CHAPTER 134 : SITUATION GETTING MORE WORST

671 82 4
                                    

Please put on your headphones for immersive experience

Satu tempat yang agak sunyi,diganggu dengan bunyi letupan yang kuat dan nyaring. Luqman dan Zareena berundur melompat,kemudian mendarat dan Armin dan Lijart muncul.

"Nampaknya seorang lagi agak berbahaya..." ujar Luqman.

"Dragonslayer huh?" soal Zareena pula.

Armin tidak berkata apa-apa,cuma mengacukan kedua-dua pistol lalu picu ditarik. Mereka dua beradik segera mengelak,berguling ke tepi dan Luqman menghasilkan kilat.

Luqman membuatkan kilat itu ke bentuk kunai,lantas berbalas dengan tembakan Armin. Zareena pula diburu oleh Lijart,dia menyimpan dendam dan ingin membunuh Zareena.

Lijart sekelip mata berada di belakang Zareena,Luqman mendecih dan menghasilkan kunai dari kilatnya. Dia terus membaling ke arah Lijart,menyedari perkara terus Lijart mengelak. Zareena agak terkejut kerana dia tidak mengesan Lijart berada di belakangnya,Zareena menelan air liur.

"Terima kasih..Luqman!" ujar Zareena.

"Fokus akak... Kita akan mati jika main-main..." jelas Luqman.

"Lawan kau adalah aku!" Armin menembak dengan semakin laju.

Luqman hanya mendecih kemudian menangkap semua peluru,Armin hanya memerhatikan sahaja kerana dia tahu semua rancangan tidak berjalan lancar. Luqman memetik jari dan peluru yang dia tangkap,dijentik dengan laju sebutir demi sebutir.

Armin menghasilkan perisai dengan  kuasanya,dia mengeluh kemudian mengisi semula pelurunya.

"Ambil balik peluru kau...aku tak nak.." ujar Luqman dengan muka selamba.

"Berlagak kau ya?" Armin mula geram.

Armin segera merapatkan kedua-dua senjatanya,kemudian berubah menjadi selaras senapang patang. Luqman terkejut dan mula faham apa jenis kelas Armin,dia segera merapatkan kedua tapak tangannya lantas Violet Jed Katana dalam genggamannya.

Armin terus menarik picu,Luqman membelah tembakan dan letupan kuat terhasil di belakangnya. Luqman agak terkejut tetapi dia tersengih,lawannya bukan sembarangan dan Luqman terus meluru ke arah Armin dengan laju sekali.

Mereka berlaga senjata dan Luqman sedar senjata milik Armin,bukanlah senjata biasa yang mampu melepaskan ledakan tembakan sahaja. Senjata Armin dapat dijadikan alat lawan jarak dekat,Luqman dan Armin terus berlaga senjata.

TANG!!

KRAANG!!!

BAAM! BAAMM!!

Gerakan Armin amat berlainan,Luqman berfikir dia tidak akan dapat tewaskan Armin dalam masa yang singkat. Armin mengubahkan bentuk senjata,Luqman pula menunggu dan terkejut apabila senjata jenis gatling berada dalam pegangan tangan Armin.

"Ouh shit...!"

TRRRRR!!!!

TRRRRR!!!!!

Luqman memusingkan pedang dan menangkis tembakan Armin,namun menumpukan kuasa elemen kilat. Kakinya mengalir aura kilat berwarna ungu,sekelip mata dia sudah berada rapat dengan Armin. Pedang digenggam erat dengan kedua-dua tangan,Armin terkejut sebelum hayunan pedang dilakukan.

ZWING!!!

Armin berjaya mengelak dan berundur,dia terkejut apabila topengnya terbelah. Luqman hanya berdiri tegak,pedangnya kembali dipegang dengan sebelah tangan kanan.

"Not bad kid..." ujar Armin menutup semula mukanya,dengan topeng yang baru tetapi rekabentuk sama.

"You should be fine without that mask.." ujar Luqman tersenyum.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt