CHAPTER 35 : ALIF CONFESSION

918 100 2
                                    


Alif hanya mendiamkan diri sebaik pulang dari pemerhatian,Azryan kehairanan dengan perangai sahabatnya. Aurora pula hanya memerhatikan sahaja Alif,dia tidak berani menegur pemuda itu kerana masih teringatkan semasa Alif meluahkan perasaannya.

"Hey Alif,mana awak pergi? Satu hari hilang?" soal Agnez duduk di sebelahnya.

"Kak Agnez,tak ada pe la.. Ada kerja sikit tadi... Hehe.." kata Alif tersengih.

"Bunyi macam menarik,tak nak kongsi ke?" soal Agnez.

Alif dan Agnez yang berbual rancak,Aurora memerhatikan dengan penuh rasa cemburu melihat Alif berbual mesra dengan Agnez. Azryan menghampirinya dan mencuit bahu Aurora,gadis blonde itu menjeling ke arah Azryan yang tersenyum sumbing.

"Apa?" soal Aurora.

"Terasa macam ada orang cemburu?" usik Azryan dan Aurora merona merah.

"I RATHER DIE!!" Jerit Aurora dan beredar berani dari situ.

Alif dan Agnez berhenti dari berbual,mereka berdua kehairanan dengan reaksi Aurora. Alif merenung Azryan dan rakannya hanya mampu tersengih kelat.

"Apa kau cakap dengan dia?" soal Alif sambil menghalakan hujung tongkat ke arah Azryan.

Azryan tidak menjawab hanya tersengih kerang busuk,Alif hanya menghela nafas pendek dan beredar meninggalkan Azryan serta Agnez.

Alif berjalan dengan menyilangkan tangan pada belakang kepala,headphones miliknya hanya disangkut pada kawasan leher. Dia perasan kelibat Aurora yang duduk memeluk lutut dan menyandar dinding,Alif tersenyum lalu menghampiri Aurora.

Alif hanya berdiri memandang Aurora yang menyembunyikan wajahnya,Alif duduk di sebelahnya dan memanjangkan sebelah kakinya. Aurora hanya kekal diam dan Alif memandangnya sayu,gadis yang dia kenal tapi ingatannya dipadam.

"Aurora...awak tahu hayat manusia umpama api lilin..." ujar Alif manakala Aurora kekal diam membatu.

"Api lilin tu kalau ditiup kuat,pasti terpadam dengan mudah.... Bukan mudah untuk hidup di dunia luar...saya merantau semasa umur 14 tahun,masa itu ayah saya ada lagi...ibu juga belum hilangkan diri.." Alif meneruskan bercerita.

"Saya kehilangan seorang rakan,tak sesuai kalau katakan kehilangan... Memori saya lenyap mengenainya..." ujar Alif dan Aurora kekal dengan posisinya.

Alif diam sejenak dan suasana seperti menjadi dingin,Aurora hanya diam dan Alif pula hanya tersenyum kelat. Mulutnya yang mengukir senyuman hilang,Alif melihat ke awan yang berarak.

"Saya keseorangan...sebelum bertemu Azryan... Saya hanya keseorangan..." jelas Alif menamatkan kata-katanya.

Alif hanya menoleh ke arah gadis blonde itu,masih kekal tidak mengangkat wajah dan Alif mengambil keputusan untuk bangun beredar pergi. Tetapi sesuatu menghalangnya,tangannya seperti ditarik dan apabila dia toleh. Aurora memandang dia dengan memegang erat tangannya,dia hanya tenang melihat wajah Aurora.

"Tolong temankan saya di sini..." pinta Aurora dengan muka merona merah.

Alif sekadar tersenyum dan duduk semula di sebelah gadis itu,Aurora kekal menggenggam tangan Alif dan kali ini pemuda selamba itu merona merah mukanya.

"Awak tahu Alif,saya semasa masih sebagai pembunuh... Saya selalu bermimpi..." ujar Aurora memulakan bicara.

"Mimpi?" soal Alif dan Aurora mengangguk sahaja,dia menyandarkan kepala pada dinding kemudian mendongak ke atas ke arah langit.

"Ya,mimpi di mana saya mempunyai kawan dan menggambarkan diri saya sebagai seorang kanak-kanak... Kawan saya itu tidak jelas wajahnya,dia selalu tersenyum..." jelas Aurora.

"Namun sekarang mimpi itu tiada lagi,kali terakhir mimpi itu dia seolah-olah berkata mengenai sesuatu.. Tetapi saya tidak dapat dengar dengan jelas,kerana di belakang dia ada ombak besar.... Sebaik ombak itu jatuh ke arahnya,saya terus terjaga dari mimpi tersebut..." jelas Aurora panjang dan dia tersenyum.

"Mimpi hanya mainan tidur..." ujar Alif dan Aurora menggelengkan kepalanya.

"Saya rasa bukan mainan tidur,saya rasakan dia ada di luar sana..." jelas Aurora dan dia terdiam,tangannya menggigil dan menundukkan kepalanya.

"Saya takut... Saya takut atas dosa silam saya,begitu ramai nyawa tidak berdosa terkorban dalam tangan saya...." ujar Aurora sayu.

Alif tidak berkata apa-apa kemudian dia menarik kepala Aurora sandar pada bahunya,Aurora terkejut sambil menelan air liur dan jantungnya berdegup laju. Alif mengusap rambut Aurora dengan lembut,gadis itu terkejut dengan perbuatan Alif namun entah kenapa dia terasa tenang.

"Aurora... Saya cintakan awak..." ujar Alif dan Aurora tersentak.

"Itu perasaan saya yang sebenar... Tiada penipuan atau trick..." jelas Alif dan Aurora tidak membalas,hanya mendengar luahan Alif.

"Saya ikhlas..." kata Alif pendek dan Aurora tersenyum,dia mengalirkan air mata terharu dengan kata-kata Alif.

"Terima kasih Alif..." ujar Aurora menangis dalam diam.

"Sungguh terharu...."

Satu suara menegur dan Aurora tersentak manakala Alif segera mengangkat Aurora serta melompat,mengelak satu serangan deras dan kuat serta pada masa yang sama ia turut disedari oleh yang lain. Alif mendarat di atas bumbung bangunan,dia meninjau-ninjau sekitar kawasan dan seseorang muncul serta mendarat tidak jauh di hadapan mereka. Aurora tergamam melihat si penyerang,Alif turut sedar reaksinya.

"Awak?....."




















CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Onde histórias criam vida. Descubra agora