CHAPTER 115 : ROLLANT,THE NIGHTFALL

658 83 6
                                    


"NAO!!" Iris menerpa wanita blonde yang dipanggil Nao,memeluknya erat.

Ikhwan hanya berdiri selamba,dia sekadar tersenyum sahaja sambil ditemani oleh Reena. Tidak lama lepas itu Reezal,Yusri dan Raffie muncul. Mereka tersenyum serentak sebaik melihat Nao,wanita blonde itu hanya membalas senyuman.

"Bila sampai,kenapa tidak beritahu bonda?" soal Rumina memeluk Nao.

"Tidak apa bonda,saja nak beri kejutan pada ayahanda dan bonda.. Hehe.." jelas Nao tersenyum manis.

Nao memeluk Rumina dengan erat,dia rindukan ibunya terlalu lama. Dia tinggal begitu lama di luar negara,kerana rawatan akibat kecederaan.

Ikhwan sekadar memerhatikan sahaja,dia terasa bahunya dicuit dan apabila ditoleh kelihatan Alisa bersamanya. Dahi Alisa dicium lembut,Alisa hanya tersenyum dan pipinya sedikit merah.

"Awak tak nak ikut serta?" soal Alisa dan Ikhwan hanya tersenyum kelat.

"Biarlah dulu.." ujar Ikhwan beredar dan Alisa mengekorinya sambil memandang ke arah Nao yang berbual dengan keluarga lain.

"Aminudden dengan abangnya mana?" soal Alisa menoleh ke sana sini.

"Mereka tengah training..." jelas Ikhwan.

"Tak apa ke? Mereka bukan kenal lagi dengan Nao?" soal Alisa.

"Tak apa kak.." Nao menegur dengan tiba-tiba dan Alisa menoleh ke arahnya,Iris turut bersamanya.

"Apa maksud Nao?" soal Iris.

"Saya nak tengok mereka berlatih.." jawab Nao.

BOKK!!!

Aminudden tercampak ke belakang,dia menyeimbangkan tubuhnya. Pedang yang besar di dalam genggamannya,dipegang dengan kuat dan memandang ke arah Luqman. Sinaran merah di belakang tubuhnya,Luqman terkejut sebelum Aminudden menghasilkan cahaya yang besar.

"INFERNO SLASH!!!"

Luqman terkejut sebelum mengetap gigi kemudian menghasilkan dinding besar menghalang serangan,gegaran kuat terhasil dan Luqman tidak sangka Aminudden punya serangan sekuat ini.

Luqman mengepalkan penumbuknya,lalu dinding kiub terbuka seperti mulut raksasa menelan daya serangan milik Aminudden. Tindakan Luqman mengejutkan Aminudden,tetapi dia tidak hairan kerana Luqman juga pasti sudah bertambah kuat.

Aminudden tidak menunggu lama,lantas meluru ke arah Luqman. Luqman terus mengambil salah satu kiub mini,lalu dijadikan pedang jenis katana. Tetakan pedang dihayunkan dan Luqman menahan,impak kuat terhasil dengan tiupan angin kencang. Luqman dan Aminudden berbalas senyuman sinis,lantas terus berlaga senjata.

TANG!

KRAANG!!

TUSSH!!!

"Kau dah semakin kuat ya?" soal Luqman.

"Apa kurangnya kau!?" Aminudden membalas sambil menghayunkan libasan ke udara.

KRAANG!!!

Pedang mereka berlaga melekat,impak kuat sekali lagi terhasil. Bunyi pedang mereka bersentuhan,Luqman dan Aminudden berbalas daya tolakan. Pada masa yang sama sebuah kapal terbang sedang melalui kawasan udara berhampiran,Luqman dan Aminudden masih berlaga pedang.

Seseorang berdiri di atas badan kapal terbang,menyedari pertarungan mereka dan tersenyum sinis. Pedangnya yang disangkut pada belakang,dicabut dan aura hitam menyelubungi bilah

Luqman mengalirkan kilat dan Aminudden menyalakan bara api di tangan kiri,lalu mereka terus meluru antara satu sama lain dan saat mereka hampir bertembung. Satu kuasa serangan gelap,menyerang mereka dengan tiba-tiba.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now