CHAPTER 17 : SITUATION GETTING WORSE

1K 123 19
                                    


"The Power of Light and Darkness?" soal Ikhwan dan Karl mengangguk,Alif mengetap gigi dan menoleh ke arah Aurora yang berbual dengan Alisa.

Alif tidak tahu kenapa tapi dia ternyata risau,entah mengapa dia risau membuatkan dia sendiri tidak pasti. Karl pula hanya mendiamkan diri,Ikhwan menoleh ke arah Aurora.

"Kenapa dengan kuasanya?" soal Ikhwan.

"Aku pernah nampak sekali pertukarannya,kuasanya amat kuat dan merbahaya pada seluruh dunia.." jelas Karl dan menunjukkan sekeping gambar,Ikhwan hanya memerhatikan gambar kabur di mana seseorang mempunyai sayap hitam dan putih.

Alif melihatnya dari atas dengan jelas,dia yakin itu Aurora walaupun gambar tersebut kabut dan kurang jelas. Ikhwan menjeling ke satu arah kemudian kembali memandang Karl,dia menghela nafas pendek tanda dia sudah membuat satu keputusan.

"Mr.Bounty Hunter..." ujar Ikhwan dan Karl mengangkat kepala.

"Saya tahu ini agak melampau,tapi boleh lepaskan gadis itu?" soal Ikhwan masih memandang ke arah Aurora,Karl terkejut begitu juga Alif yang terkejut campur tersenyum kelat.

"A-apa maksud tuan? Tuan sedar tak apa yang tuan katakan ini?" Karl tidak puas hati.

"Sebagai pertukaran,saya berikan awak ini..." ujar Ikhwan menunjukkan gem berkualiti.

Karl tersentak apabila memandang gem yang ada pada tangan Ikhwan,dia terperangkap kerana gem itulah yang menjadi buruan semua bounty hunter. Karl mengetap gigi dan tersenyum,Ikhwan juga tersenyum seribu muslihat.

"You're really great in dealing with people huh my Lord?" soal Karl.

"Sudah tentu aku tidak meminta dengan percuma,gem seperti ini seperti goreng pisang di negara aku.." jelas Ikhwan dan melemparkan batu permata pada Karl.

Karl menyambutnya dengan terkejut,dia menghela nafas pendek lega keran tidak jatuh. Jika jatuh ke tanah,letupan kuat mungkin terhasil.

"Tuan pasti mengenai hal ini? Menukarkan gadis itu dengan batu permata ni?" soal Karl Thompson.

"Aku tahu apa yang aku buat...jadi aku harap kau beredar dengan aman.." pinta Ikhwan dan Karl hanya menghela nafas pendek.

"Baiklah,selepas ini jika terjadi apa-apa saya tidak mahu masuk campur.." kata Karl dan terus hilang sekelip mata.

Suasana menjadi sunyi sepi dan Ikhwan hanya menghela nafas panjang,Alif hanya membuat reaksi sayu pada air mukanya dan menoleh ke arah Aurora sekali lagi.

"Kau dekat atas tu,turun.." ujar Ikhwan dan Alif tersentak.

Alif segera turun dan melutut separuh kaki di belakang Ikhwan,dia mula risau dan berpeluh apabila merasai kemarahan daripada Ikhwan.

"Kau dengar semuanya?" soal Ikhwan dan Alif mengangguk.

"Jika begitu,aku serahkan Aurora dalam jagaan kau..." arah Ikhwan dan Alif terkejut lalu mendongak memandang ke arah putera tersebut.

"Putera pasti hal ini?" soal Alif dan Ikhwan hanya mendesah sahaja.

"Skuad assassin bernama Alter Archangel ni,aku pun turut buat siasatan..." jelas Ikhwan menoleh ke arah Aurora,begitu juga Alif dan dia bangkit dari terus melutut.

"Adakah saya..." Alif bersuara dan Ikhwan menoleh ke arahnya pula.

"Saya izinkan dia mengikut saya,adalah tindakan yang betul ataupun cuma gali lubang kubur sahaja?" soal Alif dilema.

"Sesetengah perkara apabila keputusan dipilih,ada penyelesaian dan Siddiq ceritakan pada aku kau bukan orang yang jenis senang putus asa betul?" Ikhwan memancing dan Alif terkedu.

"Beside,the power of love stronger than darkness..." kata Ikhwan tersengih dan Alif mukanya merah padma.

"ITS NOT LIKE THAT!!"

"Yeah,denied that as you like.."

💠💠💠💠💠

Alif hanya mendiamkan sepanjang berada di dalam restoran,Ikhwan dan Qatariz berbual rancak bersama Farhan. Tidak kurang Mirana bermanja dengan Alisa dan Fara,Agnez hanya sekadar menghirup air cranberry. Azryan sedar Alif hanya diam,dipandang Aurora dan gadis blonde itu hanya mengangkat bahu apabila ditanya pasal Alif.

"Alif? Awak okay?" soal Raisyah dan Alif sekadar menjeling lemah.

"Kenapa diam je? Dahi awak okay je kalau nak kata demam.." ujar Raisyah sambil melekatkan dahinya pada dahi Alif.

Alif tersentak dan terus menjauhkan diri,dan pada masa itu dia terjatuh dari restoran. Aurora terkejut dengan reaksi Alif,dia segera menolak lembut Raisyah dan mendapatkan Alif yang terbaring di lantai.

"ALIF! Awak okay?" soal Aurora membantu Alif bangun.

Alif sekadar diam dibantu bangun,pelanggan yang berada di restoran itu memerhatikan keadaan itu. Alif sedar tangannya dipegang oleh Aurora,terus merentap kasar dan itu mengejutkan gadis blonde serta rakannya yang lain. Ikhwan hanya memerhatikan dari tepi,Farhan dan Qatariz memandang Ikhwan dengan muka blur seakan tahu siapa punya angkara.

"Maaf,saya tak sengaja.." kata Alif menggenggam tangannya.

Alif kemerahan mukanya dan Azryan serta Agnez hanya memerhatikan tindak-tanduknya,Alif segera berlari keluar dari restoran dan Aurora terkebil-kebil. Raisyah segera mengejarnya dari belakang,Farhan dan Qatariz menjeling Ikhwan.

"Apa kau cakap dengan budak tu?" soal Farhan.

Ikhwan yang baru lepas menghirup air pepsi,sekadar tersenyum seribu satu muslihat. Farhan dan Qatariz hanya menggelengkan kepala,Alisa dan Fara sekadar ketawa kecil sahaja.

"ALIF!" Alif menoleh sebaik Raisyah berjaya menemuinya di tepi pantai.

"Raisyah,apa yang awak buat di sini?" soal Alif dan Raisyah hanya menghela nafas pendek.

"That's my line,why are you running away?" soal Raisyah dan Alif tidak menjawab,dia kembali memandang ke arah pantai.

"Alif? What's wrong?" soal Raisyah lagi dan Alif memejamkan matanya.

"I'm think,I'm in love..." ujar Alif dan Raisyah terkebil-kebil sebelum menoleh ke arah pemuda rambut merah cerah itu.

"EH?!!!"




























Apakah yang akan berlaku selepas ini agaknya,aku tengah menunggu komen korang..

Tapi semua setakat membaca sahaja,komen pendapat la woi!

Penat-penat mengarang bagilah komen ke apa,haih ingat senang nak cari idea?

Marah ni...

Just kidding

See ya!

Your lazy author
Wanzeneth

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz