CHAPTER 41 : WILD GUNZ

942 92 1
                                    


Altera berdiri sambil menyilangkan tangannya,dia memerhatikan lelaki atau ketua kumpulan Skull Wing. Dia hairan kenapa lelaki itu membawanya ke markasnya jika bukan untuk membunuhnya?

Semakin dia fikir semakin pening dan bertambah banyak persoalan,mulutnya dikembungkan geram kerana buruannya iaitu Aurora Mikaela tidak berjaya dibunuh olehnya. Lelaki itu yang mulanya menyemak sesuatu,berhenti dan memandang Altera.

"Kau tak mahu duduk?" soal ketua Skull Wing itu.

"Suka hati la nak duduk ke tak?" balas Altera bengang dan ketua Skull Wing itu duduk sambil menghela nafas pendek.

"Baiklah,izinkan aku kenalkan diri.. Nama aku adalah Ozmandiyas,ketua Skull Wing iaitu kumpulan Aurora sebelum dia khianati kami..." jelas lelaki itu atau namanya,Ozmandiyas.

"Apa yang awak nak daripada saya?" soal Altera.

"Senang,kau nak Aurora mati dan kami pun mahukan dia mati... Untuk mengambil sesuatu dalam tubuh dia..." jelas Ozmandiyas sinis.

"Apa maksud awak?" soal Altera ingin tahu.

"Aurora mempunyai dua kuasa angel,satu pada cahaya..satu lagi pada kegelapan..." jelas Ozmandiyas dan Altera tahu akan perkara itu.

"Jadi apa yang awak nak buat pada dua-dua kuasa tu?" soal Altera.

"Untuk kekuatan yang mampu membunuh dewa..." jelas Ozmandiyas.

"Jadi jika awak berjaya?" duga Altera.

"Aku nak jadi DEWA..." jawab Ozmandiyas tersenyum sinis.

Altera terkejut seketika kemudian dia ketawa,Ozmandiyas hanya kehairanan mendengar ketawa Altera. Apa kena dengan gadis di hadapannya,Altera berhenti dari ketawa dan memandang Ozmandiyas.

"Apa yang kamu nak buat,bukan hal saya..." ujar Altera kemudian cuba beredar.

Ozmandiyas hanya memerhatikan Altera berjalan pergi,sebelum dengan pantas belakang leher Altera dia cengkam. Altera terkejut dan Ozmandiyas mengangkat gadis itu ke atas,Ozmandiyas tidak berkata apa-apa kemudian aura gelapnya dialirkan masuk ke dalam tubuh Altera.

"Kau fikir dapat pergi macam itu sahaja?" kata Ozmandiyas dengan nada yang dingin.

"Tidak..." kata Altera sebelum warna anak matanya berubah dari kuning,kepada warna merah saga.

Ozmandiyas kembali meletakkan Altera ke bawah,suasana sunyi sepi seketika dan Altera yang berdiri membelakangkan Ozmandiyas memalingkan tubuhnya. Altera melutut ke arah Ozmandiyas,dan Ozmandiyas pula hanya tersenyum sinis.

"Aurora,berseronok selagi kau boleh..."

Aura gelapnya begitu kuat sehingga Aurora tersentak,malah hampir terjatuh namun mujur Alif sempat menangkapnya. Aurora memegang dahi kepala,entah kenapa dia boleh merasai kuasa gelap.

"Aurora? Awak okay?" soal Alif.

"Err.. Ya,saya rasa..." kata Aurora menjawab soalan Alif.

"Rasa? Macam tak okay je..." kata Alif risau.

"Saya okay jangan risau sangat..." balas Aurora memegang tangan Alif.

Alif terkejut dengan tindakan Aurora,dia memandang wajah Aurora yang tersenyum manis padanya. Pipi Aurora disentuh dengan lembut,Aurora pula memejamkan matanya biarkan pipinya terus disentuh.

"AHEM!!" Raisyah muncul merosakkan suasana.

"Get a room you two.." kata Azryan pula muncul dari belakang Raisyah.

"Ouh yeah? Like you guys?" soal Alif mencekak pinggang sambil tersengih.

"Kau nak cari gaduh ke?" balas Azryan dan mereka berdua melagakan kepala.

"Meh la!" Alif membalas dengan tersengih,Aurora dan Raisyah tersentak merasai sesuatu.

"ALIF! AZRYAN!! LOOK OUT!!" Aurora memberi amaran.

"What the he-...." Alif kehairanan.

BAAMM!!!

Satu das tembakan dilepaskan dan Azryan terjatuh terduduk,kerana Alif menolaknya dan menangkis tembakan sesat tersebut. Agnez dan Qatariz serta Mirana terkejut mendengar bunyi tembakan itu,mereka bertiga segera berkejar keluar dari motel.

"Azryan!" Raisyah mendapatkan Azryan yang terjatuh,lalu dibantu bangun oleh Raisyah juga.

"Kau okay buddy?" soal Alif.

"Yeah,terima kasih pada kau tolak aku tadi..." balas Azryan.

"Azryan! Raisyah,boleh awak bawa Azryan ke tempat ke selamat?" Aurora memeriksa keadaan Azryan,Raisyah pula mengangguk mengikut permintaan gadis blonde itu.

Seorang lelaki berpakaian barat atau koboi mendarat di hadapan mereka,Aurora terkejut melihat kehadiran lelaki itu dan Alif sedar Aurora kenal akan individu di hadapan mereka.

"Wild Gunz!?" Aurora menyebut nama lelaki itu.

"Hello Alter Archangel,or should I say a traitor?" ujar lelaki itu dan wajahnya disembunyikan oleh skarf,hanya mata bersinar sahaja kelihatan.

"Someone you know?" soal Alif

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Someone you know?" soal Alif.

"Yeah,same like me.. He is a Killer too,and more skilled then me..." jelas Aurora.

Lelaki dipanggil Wild Gunz terus mengacu pistol besarnya,Alif dan Aurora terkejut serta tembakan dilepaskan oleh Wild Gunz.
Tembakan demi tembakan dilepaskan,Alif memerhatikan orang awam ketakutan. Dia mengetap gigi dan memegang erat tongkatnya,lalu dia melibas peluru dan hampir mengenai wajah Wild Gunz. Aurora terkejut begitu juga Wild Gunz,lelaki bertopi koboi itu menghentikan tembakannya.

"I miss!! Tch!" Alif mengeluh kecewa.

"Not bad kiddo... You have gut!" Wild Gunz menarik sepucuk pistol,namun dia sedar sesuatu.

Tongkat milik Alif memanjang menujah ke arahnya,namun Wild Gunz mengiring badan ke kanan mengelak serangan Alif. Dia cuba menarik picu,Alif terus melibas tongkatnya sekali lagi. Wild Gunz melompat berlawanan arah,pukulan tongkat itu hinggap ke dinding bangunan berhampiran. Alif menarik tongkatnya semula,Wild Gunz pula membetulkan topinya dan terus menembak ke arah Alif.

BAM!!

BAM!!

BAM!!

"ORAH!! ORAH!! ORAAHH!!" Alif memusingkan tongkatnya seumpama kipas helikopter,mengelakkan pelurunya terkena pada dia dan Aurora.

"Hang on Alif,set!" Aurora menghasilkan lima bulatan magis di udara,muncul lima lembing terus keluar dari bulatan magis.

Lima lembing itu merejam ke arah Wild Gunz,lelaki itu segera menembak satu persatu lembing-lembing itu semua. Wild Gunz menyeret ke belakang,sambil menembak lembing itu semua. Alif sedar tembakan ke arahnya terhenti,dia mengambil nafas dan terus melompat serta meluru laju ke arah Wild Gunz.

"SIAPLAH KAU ORAHH!!!"

"DON'T GET COCKY KIDDO!"

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang