepada Aurora,mukanya bengang tidak puas hati.

"Damn it! I can't get even close to him!!" ujar Alif geram,sebelum kepalanya ditampar dari belakang.

"What the hell was that for?!" rungut Alif menoleh ke arah Aurora,kerana dia yang melalukan perbuatan tersebut.

"Think smart! We need a plan!" ujar Aurora menjawab soalan Alif.

Alif mendiamkan diri kemudian menoleh ke arah Wild Gunz,dia mendesah kemudian terus beredar untuk mencari tempat persembunyian. Wild Gunz segera meluru untuk menghalang mereka,Alif segera mengeluarkan sebutir bom asap.

Wild Gunz terkejut dan Alif segera melemparkan ke arahnya,letusan bom menghasilkan asap yang tebal membuatkan visi Wild Gunz menipis. Dia segera melompat ke belum,kerana tidak mahu terperangkap dalam asap tebal.

"Boleh tahan... Tapi kamu tidak boleh bersembunyi selamanya..." ujar Wild Gunz.

"Sekarang macam mana?" soal Alif.

"Fikir la plan! Kita tidak akan menang dengan mudah..." jelas Aurora.

"Saya tengah cuba ni... Tapi satu benda yang boleh digunakan untuk melawan dia tak ada.." ujar Alif.

"Apa maksud awak?" soal Aurora pula.

"Saya tak ada senjata laser!" Alif berkata dengan muka menjengkelkan,Aurora pula timbul urat pada pipinya.

"Awak tak ada basic menembak pun macam mana nak lawan dia?!!" Aurora berkata sambil mengetuk kepala kekasihnya.

"Aduh!" rungut Alif.

"Boleh tak serius?" kata Aurora menghela nafas pendek.

"Perlu ke ketuk kepala saya?!!"balas Alif merungut.

"Tidak perlu berlawan dengan senjata yang sama pun boleh.." jelas Aurora.

"Huh?"

Wild Gunz berjalan sambil kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan,mencari di mana Alif dan Aurora bersembunyi. Aurora muncul dengan tiba-tiba di hadapannya dan Wild Gunz,segera mengacukan senapang ke arah Aurora.

Tetapi Alif muncul di sebelah kirinya,Wild Gunz tersentak sebelum ditumbuk dan kepalanya dihempaskan ke dinding. Alif mengetap gigi dan Aurora pula hanya menelan air liur,tertanya-tanya adakah rancangannya berjaya?

Alif pula ketika tapak tangan menekup muka Wild Gunz,tapak tangannya mula bersinar dan Wild Gunz terkejut.

"GOD DUST!!!"

BRAAM...!!

KRAANG!!!

Wild Gunz tercampak menyeret rempuh dinding bangunan keluar,Aurora hanya menghela nafas pendek. Alif pula tidak dan dia yakin,Wild Gunz masih mampu berdiri.

Tanpa mereka sedari seseorang dengan pedang katana,berdiri memerhatikan mereka dengan penuh minat. Tersenyum melihat skill Alif tunjukkan tadi,kerudung menutupi wajahnya.

"God Dust... Itu skill Ikhwan.. Macam mana dia...?" soal lelaki misteri itu tersenyum sambil mengusap dagu.

Wild Gunz kembali bangkit,topeng zirah dia sedikit hangus dan calar. Alif hanya diam dan Aurora memerhatikan sahaja,Wild Gunz bersinar matanya dan dalam lima buah meriam muncul di sekeliling Wild Gunz.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum