CHAPTER 45 : NOW WE'RE EVEN

972 91 6
                                    


Aurora tergamam dan Raisyah hanya mengecilkan matanya,hatinya sakit dan marah bercampur baur apa sahaja perasaan ada. Agnez hanya mampu menghela nafas pendek,dia ternyata kecewa manakala Azryan pula menoleh ke arah Alif dan Rachel.

"Tempat ni bukan ke kem tentera?" soal Alif memerhatikan satu kawasan seperti pangkalan musnah teruk.

Alif kali ini sudah beredar dari negara Sakura,mereka yang berada di dalam kapal pesawat terkejut kerana menemui satu kawasan yang hancur. Pesawat hitam kekal terapung di udara,Alif segera beredar menuju ke ruang kargo. Pintu belakang pesawat di turunkan,Aurora menyusul mengekori Alif.

"Awak nak ke mana?" soal Aurora sebaik menghampiri Alif yang menunggu pintu kargo dinaikkan.

"Turun bawah,buat siasatan..." ujar Alif tidak memandangnya.

"Tapi dah tak ada apa di bawah..." jelas Aurora.

"Pangkalan tentera ni pernah bantu saya Aurora....saya tak boleh biarkan macam ni sahaja.." kata Alif sebelum terus terjun ke bawah.

Aurora hanya memejamkan matanya,dia mendecih dan terus melompat keluar dari pesawat itu. Alif mendarat dengan selamat dan memerhatikan keadaan sekeliling,dia menoleh ke belakang sebaik Aurora turut sama mendarat.

"Aurora?" Alif kehairanan.

"I'm not gonna let you going alone.." ujar Aurora menyilangkan tangannya pada bawah dada.

"Awak buat macam tu,makin nampak seksi pulak..." ujar Alif tersengih sumbing melihat dada Aurora terangkat sedikit ke atas apabila tangannya disilangkan bawah dada.

Aurora sedar perkara itu terus diturunkan tangannya,mukanya merah padam menahan malu. Alif tersentak apabila lembing dihunuskan tepat pada kepalanya,Aurora memegang sebelah tangan dan sebelah lagi tangannya melindungi dadanya.

"Okay... Fine..." kata Alif dan berpaling dari Aurora.

Alif berjalan meninggalkannya sambil diperhatikan oleh Aurora,lembingnya dilenyapkan dan dia mendesah kemudian mengekori Alif. Pada masa yang sama juga seseorang berdiri di tempat tersembunyi memerhatikan Alif dan Aurora dari jauh.

"Its okay just leave them alone?" soal Azryan memerhatikan Alif dari skrin pesawat.

"Don't worry,its settle..." balas Rachel sambil menggeliat dan beredar,Raisyah memerhatikannya tanda penuh curiga.

"Can we trust her?" soal Raisyah dan Azryan serta Agnez mengangkat bahu serentak.

Alif berjalan di dalam bangunan yang ditinggalkan,kesan serangan masih lagi baru dan Alif sekadar mendiamkan diri sambil memerhatikan keadaan bangunan tersebut. Aurora pula mula terasa tidak sedap hati,dia merasai aura yang amat dikenalinya.

"Siapa yang serang tempat ni? Tergamak mereka...." ujar Alif sendirian namun tiada kelihatan mayat atau askar yang berada di situ.

Pada masa yang sama Ikhwan yang membaca laporan pada tablet,Luqman dan Aminudden menunggu berdiri di hadapan meja Ikhwan. Ia adalah laporan mengenai markas yang baru sahaja diserang,markas di mana Alif berada sekarang ini.

"Markas Sapphire kena serang,bila ia berlaku?" soal Ikhwan.

"Area 1 jam lepas uncle.." jawab Luqman dan Ikhwan mengerutkan dahi.

"Sejam lepas? Siapa yang menyerang?" soal Ikhwan lagi.

"Dari maklumat yang kami dapat,kamera pada markas tu ada rakam ini..." ujar Aminudden sambil menyerahkan sekeping gambar.

Ikhwan mencapai gambar tersebut,dia memerhatikan gambar itu dengan tenang dan memandang dua beradik itu. Luqman dan Aminudden mengangguk,Ikhwan pula mendesah dan menghela nafas pendek.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now