CHAPTER 149 : QATARIZ,MIRANA & AIZAT VERSUS THE MONSTER

707 89 1
                                    


Luqman bersiap-siap mengenakan gear yang biasa dia pakai,untuk menjalankan misi dan kali ini untuk mengelakkan kehancuran dunia. Aila juga menyertai dia dengan memakai gear miliknya,gear yang dimaksudkan bukanlah alat teknologi tetapi adalah pakaian khas untuk bertarung.

Aila menuju ke arah locker dan menekan butang,pin kod didail dan locker itu terbuka dan sebilah pedang katana disimpan kemas. Aila mencapai dan memegang katana tersebut,dia tersenyum sendirian.

"Lama juga kita tidak bertarung?" soal Aila tersenyum sambil memerhatikan pedangnya.

"Ya.. Kalau boleh tak payah nak bertarung.. Leceh.." ujar Luqman pula.

Aila hanya tersenyum mendengar kata-kata suaminya,Luqman pula mencapai sebilah pedang jenis katana juga. Bilahnya berwarna ungu berkilau,dia mengangguk kemudian memandang ke arah Aila.

"Mari kita pergi.." ujar Luqman dan Aila hanya mengangguk sambil tersenyum.

Alia ketika itu berdiri di hadapan pintu utama hospital,menunggu seseorang dan pakaiannya bukanlah seperti ingin pergi merawat orang.

"Doktor Alia.." Alia menoleh dan seorang lelaki kacak tersenyum padanya.

"Doktor Sean.. Apa yang boleh saya bantu?" soal Alia.

"Malam awak senang?" soal lelaki dipanggil doktor Sean.

Sebelum sempat Alia menjawab,deruman enjin motorsikal kuasa tinggi kedengaran. Aminudden berhenti di hadapan Alia dan Sean,Aminudden merenung tajam ke arah Sean dan membuatkan doktor lelaki itu tersentak.

"Am..." ujar Alia tersenyum.

"Hey sayang.. Naik cepat,uncle dah tunggu.." kata Aminudden.

"Nasib baik tepat pada masanya,kalau terlambat.. Ada yang kena bakar hidup-hidup..." ujar Alia.

Alia menunggang motorsikal,lalu enjin berderam sebelum memecut keluar dari hospital. Sean hanya tercengang melihat keadaan itu,seseorang berjalan dan berhenti di sebelahnya.

"Haih mereka ni,kawasan hospital boleh memekak..." ujar Nurul.

"Doktor Nurul?!" Sean terkejut.

"Hey doktor Sean.. Cuba pikat isteri orang ye?" soal Nurul sinis dan Sean mendecih.

"Ikut nasihat saya doktor,hentikannya atau awak dapat sakit..." kata Nurul dan melangkah masuk semula ke dalam hospital.

Motorsikal berkuasa tinggi memecut,Alia hanya memeluk suaminya. Aminudden memintas setiap kenderaan yang ada di atas jalan raya,membelok kiri dan kanan seperti ular.

"Awak cemburu?"soal Alia.

"Seseorang cuba pikat isteri saya.. Awak rasa?" kata Aminudden.

Alia hanya memeluk Aminudden lebih erat,manakala Aminudden pula sekadar tersenyum sahaja. Alia dan Hikari adalah isterinya,Aminudden tidak akan biarkan sesiapa rampas mereka daripadanya.

Ikhwan mencengkam tangannya,kemudian disarung pula sarung tangan kulit berwarna hitam. Jaket putih vanila disarung,belakangnya tertera lambang negara Mentari. Rambut hitamnya dikemaskan oleh Alisa,Ikhwan hanya memerhatikan wajah Alisa.

"Alright it's done.. You look handsome.." ujar Alisa tersenyum dan pipinya pula diusap oleh Ikhwan.

"Thanks,you too look gorgeous.." balas Ikhwan tersengih.

Ikhwan dan Alisa berbalas pandangan agak lama,kemudian mereka berdua ketawa kecil bersama. Ikhwan membetulkan sarung tangan,kemudian melangkah keluar dari biliknya disusuli oleh Alisa. Reezal bersama Reena sudah menunggu di luar,Ikhwan dan Alisa kehairanan.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now