CHAPTER 83 : LET ME TELL A STORY

897 73 23
                                    


Ikhwan duduk di kerusi dan tangannya diletakkan atas meja,sambil jari-jemarinya mengetuk meja mengikut tempo. Dia membaca maklumat dalam tablet,apabila difokuskan ia gambar Azryan ada di situ. Pintu terbuka secara automatik dan Ikhwan menjeling siapa gerangan,Reezal melangkah masuk ke dalam bilik kerja Ikhwan.

"Amboi ni bilik ke tongkang pechah?" soal Reezal.

"Kalau abang datang nak mengutuk,sila keluar..." kata Ikhwan matanya masih tumpu pada skrin tablet.

Reezal terus mendiamkan dirinya kerana Ikhwan langsung tidak melayan gurauannya,dia segera duduk di depan meja Ikhwan dan berdehem tanda ingin membincangkan sesuatu.

Ikhwan meletakkan tablet itu dan menghalakan tapak tangan ke arah kawasan yang bersepah,dalam beberapa minit tempat yang bersepah kembali bersih dengan buku-buku dan fail bertaburan tersusun kemas.

"Okay... Apa yang abang nak bincangkan?" soal Ikhwan.

"Aku dapat tahu,Luiz Morgan telah berjaya dihidupkan..." ujar Reezal.

"Pembetulan,Luiz Morgan tak pernah mati..." ujar Ikhwan dan Reezal mengerutkan dahinya.

"Maksud kau?" soal Reezal.

"Luis Morgan hanya dicampakkan oleh Iskandar ke dunia kegelapan... Sebab Iskandar tidak sampai hati membunuhnya.." jelas Ikhwan.

Reezal yang mendengar penjelasan Ikhwan,menyandar pada kerusi dan berfikir sejenak. Ikhwan dipandangnya dan adiknya hanya tersengih,Reezal membuat muka blur dan menghela nafas pendek.

"Jangan risau,aku boleh uruskan Luiz Morgan... Tetapi aku rasa dia dalam proses mencari sekutu-sekutu yang boleh diharapkan..." jelas Ikhwan.

"Sekutu?" soal Reezal.

"Rakan seperjuangan..." kata Ikhwan lagi.

"Apa rancangan mereka rasanya,aku rasa tak sedap hati..." jelas Reezal.

"Buat masa ni,aku dah minta Qatariz yang mengintip pergerakan mereka..." ujar Ikhwan dan Reezal mengangguk faham.

Ikhwan hanya menghela nafas panjang,dia seakan risau sesuatu dan Reezal sedar mimik muka adiknya. Apa yang difikirkan oleh Ikhwan agaknya,Reezal berdehem seketika dan Ikhwan menjelingnya.

"Jika kau ada masalah... Kau boleh cerita dengan aku..." kata Reezal tersenyum.

"Terima kasih bang.. Aku cuma penat je.. Tiada apa-apa yang serius..." jelas Ikhwan membalas senyuman abangnya.

"Tapi kau tak patut kenakan pembesar Razalee macam tu teruk sekali..." ujar Reezal.

"Abang kalau kita ambil mudah tentang perkara seperti itu,kita tidak akan dihormati oleh mana-mana rakyat lagi.." jelas Ikhwan.

"Mereka pembesar,mereka juga berbakti untuk keamanan negara..." kata Reezal lagi.

"Dan biarkan mereka buat kepala mereka sesuka hati... Pembesar hilang sorang ganti sorang,kesempurnaan memang sukar tapi kita boleh jadi yang terbaik..." jelas Ikhwan dan Reezal terdiam.

"You are the king my brother,then act like a real king!" ujar Ikhwan dan Reezal hanya menghela nafas pendek.

"Alright Ikhwan,I'm understand and I'll do what I can.." kata Reezal.

Reezal mengangguk faham dan bersalaman dengan adiknya,kemudian dia melangkah keluar pergi dari bilik Ikhwan. Semasa dia menarik membuka pintu,muka Zharief terpacul di hadapannya. Reezal dan Zharief berbalas anggukan,sebaik sahaja Reezal keluar barulah Zharief masuk ke dalam bilik Ikhwan dan menutup pintu dengan rapat.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now