CHAPTER 20 : CAN YOU COOK FOR ME?

1K 112 8
                                    


"Macam mana kau buat kerja ha?!" bentak Basil sambil merenung seorang perempuan di hadapannya.

Rachel Al'Aram 32 tahun hanya tersenyum selamba,beberapa orang bersama mereka hanya mendiamkan diri. Basil menahan amarah melihat senyuman Rachel,dia geram kerana bukan sahaja Aurora tidak mengikutnya pulang tetapi dia biarkan Alif hidup.

"Chill la Basil,bukan salah Rachel sepenuhnya..dari rakaman video si budak monyet tu amat kuat..." ujar salah seorang berkaca mata bulat,Basil mengetap gigi menahan geram.

"DIAM FRANK! KAU TAK TAHU APA-APA!" Jerkah Basil.

"Pulak,aku pun kena marah..." kata lelaki bernama Frank itu.

"Apa yang buat kau marah sangat? Aurora tak mahu lagi bersama kita biar je la..." ujar seorang lagi pemuda dengan muka selamba.

"Kau faham tak jika ketua tahu mengenai hal ni,nahas kita semua boleh dibunuh jadinya!" kata Basil lagi dan Rachel hanya tersenyum seribu satu muslihat.

"Kau,apa yang kau rancangkan?" soal Basil merenung Rachel.

"Its not your concern...later guys.." kata Rachel melambai dan beredar.

"Aku tak sangka akan jumpa anak saudara aku dalam keadaan seperti ini....hehehe..." ujar Rachel tersenyum girang.

"Aku nak bermain dulu dengan dia,sebelum peluk dia puas-puas..." tambah Rachel berkata sendirian.

Basil dan yang lain memerhatikan Rachel beredar,mereka tertanya-tanya apakah rancangan Rachel? Basil menoleh ke tepi kanannya sebaik bahunya terasa disentuh oleh seseorang,pemuda berwajah selamba itu tadi merenung Basil dengan penuh makna.

"Aku tak sedap hati,Rachel tu rancangkan sesuatu..." ujar Basil.

"Biar masa tentukan Basil,ada baik kau risaukan mengenai Aurora..." balas pemuda itu lagi.

Basil hilang kata-kata dan ada betul apa yang dikatakan oleh pemuda itu,dia harus cari jalan untuk membawa Aurora pulang semula ke dalam kumpulannya.

"Hey Jack,Basil..." Frank menegur dan dua orang pemuda itu menoleh ke arahnya.

"Aku dapat berita,Skull Wing ingin melakukan gerakan... Bagaimana?" soal Frank lagi dan Basil menghela nafas pendek.

"Mereka tu menyusahkan betul.. Kenapa la ketua nak terima tawaran mereka?" omel Basil dan Jack hanya tersenyum sinis.

"Bagaimana?" soal Frank.

"Kita pergi berjumpa dengan mereka.." balas Basil melangkah pergi,Jack sekadar menggelengkan kepala dan menyusul bersama Frank.

"Just you wait,Aurora..."

Aurora tersentak pada masa itu,seolah dia dapat mendengar kata-kata Basil. Dia memandang kiri dan kanan,dia sedar Alif sedang lena di atas sofa panjang.

Wajah lena Alif ditenung lama,entah kenapa Aurora tertanya-tanya kenapa dia tertarik pada Alif pada saat mereka bertemu?

"Jangan kau apa-apakan dia.." satu suara menegur dan Aurora tersentak.

Aurora menyedari Raisyah yang menegurnya,dua orang gadis itu berbalas renungan. Aurora hanya menghela nafas pendek,dia tidak selesa dengan gaya Raisyah memandangnya.

"Apa yang awak nak? Kenapa saya nak apa-apakan Alif pula?" soal Aurora dan Raisyah ketawa sinis.

"Jangan buat tak tahu miss Aurora..." kata Raisyah.

"Saya rasa awak salah pandang,saya tak pernah membunuh dengan sembarangan.." Aurora mempertahankan dirinya.

"Jangan nak berpura-pura,kau nak berlagak tidak bersalah ke? Aku terfikir bagaimana reaksi Alif jika dia tahu siapa awak sebenarnya,iaitu pemilik kuasa Lights and Darkness..." kata Raisyah tersenyum licik.

Aurora menggigit bawah bibir,dia menahan geram namun kedengaran bunyi Alif menggeliat. Raisyah terdiam dan Aurora hanya memerhatikan pemuda berambut merah cerah itu,menggeliat sekali lagi dan terkebil-kebil menyedari dua orang gadis berada dihadapannya apabila dia bangun. Raisyah segera beredar dan Alif hanya menghela nafas pendek,Aurora ditoleh dan gadis itu mukanya merah padma.

"Hey Aurora,aku lapar..boleh masak sesuatu untuk aku?" soal Alif dan Aurora terkebil-kebil mendengarnya.

"Ha?" Aurora kehairanan.

"Boleh masakkan tak?" soal Alif lagi.

"Nak masak apa,bukan ada apa kat dalam kapal ni..." ujar Aurora tersenyum kelat.

"Ouh...ikut aku..." kata Alif sambil menguap dan bingkas bangun.

"Mana?" soal Aurora ingin tahu dan Alif memandangnya.

"Dapur la..." jawab Alif selamba.

"Eh?" Aurora sekali lagi tersenyum kelat.

Pesawat hitam dikemudikan oleh Azryan,sambil ditemani Agnez yang sekadar membaca maklumat yang terdapat dalam sistem kapal. Agnez sedar dari kamera kapal,Aurora mengekori Alif dan mencuit bahu Azryan.

Azryan menoleh ke arah Agnez,lalu Agnez menudingkan jari ke arah kamera. Sedar perkara itu Azryan hanya membalas dengan senyuman,air muka Alif yang selamba itu buatkan Azryan ketawa kecil.

"Kenapa gelak? Alif nak bawak Aurora ke mana tu?" soal Agnez.

"Ah...pasal tu,dia bawa Aurora ke dapur la apa lagi...itu arah ke bilik memasak a.k.a dapur..." jawab Azryan selamba.

Agnez terkejut dan mata dibesarkan,dia bagai tidak percaya mendengarnya. Pada masa yang sama juga,Alif dan Aurora tiba di hadapan pintu bilik. Aurora hanya menggaru kepala,Alif menekan pin kod pada alat keselamatan dan pintu terbuka dengan segera.

Alif mengajak Aurora masuk,pada awalnya dia teragak-agak namun akhirnya dia akur juga kerana Alif. Sebaik menjejakkan kaki ke dalam bilik itu,Aurora tergamam melihat keadaan bilik atau lebih tepat dapur. Aurora kagum dengan kebersihan pada bilik dapur,dia bagaikan tidak percaya Alif dan Azryan menjaga dapur dengan baik.

"Kamu berdua yang uruskan bilik dapur ni?" soal Aurora.

"Jika kau nak tahu,Azryan pandai memasak...jadi mestilah dijaga dengan rapi..." jelas Alif memeriksa alat di dapur itu semua.

"So Aurora..." ujar Alif menggaru pipi dan Aurora menyisir rambut ke tepi.

"Y-yeah? What's it?" soal Aurora jantung berdegup laju.

"Can you cook for me?" soalan Alif membuatkan Aurora terkejut dan tersenyum kemudiannya.

"Sure...can you wait?" balas Aurora sambil menyoal.

"I don't mind..." jawab Alif.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now