CHAPTER 81 : YOU SHOULDN'T RUN

859 89 7
                                    


Alif mengesan ada beberapa orang yang terselamat,lalu membawa dia ke sebuah rumah. Alif berjalan ke arah rumah tersebut,agak besar dan juga sedikit lusuh. Papan tanda yang besar bertulis,Alif membaca dengan lancar.

"ORPHANAGE HOUSE..."

"Nampaknya ada..yang terselamat..." ujar Rafaela.

"Puan juga ada kebolehan yang sama seperti Alif?" soal Aurora.

"Mestilah sayang... Alif anak saya..." ujar Rafaela mengusap kepala gadis tersebut.

"Tapi dingin malam ni,buatkan auntie tidak sedap hati..." ujar Rachel pula memeluk tubuh menahan sejuk.

"Alif?" suara Azryan kedengaran dalam headphone Alif.

"Huh? Ryan? Kau dah selesai ke?" soal Alif menjawab panggilan Azryan.

"Haah,sekarang aku menuju ke tempat kau..." jelas Azryan.

"Boleh kau periksa kawasan lain? Aku dapat kesan tenaga negatif tadi..." ujar Alif.

"Baiklah serahkan pada aku..." balas Azryan dan talian dimatikan.

Alif memandang ke arah ibunya,Aurora dan Rachel. Mereka berbalas pandangan kemudian mengangguk faham akan tindakan Alif seterusnya,mereka memandang ke arah rumah agam tersebut.

Pesawat hitam mengalihkan arah,Azryan dan Raisyah bergerak ke kawasan yang didakwa oleh Alif ada kesan daya tenaga negatif. Sistem pada pesawat mereka mempunyai alat pengesan tenaga aneh,Azryan mengesan berpandukan alat tersebut.

"Siapa sebenarnya awak Azryan?" soalan Raisyah memecahkan kesunyian.

"Saya cuma perantau biasa sahaja..." jelas Azryan fokus pada pengawalan kapal.

"Perantau biasa tidak mungkin dapat kalahkan ninja gelap,malah gauntlet awak.. Bukan gauntlet yang biasa.. Ia hanya ada pada ninja elit negara Sakura.." ujar Raisyah dan Azryan hanya menghela nafas pendek.

"Saya kagum dengan pengetahuan awak Raisyah,tapi bukan sekarang masa yang sesuai untuk temuduga..." jelas Azryan lagi.

Akhirnya mereka tiba di sebuah kawasan tanah lapang,Azryan dan Raisyah terkejut kerana kawasan tersebut bersinar-sinar kemerahan. Lantas Azryan mendaratkan kapalnya,berhampiran kawasan tanah lapang itu.

"Apa yang kita nampak ni?" soal Raisyah sebaik mereka keluar dari kapal.

Azryan tidak berkata apa-apa kemudian berjalan menghampiri kawasan tanah lapang,lalu menyentuh tanah kawasan tanah lapang dan jelas daya tenaga negatif yang kuat dapat dirasai. Sehingga membuatkan Azryan tersentak,kerana imej lembaga hitam bertanduk besar.

"Azryan? Awak okay?" soal Raisyah menyentuh bahu pemuda itu.

"Saya okay..." ujar Azryan kemudian menekup mukanya,ini kali pertama dia merasai aura yang kuat seperti itu.

Azryan memerhatikan tangannya dan sedar,dia menggigil hanya merasai aura sahaja. Azryan menghela nafas pendek,kemudian dirapatkan kedua tapak tangan. Isyarat jari bertukar ganti,Raisyah tertanya-tanya apa yang Azryan ingin lakukan.

"Teknik Tanah,DAYA GEGARAN BUMI!!"

Azryan menghempas tapak tangannya ke tanah,dentuman kuat pada kawasan tanah terhasil dan kawasan tanah lapang tersebut terus merekah sekelip mata. Raisyah hampir terjatuh namun sempat berpaut pada tiang berhampiran,dia memandang ke arah Azryan dengan riak wajah terkejut.

Rekahan tanah tersebut diperhatikan oleh Azryan,seketika muncul seseorang keluar dari tempat persembunyian mendarat di hadapan mereka berdua. Air mukanya ditutupi oleh topeng,hanya anak mata sahaja kelihatan.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now