CHAPTER 44 : HOW THEY KNOW?

1K 101 7
                                    


BOOMM!!

KRAANG!!

SSSH....

Satu kawasan yang telah hancur akibat akibat peperangan yang telah baru sahaja tamat,semua prajurit terkorban dengan puluhan kereta kebal yang rosak. Seseorang sedang duduk di atas serpihan jentera perang,sambil menghisap rokok dan puntungnya dijentik.

"Haa... Semua tempat ada sahaja peperangan...." kata lelaki itu dan Wild Gunz berada di situ,menyandar pada kapal besar yang terhempas.

"Peperangan hanya mendatangkan kesengsaraan,kesedihan,korban nyawa tidak berdosa... Ah! Kenapa begitu malang sekali nasib dunia ini?!" tambah lelaki itu bagaikan berpidato di atas pentas.

"Oi kau nak berdrama jangan kat sini...." sapa satu suara dan lelaki itu serta Wild Gunz segera menoleh.

Seorang perempuan berambut hitam panjang,berjalan ke arah mereka dengan riak wajah yang serius. Lelaki itu yang bersama Wild Gunz,hanya tersengih selamba memerhatikan perempuan itu menghampiri mereka.

"Ouh sayangku Mariana,awak sungguh cantik bila marah..." kata lelaki itu menghulurkan tangannya.

Perempuan dipanggil Mariana hanya memerhatikan tangan dihulurkan oleh lelaki itu,Wild Gunz sekadar menyembunyikan wajah dengan turunkan sedikit topinya. Mariana tersenyum sinis dan mencapai tangan lelaki itu,manakala lelaki tersebut tersengih girang apabila tangannya disambut.

"Kau pernah rasa kena banting?" soal Mariana.

"Huh?" lelaki itu kehairanan sebelum dia terasa dirinya,melambung ke udara dan terhempas ke tanah manakala Mariana hanya menyisir rambutnya.

"Uuu... That's must be hurt..." Wild Gunz berseloroh.

"Lambungan yang cantik! Sememangnya Mariana The Valkryie!!" lelaki itu bangkit dengan megah,biarpun kepalanya keluar darah memancut.

Mariana mendecih kegeraman dan menghunuskan pedangnya,ke arah lelaki tersebut dengan renungan tajam. Mata Mariana bertembung dengan mata lelaki itu,mereka berbalas renungan dan Mariana dengan reaksi serius manakala lelaki itu pula tersengih langsung tidak tergugat.

"Said that words once more,I'll cut your head..." ujar Mariana.

"You can try,if you can..." ujar lelaki itu pula.

"Joker....Mariana..that's enough.." Meteora muncul mendarat dengan tiba-tiba.

Mariana dan lelaki dipanggil Joker sekadar berbalas pandangan,kemudian Mariana menyimpan pedangnya dan beredar. Joker pula sekadar tersengih sambil mengangkat bahu,Meteora hanya menggelengkan kepala dan menoleh ke arah Wild Gunz.

"Found anything?" soal Meteora dan Wild Gunz yang menghembus asap rokok cerut,sekadar mencampakkan satu benda dan disambut oleh Meteora.

Sebuah bola kristal berwarna ungu bersinar diperhatikan oleh Meteora,Joker hanya bermain daun terup. Mariana pula hanya menyandar di tepi batu besar,tidak tahu apa yang difikirkan oleh perempuan itu.

"Apa benda ni?" soal Meteora.

"Kristal ungu tu adalah kurungan bagi Puak Naga,tidak kira sekuat mana pun..." ujar Wild Gunz dan Meteora hanya mengangguk kemudian kembali memerhatikan bebola kristal itu.

"Betul ke?"

Satu suara menegur dan mereka berempat tersentak Joker pula sekadar tersengih dan Wild Gunz tangan sedia pada pistol di sisi pinggangnya serta Meteora pula sekadar mendiamkan diri matanya meliar,mereka memandang sekitar kawasan kemudian Mariana menghunus pedangnya dan berjaga-jaga.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now