CHAPTER 113 : 4 MONSTER OF CALAMITY

833 82 15
                                    


Ikhwan meregangkan ototnya kemudian melakukan senaman ringan,dia melakukan larian setempat dan push - up da serta sit - up. Farhan yang turut berada bersama,dia terasa pelik kerana jarang nampak orang tu di sini.

"Hey.." sapa Farhan.

"Yo.." balas Ikhwan.

"Rajin bersenam?" soal Farhan.

"Untuk kesihatan..." jelas Ikhwan dan Farhan hanya mencebik kemudian mengangguk.

"Hey Farhan... Kau ada masa?" soal Ikhwan.

"Huh?" Farhan kehairanan.

5 Minit Kemudian...

Ikhwan dan Farhan berhadapan di satu tanah lapang,sebenarnya di dalam bilik visual yang tetapkan latar belakang seperti itu. Farhan meregangkan badannya,dia menegakkan kaki kiri melintang ke tepi. Farhan ulangi kaki sebelah kanan sama seperti kiri,Ikhwan pula menumbuk angin bertubi-tubi.

"Boleh kita mulakan?" soal Farhan selepas melompat berpusing ke belakang.

"Boleh..." kata Ikhwan.

Suasana menjadi sunyi dan sepi,Farhan hanya menarik nafas panjang. Sebaik dia helakan dengan pantas,sudah berada di sebelah Ikhwan. Tumbukan Farhan halakan dan Ikhwan tahan,lantas Ikhwan menolak Farhan semula ke belakang.

"Jadi apa yang kau nak bual?" soal Farhan sambil meluru ke arah Ikhwan.

"Ia berkenaan 13 Servant of Demon.." kata Ikhwan menjawab soalan Farhan.

DUUUSSH!!

Mereka berdua masing-masing terkena tumbukan,Ikhwan terdongak begitu juga Farhan . Mereka terus menyambung dengan menghayunkan sepakan kaki,sekali lagi berlaga dan hayunan mereka berulang-kali.

"Itu? Bagaimana dengan 10 Dark Knight.." kata Farhan.

"Aku minta Z perhatikan mereka.. Tiada tanda - tanda mereka melakukan tindakan setakat ni..." jelas Ikhwan dan Farhan hanya mengangguk,kemudian Farhan menujah kakinya.

Ikhwan pula menahan kemas dan menangkap kaki Farhan,Ikhwan segera mencampak Farhan jauh. Ikhwan mengejar dan terus terbang,seiring dia pula menujah kakinya. Farhan yang dicampak segera menyeimbangkan tubuh,kemudian menahan serangan Ikhwan.

"Jadi apa tindakan kau?" soal Farhan.

"Entah la.. Aku masih tidak tahu tujuan mereka..." kata Ikhwan.

"Dilemma ya?" soal Farhan dan mereka terhenti dari bertarung,seketika mereka terdiam.

"Rasanya baik kita berbual normal..." ujar Farhan.

"Ya.. Aku setuju..." Ikhwan mengangguk.

"JANGAN HARAP!!" serentak Ikhwan dan Farhan berkata,seiring penumbuk dihayunkan.

Tumbukan masing-masing membuatkan mereka terundur ke belakang,Ikhwan dan Farhan menarik badannya ke hadapan lalu mereka sekali lagi berlaga tinju. Manakala di ruang kawalan bilik visual,Jamel yang menjaga bilik tersebut hanya menyaksikan pertarungan itu tanpa berkata apa-apa.

"Aku harap bilik ni tak runtuh..." kata Jamel sendirian.

"10 Dark Knight..." kata Farhan menepis tumbukan Ikhwan.

"13 Servant of Demon,mereka semua adakah sama sekutu?" soal Farhan sekali menghayunkan penumbuk.

"Aku rasa tidak.. Mereka mempunyai tujuan yang berlainan..." balas Ikhwan sebaik menangkis penumbuk Farhan,kemudian dia menghayunkan kaki dari atas dan ingin menghentak kepala Farhan.

Farhan tahan dengan tangannya digayakan bersilang,sebaik hentakan kaki ditahan terhasil rekahan pada kawasan Farhan berpijak. Farhan terus menembak libasan angin,Ikhwan mengelak dengan pantas dan menepis libasan tersebut.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon