CHAPTER 33 : SHADOW OF THE PAST

896 95 5
                                    


Basil digari oleh Qatariz dan dibawa masuk ke dalam helicopter,Alif dan Minerva hanya memerhatikan sahaja helicopter yang membawa Basil pergi. Qatariz bersama Mirana mengiringi helicopter tersebut,Alif hanya menghela nafas pendek.

"Apa hubungan awak dengan Azahar Al'Iman?" soal Minerva dan Alif tersentak lalu menoleh ke arahnya.

"Cik kenal ayah saya?" soal Alif dan Minerva terkedu mendengar jawapan pemuda itu.

"Jadi memang betul la,Azahar sudah berkahwin dengan Rafaela..." Minerva menundukkan wajahnya sedikit kecewa.

"Yeah... Tapi ayah saya sudah meninggal 5 tahun yang lepas..." jelas Alif dan Minerva tersentak.

Minerva sekali lagi menundukkan wajah dan dia mengalirkan air mata,Alif hanya diam dan dia tertanya-tanya apakah hubungan Minerva dengan ayahnya.

"Apa hubungan awak dengan ayah saya?" soal Alif tanpa selindung,Minerva mengesat air matanya lalu menghela nafas panjang.

"Kami adalah kawan rapat,dia bagaikan adik saya...selalu panggil saya kakak.." ujar Minerva.

"Jadi awak memang lagi tu-arghh!!" belum sempat Alif menghabiskan ayat,batu terbang melayang kena pada kepalanya.

"AGAIN?!" Alif menjerit menahan sakit.

"Age is prohibited for woman..." kata Minerva dengan muka tidak bersalah.

"Perempuan ni..." Alif mula bengang.

"Mari ikut saya..." ujar Minerva memalingkan badan dari Alif,dia berjalan meninggalkan Alif.

Alif hanya berdiri tegak memerhatikan wanita itu berjalan,sebelum mengambil keputusan mengekorinya. Langkah diorak dan bunyi tapak kaki bergema di dalam lorong gelap,obor api sejauh jarak 10 Langkah melekat pada dinding. Alif hanya memerhatikan Minerva dari belakang,dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

"How you mother?" soal Minerva memecah kesunyian.

"She disappeared 4 years ago... I don't know she still alive or not..." kata Alif menjawab soalan Minerva.

"Cold toward your mother huh?" soal Minerva tersenyum tenang.

"She left me alone 4 years..." jelas Alif dan Minerva hanya diam sahaja.

Suasana menjadi sunyi semula,sehingga mereka berdua tiba di satu pintu gerbang yang amat besar. Lebih kurang 5 kali ganda dari manusia besarnya,Alif mendongak dan terkejut apabila kepala patung seiras Son Wukong.

"Kau ada adik kembar ke Wukong?" soal Alif tetapi Wukong hanya diam tidak menjawab.

Minerva hanya membaca satu mantra,dan pintu tersebut bergegar kemudian terbuka serta tiupan angin dingin terasa. Minerva melangkah masuk dan Alif segera mengekorinya,pintu gerbang itu kembali tertutup semula dan mengejutkan Alif.

"Saya boleh keluar lagi kan?" soal Alif tersengih.

"Jangan risau,sini ada pintu keluar..." balas Minerva selamba.

Mereka meneruskan perjalanan dan Alif pula memerhatikan tulisan purba pada dinding,dia perasan sesuatu pada tulisan itu bagaikan satu ramalan menunjukkan seorang lelaki menggunakan tongkat berlawan dengan musuh. Malah apa yang terjadi kemudiannya ada lukisan seorang gadis berambut blonde,rapat pada lelaki bertongkat.

"Lukisan-lukisan semua ni?!" soal Alif dalam hati.

Setiap lukisan pada dinding jelas menunjukkan perjalanannya yang lepas,dari bertemu Aurora kemudian berhadapan dengan Basil serta dia cedera. Jelas pada lukisan yang ada pada dinding tersebut.

"Ia seperti ramalan..." kata Wukong pula.

"Aku rasa diperhatikan pulak,sejuk terasa..." ujar Alif memeluk bahunya.

Alif mengekori Minerva menuju ke satu tempat,Minerva berhenti melangkah dan Alif hampir melanggarnya. Tongkat magis muncul di genggaman Minerva,bacaan mantra magis disebut satu persatu. Corak magis dan bulatannya,muncul di lantai mereka pijak.

Alif sedikit terkejut kemudian sedar ada benda keluar dari lantai,bentuk tiang segi empat setinggi manusia normal dan terbuka pada bahagian atas. Relic berwarna biru dengan aura mengalir,Alif tersentak apabila terpandang relic itu dia mendapat bayangan aneh dan Alif melutut sebelah kaki. Minerva sedar dan tahu apa kena dengan Alif,dia sekadar menghela nafas pendek.

"Seperti yang dijangkakan,benda bereaksi pada awak..." jelas Minerva dan Alif pula tidak faham.

"Ambillah,ia kepunyaan awak sekarang..." ujar Minerva lagi.

Alif yang masih kebingungan segera bangun,dia berjalan ke arah relic itu dan bayangan aneh mula menerjah kembali. Seolah-olah ramalan masa depan,dia melihat bayangan seseorang terbaring dalam pangkuannya. Alif tidak hiraukan bayangan tersebut,lalu dia terus mendekati dan menarik relic itu keluar.

Sebaik sahaja relic itu dalam genggaman tangannya,relic itu semakin bersinar dengan begitu terang sekali. Alif ditelan cahaya termasuk Minerva,semua tempat menjadi putih cerah.

Akhirnya cahaya mula hilang,kemudian latar belakang kembali dapat dilihat jelas. Namun mereka bukan berada di tempat yang sama,mereka kini di tengah kampung yang penuh dengan ramai orang. Minerva tergamam melihat suasana tersebut,dia berlari cuba menyentuh salah seorang dari orang kampung. Namun sebaik sahaja disentuh,pegangannya melepasi tubuh orang tersebut.

"I see.... Ia bukan realiti..." jelas Minerva.

"Apa maksud puan?" soal Alif.

"Kita ditunjukkan kisah silam,kisah perkampungan ini sebelum hancur..." jawab Minerva dan suasana menjadi sunyi seketika,Alif tersengih dan menarik nafas panjang.

"MISFORTUNE!!!"

"Hey Aurora!" satu suara kedengaran membuatkan Alif tersentak dan diam.

Alif melihat ke arah seorang kanak-kanak perempuan blonde,dia tergamam melihat individu tersebut. Aurora berusia 10 tahun tersenyum memandang ke arah seseorang,Alif menoleh ke arah yang dipandang Aurora dan dia terkejut.

"Hai Alif,bukan awak nak pindah ke Mentari?" soal Aurora.

"Haah...err tapi saya ada perkara penting nak beritahu..." ujar Alif menyembunyikan tangan ke belakang,mukanya merah.

"Apa dia?" soal Aurora yang usia 10 tahun itu teruja.

"S-saya...err saya... Susususu-....." kata kanak-kanak lelaki bernama Alif itu.

"Dia nak luah perasaan?" soal Alif yang dewasa,Minerva hanya diam sahaja.

"ALIF! MAKAN TENGAHARI DAH SIAP!!" suara seorang perempuan menegur,dan luahan Alif yang kecil terbantut.

"Ibu...." kata kanak-kanak lelaki itu kecewa memuncungkan mulutnya.

"Eh merajuk? Ibu ganggu perkara penting ke?" soal wanita itu memeluk Alif yang merajuk.

Seorang wanita berambut blonde dan oren sedikit,muncul bersama seorang wanita berambut merah jambu pudar. Alif terkejut melihat Rachel di sebelah ibunya,malah dirinya yang ketika kecil itu memeluk Rachel juga.

"Auntie!!" Alif kecil memeluk erat Rachel.

"Tengok anak kakak,dia manja dengan adik kakak..." kata Rachel tersenyum memeluk sambil mengusap kepala Alif.

"Saya minta diri dulu..." Aurora mencelah dan beredar.

"Aurora...!" Rafaela memanggilnya,Aurora menoleh ke arahnya.

"Mari la makan tengahari sekali..." kata Rafaela dan Aurora hanya mengangguk sahaja.

Alif hanya tersenyum melihat bayangan masa silam,melihat ibunya sentiasa tersenyum. Malah Aurora juga bersama dia,tetapi bagaimana dia boleh terlupa mengenai zaman kanak-kanaknya?

Alif terlintas bayangan ibunya memberikan satu cahaya,memasuki tubuhnya dan dia ketika berusia 17 tahun terus tidak sedarkan diri. Sebaik dia bangun ingatan yang tinggal hanyalah ketika di Mentari dan bersama Siddiq sahaja. Minerva hanya memerhatikan Alif sahaja,dia tidak mahu masuk campur.

"Ibu,kenapa?"

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now