CHAPTER 97 : UNEXPECTED ENFORCEMENT

722 90 24
                                    


Satu bab yang lepas Alif dan Aurora diasak oleh Wild Gunz,kuasa penuh Wild Gunz membuatkan mereka terdesak. Malah keadaan lebih buruk dengan kehadiran Meteora,dia ingin menghapuskan Aurora sekaligus.

Saat mereka dalam keadaan di hujung tanduk,seorang lelaki misteri muncul memberikan bantuan. Lelaki tersebut adalah Farhan Al'Tuzeman,orang kedua terkuat dalam negara Mentari.

Dia memberikan peluang untuk Alif serta Aurora melarikan diri,atau lebih tepat Alif mencari di mana Ikhwan berada. Dia mendapat mesej ringkas,supaya berjumpa di lokasi yang diberikan dalam smartphone miliknya.

"Kita nak ke mana ni?" soal Aurora.

"Sixth ada hantar lokasi,rasa di sekitar kawasan sini.." jawab Alif mengikut panduan dalam skrin smartphone miliknya.

"Tempat apa ni?" soal Aurora.

Sebuah bangunan ais yang agak berusia jika ditanya umur bangunan tersebut,Alif dan Aurora memerhatikan keadaan sahaja bangunan yang diselaputi ais salji.

"Nampaknya kau dah sampai.." satu suara menyapa.

Mereka menoleh dan tangan pada senjata masing-masing,namun sebaik sahaja Ikhwan di hadapan mata mereka. Pegangan tangan pada senjata masing-masing dileraikan,Alif menghela nafas lega dan Aurora hanya menundukkan kepala tanda hormat.

"Tuan!" Alif segera menghampiri Ikhwan.

"Kamu berdua sudah sampai,mari ikut aku ke dalam..." ujar Ikhwan.

"Kenapa tuan?" soal Alif.

"Skull Wing sudah kepung kota sini,kita kena cepat..." kata Ikhwan sambil melangkah masuk ke dalam bangunan.

"Skull Wing?!" soal Alif yang mengekorinya bersama Aurora.

"Tak hairan wingman Ozmandiyas ada di sini semuanya..." jelas Aurora pula.

"Apa yang mereka ingin lakukan?" soal Alif tidak puas hati.

"Aku akan beritahu,apa yang buatkan Skull Wing berada di sini..." jelas Ikhwan dan mereka berdua terkejut.

"Bagaimana dengan tuan Farhan?" soal Alif.

"Kenapa dengan dia?" soal Ikhwan.

"Dia sekarang berhadapan dengan dua wingman Ozmandiyas,mereka berdua bukan calang-calang punya lawan..." jelas Aurora.

"Kau fikir kenapa dia dikatakan nombor kedua terkuat?" soal Ikhwan lagi.

"Apa?" Aurora kehairanan.

"Farhan bukan lawan mereka..." jelas Ikhwan tersenyum yakin,Alif dan Aurora berbalas pandangan.

Meteora dan Wild Gunz terseret ke belakang,kemudian memandang semula ke hadapan. Farhan dengan sikap selamba memegang pedang jenis katana,atau lebih dikenali sebagai Wyvern Blade.

Wyvern Blade adalah pedang gabungan dari dua bilah pedangnya,iaitu Wyvern Fang dan Silver Blade. Pedang terhasil dari gabungan dua senjata tersebut,mampu membelah tiga gunung gergasi sekaligus. Nampak ringkas rekaannya,tetapi mampu memberikan pihak musuh masa yang sukar.

Wild Gunz menembak serangan laser dan Meteora pula sudah berada di belakang Farhan,Meteora menghayunkan secara melintang dan serangan Wild Gunz semakin hampir. Farhan hanya tersenyum sinis,tangannya mencapai hulu pemegang pedang.

"FULL MOON SLASH!"

ZRASHH!!

ZRASHH!!!

Meteora terkejut dan mengelak serangan balas Farhan,kemudian Farhan menoleh ke arah Wild Gunz. Cahaya terhasil pada bilah pedang Farhan,lantas dia menghayunkan serangan gelombang potongan sebanyak tiga kali hayunan.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now