CHAPTER 53 : SECRET DISC & THE TOMB

831 79 2
                                    


Azryan memasukkan disc itu ke dalam pemain video dan ditemani Alif serta Aurora,Alif hanya mendiamkan diri memerhatikan Azryan menaip papan kekunci dengan laju. Raisyah pula sekadar duduk di tepi,menghirup minuman ice vanilla blender.

"Ayah kau mesti seorang yang cermat,dia letak kata kunci pada setiap fail..." ujar Azryan tersenyum kelat.

"Untuk berjaga-jaga kalau disc itu dicuri..." jelas Aurora dan Alif berfikir sejenak.

"Keyword..." Alif berkata pendek dan semua menoleh ke arahnya.

"Kenapa Lif?" soal Azryan.

"Biar aku cuba teka kata kunci boleh?" ujar Alif tersengih dan semua kehairanan.

Alif segera duduk sebaik Azryan bangun dari kerusi kemudian Alif menarik nafas pendek,dia terus berdehem lalu menaip kata kunci dengan pantas. Akhirnya fail yang ada di dalam disc itu,berjaya dibuka dan Azryan terkejut. Aurora terkebil-kebil kerana tidak percaya,dia kemudian hanya tersenyum sahaja.

"Macam mana kau boleh bukak?" soal Azryan dan Alif menoleh ke arahnya.

"Nama ayah dan ibu aku gabungkan,sekali dengan tarikh lahir mereka..." ujar Alif tersengih.

"Pergh... Hebat la kau..." ujar Azryan memuji kagum.

"Tak la.. Aku tibai je tadi.." balas Alif selamba dan semua terus terjatuh termasuk Raisyah.

Azryan hanya terbaring tidak percaya dengan kata-kata kawannya,Aurora pula hanya ketawa kecil kerana dia sudah tahu akan perangai Alif. Raisyah pula hanya mampu tersengih sahaja,Alif pula hanya ketawa kecil sambil menggaru pipi.

Alif dan Aurora membaca maklumat yang ada pada disc itu,Azryan membuka satu demi satu dan mereka perasan satu video yang berada di dalam satu fail.

"Human Biology...." ujar Azryan dan Alif serta Aurora berpandangan.

"Bagaimana bro?" soal Azryan kepada Alif.

"Mainkan..." arah Alif dan Azryan hanya mengganguk sahaja,Aurora dan Raisyah diam tidak bersuara.

Sebaik video dimainkan kelihatan seseorang berdiri memerhatikan balang gergasi,malah balang itu ada sesuatu di dalamnya atau lebih tepat seorang manusia. Alif hanya memerhatikan sahaja sehingga lelaki itu memalingkan badannya,ke arah kamera dan mendesah.

"Apa khabar semua? Jika sesiapa yang menemui video ini,maka kamu tahu saya sudah tiada.." ujar lelaki berpakaian kot makmal,tetapi ulangan video itu kurang jelas jadi wajahnya tidak dapat dilihat dengan baik oleh Alif.

"Mukanya tak jelas...."

"Apa maksudnya?" soal Aurora kehairanan dan Azryan hanya meletakkan jari telunjuk pada bibir.

"Nama saya ialah professor Hans,Issac Hans... Antara salah satu daripada 4 orang yang bertanggungjawab mencipta formula untuk manusia biology..." ujar professor itu.

"Manusia Biologi adalah manusia eksperimen bagi mencipta satu senjata hidup,tetapi eksperimen ini dikatakan berbahaya kerana melibatkan manusia yang tidak bersalah..." ujar professor Hans dan mereka berempat hanya mendengar dengan teliti.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now